Sekarang yang timbul isu Petition, YB Rafizi akan membawa 27 kes petition Ahli Parlimen ....
Maka dengan tak semena-mena,, hari ini timbul satu isu baru pulak..apakah isu mahkamah akan di bom akan digunakan..
PUTRAJAYA, 14 Mei -- Kira-kira 600 orang termasuk 500 pekerja mahkamah, hakim, peguam, timbalan pendakwa raya dan orang ramai berada di luar bangunan Istana Kehakiman selepas mereka diarahkan keluar berikutan panggilan bom palsu di sini hari ini.
Prosiding mahkamah di Istana Kehakiman di sini tergendala kira-kira dua jam selepas seorang pegawai Mahkamah Persekutuan menerima panggilan telefon pada 8.35 pagi tadi daripada seorang lelaki yang tidak dikenali mendakwa terdapat sebutir bom di dalam premis itu.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
SKMM kat Malaysia ni kan hebat, boleh siasat serba serbi berhubong komunikasi,,, tak mungkin orang yang membuat panggilan tu tak boleh dikesan...
Sekarang ni geraja dah berani menggunakan nama Allah dalam facebook bila mengajak orang kristian sembahyang.
ReplyDeleteOrang islam pulak asyik nak bergaduh pasal politik. Kerana tak puas hati.
Asyik salahkan orang lain.
Inilah dia contoh umat islam akhir zaman. Tidak dapat membezakan antara yang benar dan salah.
Tidak dapat menerima qada dan qadar Allah
Sampai bila nk takutkan org dgn isu gereja? Adakah UMNO berusaha mantapkan aqidah umat Islam di Malaysia?Setakat maksiat tu...berlambak sgt...sama je dgn org murtad yg dgn sengaja ingkar perintah Allah SWT.Sudah-sudah la budaya takutkan org...buatlah budaya didik org kenal Allah SWT.Cina DAP pun blh mkn nasi sampai licin pinggan lps dgr ceramah Tok Guru Nik Aziz yg kata mmbazir tu badaya syaitan...pemimpin UMNO kesayangan awak ada bg nasihat mcm tu?suruh berjimat utk dia pelingkup duit negara ada la.S
Deletettp didlm qada dan qadar Allah itu...Allah telah memberi kita akal.....Allah suruh gunakan akal itu mengikut undang2 dan ilmu yg diberikannyer......jadi kalu dah nampak menipu tu......kene betulkanlah.....jgnlah mcm laksamana bujang lapuk......cubaan...cubaan......nabi pun cakap hendaklah tambat unta itu baru anda kamu berserah kpd Allah......jadi kenelah berusaha.....kalu ada penipuan ...kene basmikanlah...kalu tidak...sampai bila2lah kene tipu jer......asyik redhaa jer....tanpa usaha membasmikan.......
DeleteNi sorang lagi hamba umno x paham isu. Kenapa Pihak Kristian Boleh Menuntut Penggunaan Kalimah Allah Di Mahkamah Kerajaan BN. Jawapanya Adalah Kerana WARTA 1982 Lulusan UMNO, Mahadir & Jala.
Delete1) Datuk Seri Idris Jala - tiada masalah, tiada ancaman sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diwartakan pada 1982. Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik.
2) Jala, seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.
3) Sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil.
4) Merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan telah digazetkan pada 22 Mac 1982, larangan terhadap kitab Injil Bahasa Malaysia dibatalkan.
5) Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Mei 1986, yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dr Mahathir telah melampirkan satu memo daripada timbalannya yang mengatakan Bahasa Kebangsaan dibenarkan dan bukan penghalang kepada Kristian untuk menggunakannya.
Kesan Dari Warta 1982 Tersebut Maka Terjadilah Kronologi Penuntutan Pihak Kristian Keatas Penggunaan Kalimah Allah Bermula Pada Tahun 2007 Seperti Berikut:
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah MEMPERBAHARUI permit penerbitan akhbar itu TANPA LARANGAN menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Bersambung....
Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
DeletePada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Semasa Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan MEMBENARKAN penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Persoalannya Sekarang. Kenapa Kes Tuntutan Tersebut Telah Dimenangi Oleh Pihak Kristian?
Jawapannya Adalah Kerana WARTA 1982 Mahadir, Jala & UMNO. Dan Kini Sudah Dikenali Sebagai "Warta Kerajaan" Yg Di Persetujui Olah Dato Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar Selaku
Menteri Dalam Negeri Ketika Itu, Yg Sudahpon Berkuat Kuasa Pada 16hb Februari 2009. Dengan Jelas Menyatakan Seperti Berikut Di Jil. 53, No. 4,TAMBAHAN No. 20
PERUNDANGAN (A), Mukasurat 285, P.U. (a) 62.:
Larangan penggunaan perkataan tertentu pada dokumen dan penerbitan
2. (1) Pencetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubungan dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat"adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "untuk agama kristian"
Apa Maknanya? Pihak Kristian BOLEH Menggunakan Kalimah ALLAH Asalkan Di Depan Bible Melayu Tersebut Ada Tertulis "untuk agama kristian".
So Sudah Jelas Sekarang. Ini Bukan Soal PAS Or DAP. Semuanya BERPUNCA Dari Warta 1982 Mahadir, Jala & Umno Sendiri. Tak Timbulpon Isu "Apa Tindakan PAS, Kenapa PAS Sokong, PAS Diperkuda DAP & Sebagainya" Kerana Apa Saja Yang PAS Lakukan Hatta Berdemo Di Depan Gereja Sekalipon TIDAK MEMBAWA APA APA MAKNA Kerana JAMINAN Kebolehan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Kristian Telah DiPERAKUI Oleh UNDANG2 Sendiri. Sapa Punya Undang2 Tu? Jawapannya Adalah MAHADIR, Jala & UMNO!!!
Warta 1982 Tajaan Mahadir, Jala & Umno Yang Kini Sudah Dikemaskini Menjadi "Warta Kerajaan 2009" Boleh Di Muatturun Di Sini -> https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&ved=0CDwQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwww.prayer.net.my%2Findex.cfm%3FeAction%3Dviewfile%26fileid%3D18&ei=s7MDUae8D47KrAep5oDADQ&usg=AFQjCNHdgTN-h4sLtO8cwcbBYLOaF9yVuQ&sig2=f3T0I4zONgEmzp-T29tO8Q&bvm=bv.41524429,d.bmk
Bukan tak terima qada dan qadar Allah, tapi kalau kita bersetuju dengan penipuan terhadap kita it maknanya kita bodoh. Masalah gereja tu nak guna nama Allah, itu hak dia jangan kita bersetuju dengan ajarannya yang boleh menjejaskan akidah tauhid kita sudahlah. Mana lebih bahaya antara orang Islam yang sanggup menipu rakyat untuk mempertahankan kuasa dengan ahli gereja yang kerjanya memang mennyebarkan kepercayaan mereka?
ReplyDeleteAnon 4:20 PM, kalau kereta hang kena curi, hang dok diam ka atau hang pi report Polis. hang terima tak qada dan qadar Allah? Mai aku nak ajaq hang berkaitan agama Islam. Semua yg terjadi adalah ketentuan Ilahi. Dlm masa yang sama Allah suruh kita berusaha dan berdoa untuk menghalang segala musibah. WAJIB pula ke atas seorang Islam mempertahankan Akal, Nyawa, Harta dan Agama. BN tengah dok rompak harta kita la ni dengan cara penipuan Pilihanraya, sudah tentu kami sebagai orang Islam wajib pertahankan hak tersebut..Paham dak. Pi belajaq lagi dengan Tok Guru Semaah hang tu..
ReplyDeleteYa qada dan qadar Allah.
Delete1.Fatwa nik aziz undi bukan islam hukumnya haram ( tahun 1990an ) hampa ikut.
La ni fatwanya tak haram , hampa pun ikut.
2.Allah firman syurga dan neraka itu milek Allah yang tentukan.
Nik aziz fatwa masuk pas boleh syuga. Mungkin dia fatwa syurga & neraka mileknya?.
3.Nik aziz fatwa Nabi Muhammad masa kecil macam mamat kampung. Allah firman Nabi Muhammad dipelihara okeh Allah sejak dari awal lagi Maknanya tak samala.
Dah terang menyeleweng awat tak guna akai?
Ya hang belajarlah dengan anwar. Dia kata semua agama sama. Jadi islam, atau kristian atau budha pun tak pa. Semua samakan?
Deleteni la 2 org bebal & biut... telah berjaya diracuni fikiran anda oleh agenda jahat umno/bn....ada mata lihat, ada telinga dengar, ada akal fikir....
DeleteNabi Ibrahim mintak Allah tunjukkan bagaimana Allah menghidupkan semula orang mati lalu Allah menyuruh baginda mengerat 4 ekor binatang, lalu Allah tunjukkan di depan mata baginda bagaimana Allah menghidupkan semula binatang2 tadi. Adakah kita boleh katakan yg Nabi Ibrahim tidak beriman dengan kekuasaan Allah dan qada & qadarNya? Baginda hanya mahukan kepastian utk menguatkan iman.
DeleteSamalah dlm kes kita hari ini, hak utk dapatkan kepastian & kebenaran adalah hak rakyat. Pihak berkuasa wajib untuk menjelaskan segala keraguan & ketidakpuashatian rakyat.
Dan yakinlah perjuangan utk tegakkan keadilan tidak akan dapat bersatu bersama2 dgn kezaliman hingga hari kiamat walaupun jenamanya POLITIK .
kerja jahat anwar bukan satu lagi je. malah dah bertimbun penipuan yang dibuatnya. cakap memanglah pandai. anwar ni sampah umno. PAS kutip buat ketua pakatan buat apa.
ReplyDeletemembantu penipuan utk menjahanamkan rakyat adalah kerja lawan Allah.belajar ilmu biar berguru supaya dpt membezakan yang haq dan bathil.
ReplyDeletesemua ni disebabkan individu yggila kuasa,yg sanggup gadaikan agama,bangsa dan negara
ReplyDelete