boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 20, 2013

Panas - Pengakuan Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Ustaz Idris bin Ahmad ..

Masih ramai para ustaz-ustaz yang melabelkan Timbalan Presiden Pas Haji Mad Sabu sebagai menganut fahamah Syiah sepertimana kecoh sekarang ini...
Walaupun penafian dan Mat Sabu sendiri dah pun bersumpah di hadapan ahli Majlis Dewan Ulama Pas... namun musuh politik Mat Sabu terutama ustaz-ustaz tetap mengatakan Mat Sabu Syiah... 



Alhamdullilah, masih ada lagi Ustaz-ustaz yang ingin menyampaikan kebenaran...


Mat Sabu bukan berfahaman Syiah

Mengulas kaitan Mohamad dengan fahaman Syiah, Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menafikan perkara tersebut sambil menegaskan bekas wakil rakyat itu tidak pernah menunjukkan ciri-ciri ajaran itu.

Beliau juga mengakui mengenali Mohamad sejak zaman universiti lagi.

"Saya berkawan lama dengan dia (Mohamad), saya kenal dia sejak dari zaman universiti lagi.

"Waktu itu dia kena tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kuala Pilah, saya pergilah dengan motorsikal buruk saya dengan kawan-kawan lain.

"Saya kenal dia dan tidak pernah tengok dia sembahyang gunakan batu dan sebagainya. Syiah itu kita tahu macam mana (amalannya) tapi tidak pernah tengok dia tunjukkan," katanya.

Untuk rekod Mohamad pernah dua kali ditahan di bawah ISA semasa menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat, penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau.

Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

PAS berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah tolak Syiah

Tambah Idris, dari segi agama fahaman Syiah ditolak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan PAS sendiri berpegang teguh kepada akidah tersebut.

Perlembagaan parti berteraskan Islam itu menurut beliau berpegang kepada Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

"(Hanya terima) Ahli Sunnah Wal Jamaah sebab itu perlembagaan kita jelas iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qias...itu jelas.

"Sebab itu kalau orang itu merasakan ia ada prinsip dia boleh terima perjuangan PAS," katanya.

Justeru Idris tidak menolak perkara tersebut sengaja ditimbulkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej dan kedudukan parti itu.

"Ini merupakan isu yang hendak memberi gambaran supaya rakyat takutkan PAS, ia tak boleh nak 'condemnkan' dari sudut lain jadi mereka gunakan isu ini.

"Pada saya Syiah memang tidak boleh berkembang di Malaysia, bukan sahaja Syiah tapi Hanafi dan Maliki juga," katanya.


 Moga-moga nama Bang Mat Sabu dapat dibersihkan....

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari