Kalau manusia-manusia yang akal fikirannya sama standard seperti Ibrahim Ali Presiden Perkasa, aku tak hairan, mampuih pi lah,,,
Tetapi apa yang hangat diperkatakan dah berapa lama dah masih tak selesai-selesai lagi, masing-masing keras kepala dengan ilmu yang mereka ada...
Tak bolehkah duduk semeja berbincang, kenapakah perkara furuk yang dok dipertikaikan, kenapa tak pertikaikan UMNO yang mengamalkan sekularisma tu,
Tak cukup dengan dendam yang tak habis-habis, kesempatan ini digunakan oleh UMNO untuk mencemarkan lagi imej golongan pimpinan Ulamak dari pandangan umat melayu dan penduduk Malaysia yang mula beralih arak kepada Islam dan Pakatan Rakyat.
Mengikut pengakuannya di akhbar semalam, belia hanya menyebutkan nama mantan mufti perlis sahaja, 3 orang lagi ia tak mengaku,,, KENAPA IA HANYA KAITKAN DR ASRI SAHAJA ?
APAKAH INI SEBAGAI HALANGAN SUPAYA UMNO JANGAN MENERIMA ASRI MENGANGGOTAI PARTI UMNO YANG MENUNGGU MASA UNTUK DITALKINKAN.
Hari ini pula pihak polis pun tak mungaku juga terlibat dengan kes yang sama..... Baca DI SINI
Kalau polis tak mengaku,Zamihan pun tak mengaku, habis sapa punya kerja semua ni.....Pembaca yang budiman... silalah komen bagi jawapan sapa punya kerja semua ni...!!! Aku nak tengok betui tak jangkaan firasat aku ....
Cadangan aku buat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, selaku Presiden Parti PAS, elok sangatlah kes ini dibawa ke mahkamah, saman aja pihak-pihak yang terlibat, kalau tak silap aku ini dah kali kedua perkara seperti ini berlaku, kali pertama semasa Mahathir jadi PM dulu, kononya TGHH di fitnah terlibat juga dengan keganasan kumpulan Islam Indonesia sewaktu TGHH di jemput memberi ceramah di Makasar Selatan Sulawesi pada tahun 2003 yang lalu,
Kini lagi sekali dengan tanpa apa-apa fakta atau bukti, sekali lagi UMNO cuba nak cari pasal dengan mengaitkan TGHH, kenapa... apakah kerana jawapan TGHH di muktamar PAS yang baru berlalu, iaitu tidak mahu mendukong biawak hidup, maka inilah akibatnya yang Presiden PAS dapat..
Dengan di bawa kes ini ke mahkamah, bukan kita nakkan saman ratus ribu juta, kita nak tahu siapakah yang menjadi musuh umat islam di Malaysia ini, biar semua rakyat tahu untuk membuat keputusan pada PRU13 nanti...
No comments:
Post a Comment