boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 21, 2010

AP Wangsa Maju sudah melaksanakan tugasnya..

Salam Sejahtera...

Sebentar tadi baru saja selesai pembahasan yang AP Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong yang membahas RMK10 di dewan Parlimen,.

Pada awal pembahasannya, ia mohon untuk membincang isu Sime Darby, habis semua ia belasah, sampai ke Tun Musa Hitam pun disuruhnya letak jawatan, seolah-olah ia seorang AP yang bebas.

Kemudian ia menyentuh pula bab isu judi bola, awal ucapan haram katanya ia tak setuju sama sekali aktiviti judi, OKlah, tak lama selepas tu dengan ucapan macam budak-budak baru belajar nak berucap, di ungkitnya pula judi di Sabah, yang diluluskan oleh Menteri Kewangan DSAI, dah... ia dah mula menghentam DSAI sebagai raksasa napoleon, cakap tak serupa bikin...

Selesai bab judi ia hentam, ia kait pula bab arak yang diluluskan oleh TGNA di Kelantan, yang kutipan cukainya itu digunakan untuk kepentingan rakyat, tahniah buat AP Shah Alam YB Khalis Samad yang bangun cuba nak menghalang, kemudian diikuti pula oleh YB Dr Lolo yang cuba menggunakan peraturan mesyuarat, namun biasalah, Kuasa di tangan Speaker..yang paling hairan berbuatan Wangsa Maju itu turt disokong oleh YB Zul Kulim Bandar Baru.. .

Apa pun mesej yang disampaikan oleh Wangsa Maju ialah untuk menyokong kelulusan judi bola, dengan mengambil contoh apa yang dilakukan dinegeri Kelantan dalam isu arak, ia cuba nak menyamai isu arak dengan isu judi..., Tak sia-sia UMNO menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membeli mereka ini, rupanya memang ada faedahnya...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari