boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, June 20, 2010

Kenduri Kahwin Lagi..

Salam Sejahtera..

Pukul 10 pagi tadi (Sabtu) h/p aku berbunyi, rupa-rupanya sahabat lama (room mate) Sheikh Zaidi semasa kat Mekah 2007 yang lalu call, tanya aku pergi ke tak jemputan kenduri kahwin anak sahabat room mate juga ...

Sewaktu di Mekah dahulu kami ada berenam, 3 orang dari Perak, terdiri dari aku, Bang Ali dari Manong dan Haji Said dari Kampong Air Ganda Grik. Manakala 3 orang lagi dari Butterworh, Pak Ngah Abu dari Kampong Padang Ibu, Permatang Pasir, Latib dari Sungai Dua dan Sheik Zaidi.

Pukol 12.30 Sheikh Zaidi ni call lagi aku, kata dah sampai, tengah makan nasi,, aku masih kat tempat kerja lagi.., menurutnya ramai tetamu yang datang termasuk ADUN Manong yang juga Exco Perak,, aku sound kat Zaidi suruh pergi la bersalam dengan Adun tu ambik berkat, dia jawab apa kat... dapat keparat ada lahhh... aduhai...


Jam 1.00 aku balik kerja, lepas solat Zohor, tak cerita banyak terus pergi ke Kampong Guar Manong, sebelum ni 05 hb lepas aku dah pergi, kenduri juga rumah anak saudara Abang Ali ni, bila Abang Ali ni nampak aku kat rumah anak saudaranya, ia jemput aku mai kerumahnya semalam, siap dengan bagi kad jemputan lagi.....

Aku dengan Abang Ali ni sewaktu di Mekah ada sejarah atau kisah yang tak dapat di lupakan, tetapi tak payahlah aku ceritakan di sini, perkara dah berlalu...., biarlah kami berenam teman sebilik sahaja yang mengetahuinya....

Ini Bang Ali dengan Isterinya... Warna sedondong... Tengok colour baju pun dah tau kan!!!!


Aku sampai jam 3.00 petang, kiranya beruntung juga, nasib-nasib la datang lewat ni... apa tidaknya, bila ambik makanan, disuruh oleh isteri abang ali duduk kat tempat pengantin makan, banyak laut dari pengantin yang tak berusik, jadi aku, bini dan anak aku tukang makan, rezeki sampai lewat...

Dalam tengah dok makan, sampai pula Naib Presiden Keadilan, Mustafa Kamal Ayob bersama isteri dan anak, duduk berhadapan dengan meja aku..., aku pun passing lauk-lauk pengantin kat dia..., hormat pimpinan..isteri MK ni anak saudara Abang Ali...


Aku tunggu sehingga dia selesai makan, selesai aja, aku dengan muka tak malu, pi duduk sebelah dia, terjah dia, tanya kes DSAI isu bukti Ahli Parlimen Lompat di rasuah..., menurut Mustafa Kamil memang ada, dan ia cerita segalanya kat aku.., ha ha .. bab ini aku tak boleh cerita lagilah kat hangpa..., itu pasal aku tengok DSAI jawab di youtube confidence aja....

Dalam dok syok berbual banyak hal dengan Mustafa Kamil, masuk pula seorang lagi tetamu, siap pakai kopiah lebai macam aku lebih kurang, tanya macam-macam juga kat MK, rupanya Pegawai Polis, Timbalan OCPD,... lagi panjang cerita Yob.., banyak lagi isu yang aku perolehi.., kesimpulan yang aku dapat dari Pegawai Polis ni, Musa Hassan akan sambung tugas 1 tahun lagi, kerajaan Najib memang dah kering kontang, kira betuilah kata Idris Jala, 2019 Malaysia akan bangkrup.. he he kesian kat polis dengan janji-janji manis Najib sebelum ni.bayangkanlah, peruntukkan nak mencuci kawasan persekitaran pun tak ada, terpaksalah guna pakai gotong royong....

Dalam dok tengak rancak berbual,, masuk lagi sorang joint nak bersembang, Penghulu dari Taiping, macam-macam cerita lagi yang aku dapat.., memaklumkan kerajaan negeri Perak ni semakin teruk, apa tidaknya, kalau Sultan pun dah turun, tak cukup dengan selepas tu disusuli pula dengan Raja Muda,, tetapi rakyat alahai... tunggu ajalah PRU13 nanti keputusannya...

Dalam dok tengah syok bercerita bini aku dah dua tiga kali dok pandang kat aku sebelum ni, terus bersuara ajak balik.... perghh, boring betui.. kalau tau nak dapat habuan maklumat macam ni..., tak payah ajak bini ikut sekali.... Dalam masa nak balik sempat kami sama-sama mengankat tangan perjuangan....

Penamatnya bila aku nak bersalam dengan bang Ali, berpeluk lagi sekali, waktu sampai pun berpeluk juga, nak balik aku bersuara minta maaf perkara-perkara yang lalu, walau pun aku rasa aku tak bersalah dalam hal tu, abang ali pulak rupanya dok perati perbualan kami tadi dari jauh, katanya kat aku...abang ali tak kisah perbincangan kamu dengan demer tu,,, negara kita ni demokrasi!!..., mak aii..., moga-moga Allah dapat mengubah fikrah Abang Ali... Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari