boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 2, 2010

Kong Chor Ha lebih ONG dari Ong Tee Kiat.


Salam Sejahtera..

Kong Chor Ha, AP Lumut, memcang ONG dia ni, apa tidaknya, kalau diikutkan apek ni pun kalah pada Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan, mereka berlawan satu lawan satu, manakala Ong Tee Kiat pula bertanding lawan dua orang, Ong Kaa Ting dengan Chua Soi Lek, dua-dua Ong tak ONG bungkus, boleh kepada CSL, (brand H/p masakini). Mungkin jikalau Ong Kaa Ting tak kacau daun CSL tak ada harapan nak menang. Kong Chor Haa selepas saja tewas dari timbalan Presiden, terus dapat pengampunan dari presiden baru CSL dengan diberi jawatan SUA MCA.

Najib pula kita semua tahu yang tabiatnya suka guna barang terpakai, dari segala aspek hatta ke bini yang ada sekarang ini pun secaond hand..., lalu di lantik dan upgradekan dari Menteri KPT kepada Pengangkutan, manakala Ong Tee Kiat terbuang, bo ONG maa... Apa yang aku nampak, ketegasan memang ada di sebelah pihak OTK dalam isu-isu membela kaum Cina jika nak dibandingkan dengan KCH.

Aku mula mengenali apek Kong Chor Haa ni secara dekat sewaktu penamaan calon PRU 11 2004 yang lalu, waktu tu aku diberi amanah menjadi pencadang kapada calon PAS DUN Pasir Panjang Ustaz Nur Azli, Kong Chor waktu tu ditentang oleh calon Keadilan Mustafa Kamil Ayub. Keputusannya ia menang dengan majoriti 11,641 undi, waktu tu Pak Lah diberi kepercayaan penuh oleh rakyat.

PRU12 2008, apek ni bertanding lagi dan ditentang oleh calon PKR Ustaz Suwardi pula, nasib apek masih lagi ONG....


Sama-sama menunggu keputusan di malam pengiraan undi di dewan merdeka MPM.. Ustaz Suwardi bersebelahan Nizar, manakala sebelah Apek tu ialah calon BN Setiawan.

Sepatutnya malam tu, nyawa politik apek ni dah mampus dah, keseluruhan kiraan undi dari peti undi parlimen Lumut berpihak kepada calon PKR, malah dari peti undi Simpang Dua, iaitu 90% pengundi China, itu pun menang kat calon PKR...


Dalam suasana malam tu, termasuk aku sekali, menunggu dengan penuh debaran, Nizar memang dah comform menang, sebab majoritinya 4000 lebih, undi POS dalam sekitar 114 undi sahaja, dalam suasana kami dok menunggu, ada kawan-kawan yang dok catit keputusan, tup-tup paparan gambar diatas tu dipadamkan.

Disinilah bermula penipuan secara terang-terangan, puas kami bertempik sorak, tetapi tidak dipedulikan, aku sempat dok peratikan wajah Apek tu, diam tunduk aja, malu..., sehingglah polis FRU masuk kedalam, cuba nak mententeramkan kami, akhirnya seorang daripa sahabat aku juga, naik ke atas pergi berjumpa pengurus SPR tersebut, memang dikenalinya dari sewaktu kecil lagi. nak dilempangnya pengurus SPR tersebut, barulah di pasangkan kembali paparan billboard tu, tetapi kedudukannya jumlah undi dah berubah tinggal 21600 undi buat calon PKR, sepatutnya jumlah 27,000 lebih.

Rupa-rupanya semua ini memang ada perkiraannya, kerana selepas itu jumlah undi POS pun masuk, keputusannya apek tu mendapat 5 ribu+ undipos menjadi 25698 undi, manakala PKR mendapat 3 ribu+ menjadi 25400 dan apek menang dengan kiraan 298 undi majoriti. Apa yang boleh kami nak buat, wakil counting agent PKR ramai yang tak ada, borang J14 pun tak ada, hanya boleh bising tak puas hati sajalah. Kononnya selepa situ cadang nak bawa ke mahkamah, tetapi bukti-bukti tak cukup kuat, petugas tak ada, borang J14 tak... habis nak buat macam mana...


Kejadian malam itu berlarutan hingga ke pukul 3 pagi baru dapat keputusan, dan apa yang berlaku di PRK Sibu baru-baru ini pun lebih kurang macam ini jugalah aku rasa, namun pengajaran dan pengalaman dari yang lepas masing-masing dah ada, jadi penipuan tak dapat nak dilaksanakan, lalu SPR menyalahakan petugas parti DAP.

Namun kesimpulan dari apa yang dok nampak undi POS dari Pengkalan TLDM ada fightnya, sebab anggota TLDM tak seperti tentera darat, ini realiti, itu pasal aku amat-amat bersetuju jikalau Laksamana Pertama (B) Haji Imran di calonkan di DUN Pangkor, aku harap pimpinan atasan PKR dapat memberi laluan kerusi DUN Pangkor kepada PAS, kalau rasa nak kalahkan Zamry, kalau masih dok berkeras nak kan kerusi tu ke PKR nampaknya politik Zambry akan bernaya lagilaj selepas PRU13.

Sebabnya mudah, politik bebudak Navy senang aja, pasai apa Calon Parlimen PKR boleh dapat undi 3000 lebih undi POS, sebabnya melayu lawan China, Undi Zambri dengan calon PKR Saudara Fakurazi, berapa calon PKR dapat! Tak banyak pun, sebabnya melayu dengan melayu, jadi undi banyak dipengaruhi kepada Zambri, jadi jikalau bekas Laksamana (B) dicalonkan menetang Zambry, Insyaallah, bungkus Zambri kali ini.

Lagi satu satu masaalah PKR, petugas-petugasnya amat-amat dhaif sekali, ini yang berlaku Lumut, di lain aku tak tau, bayangkan, aku bertugas di saluran 3 SK Manjung, dari waktu mengundi sehingga waktu pengiraan undi, seorang pun tak ada wakil PKR, waktu kiraan undi apa yang boleh aku lakukan, aku terpaksa jaga calon PAS, malah borang J14 untuk keputusan kiraan undi calon PKR pun tak ada sapa yang ambik, aku nak tolong ambik tak boleh, sebab tak surat sebagai wakil calon PKR. Itu yang jadi masaalahnya,,,

Gambar lelaki yang dah kena cop mohor Manjungmari itulah yang bertugas sebagai Pegawai SPR malam tu.... dia ni bukan lagi mangkok hayun,, dia dah kategori haramjadah.. Manakala lelaki yang nampak sebelah muka sahaja berambut uban tulah calon PKR DUN Pangkor melawan Zambry tempohari. Gambar ni waktu majlsi kesyukuran kemenangan PR 2008 yang lalu,,.

Harapan aku walau apa pun tindakan Najib dengan mengambil hati kaum Cina dengan berlebihan-lebihan memberi jawatan menteri dan timbalan menteri berbanding dengan kaum lain termasuk melayu sendiri, tidak akan membangkitkan semangat kaum Cina untuk mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 yang akan datang,,,

Mampoos UMNO!!!!….

6 comments:

  1. uihhh yeop!
    deme siap jemput lagi pegawai SPR tuh!!
    kalau teman.. bagi penampor je sedas-dua!! wakakaka!

    itulah hebatnya sahsiah PR ye? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Budakbalun..

    Tak jemput mana, jawatan sebenar dia YDP Majlis Perbandaran Mmanjung, kami nak pakai dan guna stadium untuk majlsi tersebut, nak tak nak kena jemput jugalah dia..

    Sebelum ini, sewaktu pemerintahan Nizar, kami dah cadang supaya dia ni ditukar dari Manjung, tetapi itulah, Nizar terlalu lembut hati, biarkanlah, sedangkan perbuatan dia terhadap Nizar terlalu banyak, nantilah, kalau aku ada masa dan kelapangan aku akan tuliskan lagi...
    Tolong doakan aku diberikan kekuatan, maklum sajalah, dah berumur ni, tenga makin kurang dah..

    ReplyDelete
  3. Dengan wajah tak bersalah dia pun turun joint makan2?? memang dasar pencacai UMNO.. takde klass langsung!

    INsyaAllah Syeikh.. teman doakan mike sihat dan lebih bertenaga untuk menyumbang pengalaman melalui penulisan.. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  4. salam.. abg MM, mlm tue sy ada gak.. yg masa nk hampir bertumbuk tepi dewan tue.. hehe. mcm2.. blackout la sgt kononnya.. teruk tui.. igt lg mlm tue.. satu lg blkang YDP tue baju itam tue teman la.. hehe baju polo no. 3 tue.. sblah sket baju kelabu bdn beso tue kwn teman anak pak ya sematang, dlu slalu ceramah kempen pernah wat dpn umah dia.

    ReplyDelete
  5. Lagi satu satu masaalah PKR, petugas-petugasnya amat-amat dhaif sekali, ini yang berlaku Lumut, di lain aku tak tau, bayangkan, aku bertugas di saluran 3 SK Manjung, dari waktu mengundi sehingga waktu pengiraan undi, seorang pun tak ada wakil PKR, waktu kiraan undi apa yang boleh aku lakukan, aku terpaksa jaga calon PAS, malah borang J14 untuk keputusan kiraan undi calon PKR pun tak ada sapa yang ambik, aku nak tolong ambik tak boleh, sebab tak surat sebagai wakil calon PKR. Itu yang jadi masaalahnya,,,

    Berkaitan diatas, jangan salahkan dorang sheikh. Aku pun jadik wakil untuk Yaakob Sapari. Ramai main tangkap muat aje. PAS atau BN ada kurang-kurang 2 orang. Lat tengahari mintak wakil PAS tolong jaga undi, aku nak pi undi dan balik rehat. Lepas asar sebelum pukul 5 aku datang balik nak amik borang 14 nanti.
    Macam tu lah punya susahnya... sebab ramai tak yakin Pakatan Rakyat menang dan ramai takuit tonjolkan diri. Ada sorang yang aku tau mintak jadi calon TAPI kena letak jawatan (dia kerja swasta) dia tolak.... macam tuy situasi sebenar. Kawasan aku ramai jadi dorang mintak aku pi tolong kat kawasan Yaakob Sapari.... susahnya nak dapat orang support.

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Aro..

    Ai Sey,, rugi la.. memang waktu tu saya memang fokus kat mamat tu aja, , memblog pun belum lagi rasanya....
    belum lagi, saja ambik gambar untuk kenangan,,, rupanya ada guna di sebalik tu....


    Mahaza...

    tak ada niat nak menyalahkan sesiapa, tetapi terpaksalah menyatakan yang benar,,, kurang-kurang untuk masa hadapan masing-masin akan ambil peringatan, sebab kita bukan sahaja menentang UMNO, bila PRU tetapi yang kita tentang Polis, SPR dan serba serbi yang ada dalam kerajaan.. Kalau pimpinan PR tak ambik kisah letih....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari