Oleh:
CEO Syabas lewat setengah hari masuk syurga
Kata Mentri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, gaji CEO Syabas RM400,000 sebulan.
Aduh! Banyaknya duitnya.
Apapun
orang Melayu seronok ada juga orang Melayu yang bergaji besar. Dulu sebelum
merdeka kita dengar cerita orang Melayu miskin belaka. Asal yang miskin orang
Melayu. Yang banyak duit Cina.
Lepas
merdeka sudah ada orang Melayu bergaji RM400,000 sebulan.
Walaupun
saya seronok dengan gaji Tan Sri yang menjadikan dia kaya raya, saya teringat
tazkirah yang dengar di surau. Ustaz menyebut sepotong hadis, bahawa orang
miskin yang soleh dulu masuk syurga dari orang kaya yang soleh.
Kedua-dua
orang miskin yang soleh dengan orang kaya yang soleh sama-sama boleh masuk
syurga. Katakanlah orang miskin yang soleh itu tok siak masjid kampung yang tak
bergaji, orang kaya yang soleh itu CEO Syabas yang gajinya RM400,000 sebulan.
Orang kaya
yang soleh CEO Syabas itu menunggu di pintu syurga bersama tok siak yang miskin
itu. Dia melihat tok siak masuk dulu sambil melenggang. CEO Syabas terpaksa
menunggu. Dia soleh juga dia terpaksa menunggu lagi.
Habis orang
miskin soleh masuk syurga, CEO Syabas dan ramai lagi orang kaya yang soleh
tidak boleh masuk lagi padahal mereka sudah lulus untuk masuk syurga. Setengah
hari lamanya CEO Syabas bersama-sama orang kaya soleh yang lain terpaksa
menunggu dulu.
Pintu
syurga itu kosong. Sudah tidak lagi yang hendak masuk, tetapi CEO Syabas tidak
boleh masuk lagi. Kesnya apa? Dia adalah seorang yang soleh tetapi dia orang
kaya. Orang kaya terpaksa tunggu sampai tengah hari.
Tok siak
yang soleh tadi sudah tidak terhalang masuk syurga. Apa sebabnya? Kerana dia
miskin.
Dengan
kesebokan dunia ini setengah jam itu tidaklah lama sangat. Tetapi menunggu
adalah kerja yang menyiksakan. Walaupun kita diminta setengah jam di luar bilik
untuk menunggu bertemu dengan Perdana Menteri, tetapi setengah jam tidak buat
apa tetap dirasa lama dan tidak menyengkan.
Bayangkan
setengah hari di luar pintu syurga, bukan setengah hari di dunia di bilik
berhawa dingin. Satu hari di akhirat beribu tahun dibandingkan dengan dunia.
Walaupun
ahli syurga itu sudah mencium bau syurga sejak dalam kubur lagi, tetapi masa
itu semuanya tahu bahawa syurga belum dibuka untuk penghuninya. Maka semuanya
sudah merasa bahagia. Sedang penghuni kubur yang lain berdepan dengan berbagai
kesiksaan, ahli syurga aman nyaman tidur di kuburnya mencium bau syurga.
Tetapi CEO
Syabas yang soleh sudah ada di luar pintu syurga. Dia sudah tahu dan terdengar
akan seronoknya orang di dalam syurga, sedang dia terpaksa menunggu lama di
luar dan setengah hari itu panjang beribu tahun.
CEO Syabas
itu sekalipun sebulan RM400,000 gajinya, kekayaannya tidak sekaya Nabi Sulaiman
a.s. Tiada manusia sepanjang sejarah manusia lebih kaya dari Nabi Sulaiman a.s.
Baginda lebih kaya dari Qarun. Qarun adalah terlalu kaya. Berekor-ekor kaldai
membawa anak kunci setor hartanya saja. Kekayaan Qarun itu di Mesir saja,
kekayaan Nabi Sulaiman a.s. adalah di seluruh dunia kerana baginda adalah raja
sedunia.
Nabi
Sulaiman a.s. bilionar yang soleh tetapi nabi yang maksum, seorang yang tidak
ada dosa dan nabi itu dijamin baginya syurga.
Kata Ustaz
itu Nabi Sulaiman a.s. yang soleh lagi maksum itu menunggu 40 tahun untuk masuk
syurga selepas sekalian nabi masuk syurga. Bukan kerana baginda ada dosa barang
secebis. Tetapi kerana kekayaannya. Setiap kekayaannya ditanya dulu di makamah
Rabbul Jalil, dari mana ia didapati dan bagaimana ia digunakan.
Kerana kekayaannya terlalu banyak, maka audit di mahkamah
Rabbul Jalil mengambil masa selama 40 tahun.
Bayangkan CEO Syabas yang soleh dilewatkan setengah hari
masuk syurga kerana banyaknya duit. Itupun kalau duit itu didapati secara betul
dan digunakan secara beul juga. Kalau duit yang tidak betul berapa lama pula
terpaksa menunggu di luar syurga?
Bagaimana pula dengan keborosan menggunakan duit negara?
kelas artikel ni.
ReplyDeleteterbaekkkk
ReplyDeleteyop...kalau duit tak betul....bukan buleh tunggu kat luar pintu syurgaaa....lama dah hancur kena tibai di pintu neraka nuuuu.....belum masuk lagi dah kena balunn dahhhh..
ReplyDeletei like
ReplyDeleteBAGUS....
ReplyDeletetapi Rozali kata gaji diA BUKAN RM 51 JUTA. Dia kata orang fitnah dia. Tapi orang tak kata dia gaji Rm 51 juta. Orang kata Rm 5.1 juta aje setahun gaji dia. Ini pun si mangkok hayun Rozali mau belit. Di akhirat besok dia kena interviu kalo nak masuk surga, itu pun kalo dia ni calon ahli syurga.
ReplyDeleteagak2 dia baca tak artikal ini...............
ReplyDeleteKelass you! Cerita ini...baca ke si Tan Sri Rozali tu? Saya rasa tidak!! sebab dia menafikan gaji dia 51 juta setahun, rakyat mempertikai gaji dia 5.1 juta setahun, dia kata 51 juta!! makna nya dia tidak membaca apa orang pertikai kan gaji setahun dia, dari tiada apa apa... bila UMNO bagi projek, habis di rembat nya...AIR kepunyaan ALLAH Jua!! Allahuakbar..
ReplyDeletesalam...artikel yang menarik ..
ReplyDeleteMM pun masuk surga lambat juga. dia pun banyak harta jika dibandingkan dengan umat islam lain yang lebeh daif di malaysia,di somalia dan di afrika. sama2 lah kita tunggu. Jangan lah ada hasad dengki dalam diri kamu.
ReplyDeleteAlhamdulillah,, moga-moga berkat mulut anony 12:28 masuk juga aku ke syurga,, walaupun lambat..
Delete//??????......
DeleteMembaca kesah orang kaya ni (yang bergaji 400 ribu sebulan) terkenang aku akan sebuah keluarga yang fakir. Sisuami uzur, hanya siisteri yang mencari rezeki, ada 3 orang anak yang sedang bersekolah. Untuk menyara hidup, siisteri bekerja sebagai pembantu gerai (bukannya kedai) jual cendol bergaji harian RM20.00 (puluh, bukan ribu). Seminggu lima hari saja. Tidak ada sumber rezeki yang lain. Sepanjang bulan puasa ni siisteri menganggor sebab gerai cendol tutup. "sepanjang Ramadan ni nak kerja di mana?" aku bertanya kepada siisteri sebelum ketibaan Ramadan tempoh hari. Tiada jawapan. Aku selalu berdoa kepada Allah moga keluarga ini ada jalan keluar dalam kesusahan mereka. Tentang sikaya tadi, aku tak dapat membayangkan bagaimana dia membelanjakan duit 400 ribu yang diperolehi tiap bulan. Tentang diri aku ni, baru kerajaan janji nak bagi bonus setengah bulan pun dah suka sangat sampai macam2 berangan nak beli itu beli ini padahal duitnya tak sampai pun 1 ribu...alahai ...
ReplyDelete