boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, August 2, 2012

Duti Eksais Kereta di hapuskan - Aku kurang setuju..

Cadangan pakar strategi/ekonomi PKR Saudara Rafizi Ramli mengenai penurunan kadar duti eksais Kereta bagi aku tidak berapa praktikal buat rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia... Kenapa..






Aku tak bermaksud penurunan cukai itu tak baik, memang baik,,, tetapi yang lebih baik buat rakyat marhaen, bukan penurunan cukai kereta baru,,, kalau rakyat yang berpendapatan tinggi, OK ,, tak ada masaalah, memang itu yang ditunggu-tunggu pun,
Tetapi yang kita kena utamakan ,buat rakyat kelompok majoriti, kelompok yang ramai ialah golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kereta yang sedia ada pada diri mereka adalah amat penting,,


Dalam suasana ekonomi dalam negara yang mana harga-harga barangan keperluan adalah terlalu tinggi, walaupun menteri-menteri dok berbangga mengatakan harga barangan paling murah di dunia,,, 


Kenderaan berenjin menggunakan petrol terutama kereta dah menjadi keperluan semua rakyat, malah motosikal sekarang pun dah jadi kenderaan anak-anak remaja ke sekolah. 


Adalah lebih baik pada pendapat aku, kawalkan harga alatganti kenderaan, majority rakyat semuanya menggunakan kereta yang dah berumur lebih 10 tahun,, 9 tahun hutang baru selesai, baru nak bernafas rasa lega habis bebanan hutang,,, tak kan nak cari bala nak berhutang lagi beli kereta... 


Kereta yang sedia ada yang berumur 10 tahun jika penggunaan yang tidak lasak, adalah masih baik,, cuma senggaraan sahaj diperlukan,, masaalahnya alatganti sekarang ni cukup mahal, kalau kita pergi ke kedai spare part, tokeh kedai boleh tanya, mau baik punya (ori) atau murah punya barang,,, jadi sendiri fikirlah,,, murah punya barang,, entahlah,, ikut nasib la...


Itu tak termasuk tayar, bateri, berapa harga semuanya itu... 


Lagi satu, satu lagi masaalah yang menimpa rakyat ialah insuran,, cukai jalan kerajaan dah turunkan, buat kenderaan berkuasa kuda 1600 ke bawah,, dah bagui dah la,,, tapi yang celakanya,, insuran mendadak dadak naik... apa cerita ni,,, tak kiralah insuran apa,, baik yang ala-ala Islam kononya (takaful) atau insuran konvesional , sama saja,, masing-masing kira nak menelan duit pengguna kereta, 


Aku biasa, staff takaful suruh aku pi beli insuran syarikat ain,, ingat nak belilah insuran ala-ala islam,, tetapi lebih mahal berganda dari insuran konvesional,, apa cerita ni,, Islam ala UMNO,, inilah habuan yang rakyat dapat.. 


Jadi kesimpulannya, adalah lebih baik buat majoriti rakyat, harga minyak dikawal dan diturunkan mengkut standard negara-negara dunia pengeluar minyak, harga barangan keperluan rakyat perlu dikawal, jangan asik dok nak jaga harga ayam sahaja,, harga ikan apa cerita sekarang...


Kawalkan harga tambang bas, keretapi dan teksi,, kalau semua naik kereta, jem oooo,, atau pun galakkan rakyat menggunakan basikal dengan menyediakan lorong-lorang khas adalah lebih,,, turun cukai kereta, pakat suruh rakyat pakai kereta baru,, bahaya oiii,,, hospital tak ada penambahan katil wooo.... . 


Woiiii, pening aku... kalau nak ikut harga keperluan sekarang.... itu yang penting,,,, kereta tak ada pun rakyat masih boleh idup....  



8 comments:

  1. Salam Yob,
    Ada cerita seorang pakcik minta anak sedaranya belikan motorsikal untuk angkut barang. Sebab kesian anak sedara belikan. Hujung tahun dia minta duit untuk perbaharui roadtax dan insuran. Bila rosak dia minta duit anak sedara untuk baiki. Mujur dia tak minta duit anak sedara tiap kali isi minyak. Moral of the story, kita boleh beli kereta. Tapi bolehkah kita maintan kereta itu dan jadi pemandu yang baik?

    ReplyDelete
  2. kat thailand indonesia kenderaan murah minyak mahal kat malaysia patutnya kenderaan tu murah minyak patut di naikkan lagi supaya orang berfikir untuk pakai kereta dengan itu proton terpaksa bersaing kalau tak gulung tikar apa guna kereta nasional kalau tak boleh bersaing di antara bangsa sia sia melabur di lotus kono buka f1 kalau teknologi tak boleh dimanfaat memang lu bangsa tak boleh lawan diantara bangsa

    ReplyDelete
  3. Turunkan sahaja duti cukai kereta tu... kalau sanggup beri free untuk rakyat Malaysia lagi baik. Minyak dah dijanjikan akan turun... kalau minyak turun takkan nak buat juadah buka puasa... dah tentu digunakan untuk kereta.... dari diisi dalam kereta lama yang dah nak jahanam lebih baik diisi dalam kereta baru .... dulu tak mampu beli sebab terlampau mahal... duit ada tapi tak termampu nak beli kereta sekarang sebab UMNO/BN jadikannya terlalu mahal.... jadi dah murah tunggu apa lagi belilah bila lagi rakyat nak merasa memakai kereta baru... takut penjual kenderaan terpakai rugi?... buat apa jual kereta terpakai... jual sahaja kereta baru... kereta yang terpakai dijadikan spare-part atau kereta potong... so masalah insyaAllah selesai.

    Kalau boleh jika Pakatan Rakyat menang, harga kereta yang termurah diharapkan adalah kereta dari jenis hibrid agar semua semua rakyat mampu memilikinya. Jika terlalu banyak pengguna kereta hibrid maka volume yang tinggi akan mampu menurunkan harga dan spare-part kereta yang mahal contoh bateri.... jadi secara relatifnya teknologi kenderaan hibrid di Malaysia akan lebih murah dan efektif dari menggunakan teknologi yang sedia ada. Maka ini mungkin akan membantu kepada teknologi hijau... kan kita semua suka HIJAU.... :)

    ReplyDelete
  4. Yob , saya rasa elok juga harga kereta diturunkan kerana bila lagi orang melayu nak merasa naik honda, toyota dan paling busuk pun Kia. Dah turun harga nanti boleh la kita minta turunkan alat ganti, insurans dan Petrol (ini memang janji PR) untuk menurunkan harga petrol. Itu jam baru lah kita nampak orang melayu boleh pakai kereta ada klas sedikit, tak la , pakai proton saga, kancil aje. Saya punya kereta kelisa dah sebelas tahun tak tukar tukar lagi kerana nak tunggu pakatan Rakyat memerintah. kalo kalah lagi , bermimpi ajelah aku nak tukar kereta 4 wheel drive.begitu la ceghite nye.

    ReplyDelete
  5. Kalau bab harga kereta aku x setuju dgn pendapat awk. Persoalannya adakah berbaloi pembelian kita terhadap kereta nasional yang nilai sebenarnya RM20K tetapi kita beli dgn harga RM40K?

    Kereta adalah keperluan. Bayangkan kalau harga kereta murah, secara x langsung kita telah membantu adik2 kita yang baru nak membina kehidupan. Senario hari ni mahasiswa yang baru dpt kerja, nak bayar rumah sewa, nak bayar bil utiliti, menyimpan duit utk kahwin.

    Dalam bab insuran kereta antara takaful dan insuran konvensional, takaful lebih mahal, ternyata hang pembohong. Aku adalah wakil takaful etiqa (am dan keluarga) dan uniasia (am sahaja). Quotation etiqa takaful lg murah berbanding uniasia. Jgn nak kelentong aku. Setakat ini etiqa takaful lah yang paling murah, takaful lain aku x tau lah sebab etiqa takaful masih x de loading. Berbanding syarikat konvensional spt Kurnia insuran kereta berumur 6 tahun pun dah kena loading. Tentulah mahal. Cumanya etiqa takaful ni ambik kereta berumur 19 tahun ke bawah sahaja dan x ambik third party. Jangan kata aku buyers kpd etiqa takaful. Orang ambik etiqa takaful ke, uniasia ke, aku tetap dpt komisen jgk. Aku nak buyers apanya, kan? Aku bercakap dgn fakta. Kalau harga insuran/takaful kenderaan dinaikkan, itu betul. Start gaji kakitangan awam diumumkan naik,hari tu jgk terus kadar insuran kenderaan dinaikkan.

    ReplyDelete
  6. kawalkan harga alatganti kenderaan, majority rakyat semuanya menggunakan kereta yang dah berumur lebih 10 tahun,, 9 tahun hutang baru selesai, baru nak bernafas rasa lega habis bebanan hutang,,, tak kan nak cari bala nak berhutang lagi beli kereta (macam tak cukup pikir je ayat nih)

    Klau kurangkan sekarang.. ada sedikit kerugian ditanggung oleh pemilik sekarang.. klau tak kurangkan.. sampai ke anak cucu le bayar kete mahal.. rugi mungkin 9 tahun (tempoh terpanjang pinjaman kete) lepas 9 tahun.. selesai utang bank.. masa2 depan taknak pakai kete baru ke?? lagi 15 tahun 20 tahun?? ke nak tunggu lagi 20 tahun baru nak kurangkan tax??

    ReplyDelete
  7. turunkanlah sikit harga kereta tu.. biar org mampu beli kereta baru.. minyak save maintenance save.. kalau bas setengah jam sekali mula 5pagi last 1pagi ok gak.. senang nk g keje balik keje anta anak anta bini g keje.. ini.. pikirla sikit org keje shift ni dahle susah, makin susah.. BN ni peka la sikit golongan pertengahan yg berkeluarga ni.. anak nk kene hanta nursery lagi..

    ReplyDelete
  8. Insurans bukan ikut harga market kete ke? Kalo dah harga turun, automatik insurans pun turun kot..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari