boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, November 9, 2013

Pasca PRK N20 Dun Sungai Limau - Membedah Demokrasi.

Satu artikel celik minda yang disediakan sendiri oleh Timbalan Presiden Pas..




Apabila PAS dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, ada setengah pihak menganggap bahawa telah berlaku keadilan dalam pilihan raya. SPR telah menjalankan tugas dengan baik, oleh itu demokrasi telah pun berjalan dengan sempurna.

Pandangan itu, adalah pandangan yang terlalu salah. Parti PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sungai Limau bukan berhadapan dengan jentera Umno dan Barisan Nasional, tetapi berhadapan dengan kerajaan. Lebih daripada RM15 juta yang diketahui telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam pilihan raya Dun Sungai Limau.

Setiap pemimpin MKT Umno (Majlis Kerja Tertinggi) datang sebagai Menteri, bukan sebagai para petugas parti. Oleh itu mereka menggunakan wang rakyat semahu-mahunya untuk mendapatkan undi.

Manakala di sudut media pula, berlaku ketidak adilan yang begitu ketara. Beberapa kali calon Barisan Nasional wajahnya dan suaranya keluar dalam saluran television terutama TV3. Calon daripada PAS tidak langsung suaranya dan ucapannya keluar dalam saluran television. Setiap kali warta berita, separuh daripada siaran warta berita itu menyerang PAS dan pambangkang, dan mengangkat Umno dan Barisan Nasional dan kerajaan Barisan Nasional melalui media. Termasuk media yang dibiayai oleh rakyat sepenuhnya seperti RTM, radio yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya.

Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang terlalu tidak seimbang. Kemenangan ke atas PAS dan Pakatan Rakyat adalah di atas ketahanan ahli dan penyokong dan rakyat yang kita terpaksa memberikan penerangan kepada mereka setiap malam, setiap hari. Bahkan dalam masa 12 hari berkempen itu, puluhan ceramah terpaksa dibuat untuk memberikan penerangan kepada penduduk dan pengundi di Sungai Limau.

Satu suasana yang paling tidak adil, di mana rakyat di Sungai Limau dan seluruh negara mendengar penerangan Umno dan BN melalui media kerajaan seperti RTM, dan tv lain seperti TV3, surat khabar dan juga lainnya. Manakala rakyat dan pengundi di Sungai Limau hanya mendengar daripada PAS dan Pakatan Rakyat melalui majlis-majlis ceramah dan risalah-risalah.

Dalam keadaan tidak seimbang begitu, PAS dan Pakatan Rakyat mampu menang dengan lebih daripada seribu (1000) undi, dan dibuat pula pilihan raya itu pada hari kerja, menyebabkan ramai penyokong-penyokong tradisi PAS di Sungai Limau tidak dapat pulang. Ini adalah antaranya kerana mereka baru sahaja pulang untuk berhari raya korban (Hari Raya Haji).

Jikalau demokrasi berjalan dengan baik, semua parti boleh akses kepada media dan bertanding di atas padang yang sama, parti lawan parti, kemungkinan majoriti PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 5 ke 6 ribu. Kemenangan 1084 undi itu atau kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang lalu, tidak dapat diukur kesempurnaan demokrasi di Malaysia.

Jauh jika dibandingkan daripada pencapaian atau demokrasi di negara-negara lain, khasnya sekarang ini perubahan politik pilihan raya, perjalanan pilihan raya berlaku di Indonesia, di Thailand, bahkan di Singapura sendiri telah berlaku “reform” dalam penguasaan media terhadap parti-parti politik, dalam pilihan raya, semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya.

Usahlah dibandingkan dengan negara-negara seperti Britain, Perancis, German dan sebagainya. Di kalangan negara Asean, kita ketinggalan. Di mana parti pemerintah menguasai segala-segalanya termasuk wang rakyat, wang kerajaan dihambur sebanyak mungkin sebelum kempen, semasa kempen yang memakan belanja lebih berbelas juta ringgit.

Dalam keadaan serba sukar inilah, parti pembangkang bergerak di Malaysia dan dalam pilihan raya umum yang lalu telah mendapat undi popular sebanyak 52% , dan kita akan terus berusaha untuk membuat semua pihak memahami keadaan politik di Malaysia dan “reform” dalam demokrasi dan keadilan dalam pilihan raya mesti tetap diteruskan oleh semua pihak.

-Tuan Hj Mohamad Sabu



2 comments:

  1. Seluruh rakyat diminta patuhi undang-undang,dan akur dengan Perlembagaan Negara,yang terjadi adalah pencabulan keatas undang-undang dan perlembagaan negara dikepalai oleh gulongan pemerentah itu sendiri.Peraturan had perbelanjaan pilihanraya oleh seseorang calun yang bertanding sewenang-wenangnya dilanggar dibantu pulak oleh badut-badut mereka seperti SPR,SPRM dan PDRM.Pada hemat saya setiap kali PRK akan adalah orang yang menjadi kaya dengan peruntukan yang diluluskan dengan bahan yang diedarkan maka yang kaya adalah agen-agen kepada pembekal-pembekal.Pernah terjadi pembekal tidak mendapat wangnya walaupun PRK dah selesai.

    ReplyDelete
  2. Kalau namanya parti politik semuanya sama. Masa prk galas dulu pun pas gunakan jentera kerajaan kelantan. Beri sumbangan kat penduduk galas. Siap bagitau kalau ambik bantuan ambo kena undi ambo.
    Sekarang di prk sg limau bn pulak buat. .kedua duanya hipokrit. Tak leh pakai.
    Kita kena tubuhkan parti baru yang menjaga islam. Bukan parti hipokrit.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari