Padan muka Azmin Ali
Kekalahan Pakatan Rakyat di DUN Semenyih dan Kota Damansara adalah akibat dari sikap tamak haloba Pengerusi PKR Selangor itu.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan), yang terdiri dari gabungan PAS, DAP dan PKR, di Selangor semakin kuat.
Pakatan semakin kuat walaupun usaha untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang paling kaya itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Pencapaian PAS paling memberangsangkan apabila berjaya memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya lapan DUN pada tahun 2008.
DAP pula menambah dua kerusi iaitu daripada 13 DUN pada PRU-12 kepada 15 DUN pada PRU-13 Ahad lepas.
Namun PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008.
Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.
Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.
PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.
Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.
Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.
Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.
Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi PAS.
Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.
Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.
Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.
Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.
Pakatan lawan Pakatan
Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.
Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.
Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.
Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.
Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.
Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.
Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.
Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.
Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan.
Rasanya dah cukup banayk cerita mengenai si abang Umi Hafilda ni, aku tak mau komen apa-apa lagi, nak buat macam mana, kalau dah asalnya dari umno......errmmm...
JADIKAN IKTIBAR...PERBETULKAN KESILAPAN..MUSUH MENUNGGU DGN SABAR KEALPAAN KITA
ReplyDeleteAku terlupa,
ReplyDeleteUntuk memerhati keajaiban
Tidakku perlu kepada jatuhnya bulan ke riba,
Atau hilangnya bulan dalam sekelip mata,
Itu...ialah keajaiban di luar batasan,
Akan tetapi kita sering terlupa dengan keajaiban yang lebih dekat
Cukuplah keindahannya, peranannya dalam keseimbangan perjalanan kehidupan di bumi BIRU ini,
Menjadi bukti kekuasaan dan keagungan Tuhanku.
Mungkin inilah hikmahnya mengapa PR kalah utk menduduki Putrajaya. Bayangkan kalau PR menang pasti keadaan sekarang tengah huru-hara bila puak2 ini bertelagah sesama mereka berebut jawatan PM dan Menteri. Dlm soal ini DAP dilihat banyak mengalah dan tidak tamak seperti pemimpin2 yg berugama Islam.
ReplyDeleteku sangka siang hingga ke petang,
ReplyDeleterupanya hujan di tengahari,
ku sangka hamba Allah ni seorang pejuang,
rupa-rupanya ada nawaitu di sanubari...
....apapun ada masa utk bermuhasabah diri dgn sentiasa terus mendekatkan diri kpd Allah swt. ingatlah... kita ni hanya sbg pinjaman yg diamanahkan oleh-NYA. jika ditakdirkan kita menjadi rakyat, jadilah rakyat yg bertanggungjawab kpd dlm memilih pemimpin dg jujur dan bijaksana, dan jika ditakdirkan jadi pemimpin jadilah pemimpin yg jujur dan bertanggungjawab terhadap amanah yg diberikan...
wallahu'alam..
memalukan.... sebelum dan selepas pru13 pemimpin pakatan bertelagah. sebab itu allah tidak memberi kemenangan mutlak kepada pakatan. muhasabah diri dan jadikan pakatan satu entiti bukan sekadar persefahaman saja.
ReplyDeletehttp://relaxkedaikopi.blogspot.com/
DAP mengalah?? Piiirahh.Tunggu la masanya nnt dpa pijak kepala hgpa
ReplyDeleteapa ke bodohnya laa kau ni nak berebut jawatan saje lebih kurang umno jeee bodohhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletetuhan tak izin lg. puok pakatan kena perbetul dulu. jgn tamak kuasa.. jgn jd mcm puok bn.. buat malu je. pemimpin rosak kena tukar.. biar dia pergi tak apa.. pemimpin masuk dan keluar perkara biasa. hilang berganti.yg penting rakyat bersatu melawan bn. ayuh bangkit dari sekarang kita kempen pru14
ReplyDeleteKalau Khalid takmau kita angkat Dr Rani....
ReplyDeleteapa?? azmin nak jilat tong taik semula???
ReplyDeleteSabarlah YB Azmin your turn wl come to bcome MB,pls dnt fight ,Dato khalid is more qualified.akurlah dgn keputusan pucuk pimpinan,jgnlah buat kitorg sedih
ReplyDeleteDalam politik ini adalah lumrah.. Mana ada ahli politik yg tdk bercita kuasa? Bezanya politik individu muslim perlu berlandaskan syariat.. Tiada yg pelik ttg sebegini rupa.. Hatta jk dia bsuara aku mahu itu MB pun ah terserlah sudah mmg dasar ahli politik.. Biarkan si Azmin ali utk tindakan dan tuntutanya.. Klu kamu mampu persilakan.. Jk ada manusia sanggup menggalas tggjwb silakan!! Tapi awas kamu.. Kami bukan dr golongn baghal yg hanya merelakan kejelekan bisa berlaku sewenang2 nya.. Kpd PasDap.. Jk si gombak ini terus berkeras mahukan MB maka tiada salah beban itu diserah utknya seterusnya serahkan kpd kami yg menjadi pemerhati setiap gerakgerinya krn kami emangnya sentiasa mencari pekerja yg bagus lagi berbakat utk mentadbir negri kesayangan kami...
ReplyDeletesejak dari dulu saya tidak berapa meyukai Azmin ni...begitu juga dengan Ezam...mereka berdua saya lihat dan perhati hanya mementingkan kepentingan peribadi...kalau sikap sebegini, bawalah ke mana-mana pun tak akan berjaya...tak kiralah dia akan masuk BN pun...orang BN pun tidak bodoh sangat...apa pun kita tengok lah nanti apakah senario seterusnya...
ReplyDeletetiada musuh selamanyer tiada kawan selamanyer dalam politik.... jadiii... kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku....
ReplyDeletekalau dah asalnya dari umno??? woi MM,apa yg ko x puas hati sgt dgn pkr? pas jgn nk sibuk2 boleh tak..dari dulu lg aku tgk ko mcm xpuas hati ngn pkr... ayat ko tu jgn smpai org tersalah tafsir....DSAI,mat taib juga dari umno...tp skrg dsai yg buat kita kuat.itu kena igt!! jgn lupa diri ok... sia2 bina kekuatan kalau ada hasad dngki mcm ni...jgn diikot prangai umnuu tu...
ReplyDeleteSikap Azmin ni dari dulu lagi meragukan. Bagi sy sikap dia dan adik2 dia sama je... 1 didikan. Jika di biarkan dia boleh merosakkan parti dari dalaman. Dlm PKR memang dah wujud team Azmin. Mereka membina kekuatan dgn mencantas kawan2 dlm parti yg boleh memberi saingan kpd team mereka. Azmin memang mempunyai cita2 yg amat tinggi dlm parti.
ReplyDeleteLepas ni aku sokong PAS ja senang, Ahli PKR ni masih ada yg terbawak ego masa duduk lam umngok
ReplyDelete