boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, December 9, 2013

Yahoo... Desas Desus berita gembira...

Ikut suka hangpalah,, ko orang punya kuasa,,, kami sebagai rakyat, hanya sekadar luahkan tak puas hati,,, biarlah rakyat marhaen semakin menjerut perut perut, pemerintah pula semakin kembang perut...



NEGARA

Desas-desus kadar tol naik


Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan.
Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.
Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.
Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Selagi boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan,, belasahlah,, harap-harap rakyat pun buang kesabaran,,, sama-sama turun ke jalanraya,, tak perlu lagi PRU14,,, itu sahaja ajarnya... 
Di mana janji-janji sebelum PRU13 yang lalu...

10 comments:

  1. Assalam MM!Aku setuju 110% ikut suka depa la,aku x marah kat menteri umnu ni pasai lama dah aku duk marah.X ta pasai rakyat mesia ni kaya-kaya belaka,menteri2 umnu ni papa kedana. Haram Jadah aku x redho.

    ReplyDelete
  2. hahhahaaku suka sangat dgn kenaikan tol ni....layak la aku dapat duit zakat lepas ni

    ReplyDelete
  3. Selaku macai, aku menyokong 200% dengan kenaikan kadar tol.. padan muka penyokong pembangkang.. kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat naik 50% tu baik taK usah naik. Alang-alang naik kasilah 200% gitew. Baru ada kelas....

    ReplyDelete
  5. yahooooo, terimakasih BN, nasib baik pd pru13 lepas aku undi BN,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  6. ikut depa la nak naik berape... hang naik la sebelum kami semua naik... bila kami dah naik, baru hang tau apa itu hidup susah...hehehehehe......

    ReplyDelete
  7. Aku sokong kerajaan ameno naik tol 400% memandangkan rakyat meleysia ni kayap-kayap belaka. Ok la tu, dah nak bagi yang free tak nak, biar padan dengan berbayar. Aku kat kampung mana ada jalan raya bertol. Kah...kah.... Lain kali pangkah ameno lagi.

    ReplyDelete
  8. Naik lagi banyak lagi bagus. Kasi penyokong bee end terbeliak biji mata sukahati. Ari tu tengok penyokong bee end gantung bendera mereka kat rumah mereka(dinding buluh). Mesti lepas nie dia balut terus keliling rumah/reban tue. Dorang ni bukan pernah naik highway pun. Kah..kah...jenis melayu yang tak cerdik.

    ReplyDelete
  9. pru 13 baru selesai. pru 14 lambat lagi. masa ni la nak bermaharaja lela. pengundi umno/bn sudah puas hati?

    ReplyDelete
  10. Tujuan sebenar menaikkan kadar tol oleh BN adalah untuk mengurangkan kenderaan menggunakan lebuhraya, bukannya berkehendakkan duit tu sangat. Keputusan yang kerajaan BN buat ini ikhlas untuk rakyat. Sasaran untuk dicapai adalah 5 atau kurang kenderaan sejam. Pada masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan petrol, mengurangkan pencemaran, kemalangan dan wear & tear kenderaan milik rakyat. Rakyat digalakkan berjalan kaki menggunakan terompah untuk penjimatan optima.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari