boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 21, 2013

Tujuan apa SPR Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dakwat Kekal...

Projek Ini adalah sekadar nak tutup pekung yang dah mula hangit apa yang berlaku...



Sepatutnya pada 30 Apr 2013 lagi, bila ada anggota tentera membuat laporan polis , siasatan hendaklah terus di buat. tapi yang malangnya pegawai tentera yang kena tindakan,,


SPR Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dakwat Tak Kekal.

E-mailPrint
alt

KUALA LUMPUR 21 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.

"Pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.

"SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pasukan khas itu dijangka menyiapkan penyiasatan dalam tempoh sebulan dan ia diharap dapat membantu SPR mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan dakwat itu tidak kekal lama di jari selepas dicalit.

Katanya, SPR juga memandang serius perbuatan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan rakaman video, tulisan dan gambar melalui laman sosial, media cetak dan portal berita berhubung tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenai SPR.

"Antara tuduhan itu ialah warga asing mengundi dalam PRU13, kejadian lampu padam semasa pengiraan undi, berlaku tiga tong undi hilang di pusat penjumlahan rasmi undi di Putrajaya, peti undi diturunkan dari helikopter dengan tujuan memenangkan pihak tertentu.

"Selain itu, kenderaan SPR membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi dengan tujuan untuk memanipulasi keputusan pengundian, petugas SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 sebelum tamat proses pengiraan undi, terdapat pengundi hantu dan pengundi dari Sabah dan Sarawak diangkut untuk mengundi di beberapa negeri," ujarnya.

Abdul Aziz turut menegaskan, SPR mendapati semua tuduhan dan dakwaan itu tidak berasas, tidak benar dan boleh mengelirukan rakyat serta mendatangkan ketidaktentuan dalam negara.

Berikutan itu, beliau mengumumkan satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria pada 16 April lepas bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya.

"SPR akan meneruskan sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu PRU ke-13 bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah termasuk media massa. "SPR juga menasihatkan orang ramai supaya menapis maklumat-maklumat yang dibaca terutama dari media sosial dan jika perlu, orang ramai boleh menghubungi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu isu itu," tambahnya.


Lakonan ajalah, sekadar nak tutup malu Najib dan Bn yang mula dapat undi semakin mengecil, bila ada pihak pembangkang tak puas hati, ada pulak menteri mulut pungkoq ayam bersuara seolah-olah negara ini bapa dia yang punya...

Tak ada rasa malu ke muka dua ekoq no...

 


Kwakhh Pthuiih.........

12 comments:

  1. kena masuk sprm/macc dalam Task Force ni. Gua punya jari boleh basuh dalam tempoh 20 mins lepas mengundi tempoh hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi spr kata : tengok jari saya...rakyat kata tengok jari kami

      Delete
  2. ini dua ekor setan tajaan umporno.

    ReplyDelete
  3. Tujuanya nak bagi tau yang dakwat tu kekal lama kalau tak cuci. Bila dah cuci hilanglah. Sape suruh cuci...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee....kurang cerdiknya En .Hussin kasdi...

      Delete
    2. Kalu boleh cuci sblm proses pru tamat, tak ada makna la beli ink tu sampai juta2 En. Hussin kasdi ooiii...

      Delete
    3. megat panji alamMay 22, 2013 at 10:32 AM

      Hussin Kaldi, kalu langsung tak cuci kan baik....macam cerita musang berjanggut. Qtion mark sini harga dakwat mahal dan statement mereka bercanggah ttg period kekalnya dakwat tersebut...ada fahammmmmm ka mat usin weh

      Delete
  4. haram jadah anjing belaan umno.ko makan la gaji hasil penipuan tu.besok kat dalam kubur ko ingat boleh tipu malaikat ke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai mana lu tahu diaorg nk tipu malaikat...sapalh yg bg cadangan guna dakwat ni...kenapa tk suruh guna cat jew....tp klu dh nk salahkn org guna cat pun boleh hilang...hendak seribu daya..

      Delete
  5. takkn nk tidoq ja bila dah kene tipu... nk jadi dayus ka.... ?

    ReplyDelete
  6. Bagi gua pasal dakwat ni kecil aje. Beli dakwat berjuta- juta, tapi yang dapat tu dakwat sotong da.... DAKWAT CAP SOTONG....

    ReplyDelete
  7. Meluat tengok muka haprak ini dalam TV Al-Hujrah....yang menegakkan benang basah. Tak ada taqwa dan pendirian langsung terus menipu raayat.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari