Kalau tak silap aku, semalam Tuan Guru Nik Aziz MB kelantan ada meyebut, bakal calon PAS dimestikan bukan seorang kaki perokok.... Sesungguhnya aku dengan ini menyokong 100% saranan tersebut, sebabnya aku dulu pun perokok tegar, aku mula merokok secara mencuri-curi sewaktu sekolah menengah tingkat 4 tahun 1977 sehinggalah aku bekerja, namun alhamdulillah tahun 1986 dengan keizinan Allah S.W.T di atas semangat dan kekuatan aku dapat berhenti dari merokok...
Sekali lagi aku bersyukur ke hadrat Allah kerana ketiga-tiga anak jantan aku tak mengikuti jejak langkah aku sewaktu aku peringkat remaja dahulu, alhamdulillah, mereka langsung tiada keinginan untuk merokok....
Kenapa perkara sebaik begini tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Sepatutnya Menteri Besar Dato Seri Azizan pun patut mencontohi sikap MB Kelantan, melancarkan apa yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Kedah dengan mempraktikkan kepada semua Kakitangan Kerjaan Negeri Kedah, satu pendekatan yang cukup baik.
Kalau nak harap untuk nak haramkan pusat-pusat hiburan, pusat jualan judi berlesen mungkin susah, belum ada kemampuan lagi, jadi mulalah dulu dengan rokok...., haramkan rokok dahulu, kan dah banyak fatwa-fatwa yang kuat dan boleh diguna pakai mengatakan merokok itu haram.susah sangatka nak laksana?!!..
salam
ReplyDeleteTajam sindiran mike kpd MB kedah tu