Hari ini sahaja 2 atau 3 bantahan dari wakil pemuda UMNO negeri, yang pertama Sabah, Selangor dan Perak... baca DI SINI. Negeri Kelantaqn tak pula kedengaran lagi..., apakah mereka ini benar-benar sayang kepada Khairy atau lakonan dan upahan ! Wallah huaklam.
Apa yang aku rasa nasib Khairy sama seperti Ong Tee Kiat yang kalah jawatan Presiden MCA.. kenapa aku kata begitu, Ong Tee Kiat bagi aku adalah seorang ahli politik yang cukup bersinar selepas beliau mengalahkan arwah Datuk Harun Idris di Ampang Jaya, di sini arena politik berliau bermula, kemudia beberapa ketika beliau dilantik menjadi Timbalan Speaker parlimen. Gaya dan stail OTK berucap memang ada kekuatan, dan sikapnya yang bijak berpolitik menyebabkan UMNO merasa tergugat lalu akan berakhirlah karier politiknya...
Begitu juga Khairy, kepetahan dan gayanya berpolitik kalau nak dibandingkan dengan lain-lain pemuda UMNO memang jauh ketinggalan, sikapnya yang berani dalam menerima cabaran berdebat dengan Husam dan Dr Aziz Bari di Kota Bharu 2 tahun yang lalu sebagai buktinya, ini kita kena akui, namun apa yang aku nampak Khairy telah menjadi Hang Nadim dalam sejarah Singapura menerima serangan ikan todak. Itulah yang ada dalam politik Melayu terutama sekali UMNO...
Mungkin ada yang berkata Khairy terlibat dengan politik wang, itu pasai dia di tolak,,, Oiii, dalam politik UMNO buat masa ini tak sesiapa pun yang benar-benar bersih, selagii nama UMNO, selagi itulah ada rasuah, cuma sedikit atau banyak.., itu sahaja.
Nasib Khairy nampaknya akan hanging begitu sahaja, tambahan pula selagi adanya Mahathir yang masih bernyawa, selagi itulah Khairy hanya dapat menelan air liur sahaja. Saman 100 juta dari Anwar mahkamah telah terima dan menolak keputusan untuk mengenepikan. Nampak tak.., serampang dua Mata lah,, nanti Mahkamah Malaysia adil, tak berpihak pun.. dan secara tak langsung Khairy akan jadi mangsa mahathir, saka peninggalan Mahatir iaitu Ghani Patail dan Musa Hassan masih lagi setia dengan tuannya, ini harus kita kena ingat, mereka berdua naik ketahap paling tinggi adalah kerana lantikan dari Mahathir.
Apa yang Khairy boleh buat, Pak Mentua dah tinggal gusi aja, taring dah habis, lagi pun Pak Mentua pun nak berhabis waktu dengan bininya, lama dah menduda, sebelum menduda bini dok sakit lama....,
Nak minta tolong pada Zahid Hamidi, dia pun nyawa-nyawa ikan sahaja, nasib baik menang Naib Presiden UMNO, Zambri Mamak yang terhutang budi pada pak menrtuanya pun tak boleh nak buat apa, politik negeri Perak pun tercungap-cungap...
Bior UMNO tumpor yeop...Tumpor UMNO!!!!!...skrg ni pun dah nazak tak kebah kebah..
ReplyDeletematsgsenam