Sebelum ini aku memang dah perati dah pun,, tetapi ingat malas nak layan,, tetapi bila dah keluar dalam akhbar Sinar,, ni dah kira teruk...
Kempen pemilihan Pas bermula dengan kotor
NIZAM ZAIN
SHAH ALAM – Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.
Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.
Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.
Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.
Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.
“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” katanya.
Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.
“Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.
“Perlu diingatkan bukan saja hala tuju parti kita terletak di tangan para perwakilan sekalian namun kekuatan ummah atau umat Melayu Islam juga terletak kepada keputusan yang kita buat dalam muktamar ini,” katanya sambil menyifatkan satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam.
Kempen itu jelas menyalahi peraturan pemilihan Pas kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk beberapa garis panduan parti itu.
Antaranya ahli Pas dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli Pas supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli Pas.
Mereka berdua ni senasib...mangsa politik kotor yang berlaku dalam Pas ..
Sebelum Mat Sabu digelar bapa anjing.... kini calon Ketua Pemuda pula,,, kenapa ? apakag mereka ini tidak berjubah dan tidak berserban...?
Buat para perwkilan Pas yang akan membuat siapa pemimpin untuk penggal hadapan, fikir-fikirkan,, musuh politik kita yang besar ialah umno,, bukan nak melabel sesama pemimpin dalam satu jemaah...
Pilihlah pimpinan yang boleh buat kerja untuk mejatuhkan umno, bukan pemimpin yang ada keinginan nak duduk sekelambu dengan umno..
tengok video ni.. nilai sendiri..?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Nsp_-kflt3E
ni doa org jahil.. sangat bahaya...
ReplyDeletehttp://1.bp.blogspot.com/-t3fTI16p5Ns/Unix0Mk095I/AAAAAAAAC0M/J7T2lirUxDM/s1600/1395840_558147264253806_555659864_n.jpg
Cuba tak nak percaya mereka ini ahli PAS atau benar-benar bersama PAS. Tetapi ada satu masa pernah dengar ceramah di sebuah surau oleh sorang ustaz dari Majlis Dewan Ulama yang memperkenalkan dirinya sebagai ahli penyelidek Majlis Dewan Ulama. Dia kaw-kaw hentam beberapa pimpinan PAS Pusat dan jemaah-jemaah lain kononnya ada puak jemaah tersebut dalam PAS. Kita pun tak berapa nak faham apa isunya yang dia ceramahkan. Masa isu kalimah Allah dan label liberal digembur-gemburkan ada keluar artikel atas namanya tapi ada tertulis NAMA PENULIS SEBENAR artikel tersebut yang kami kenali seorang pensyarah (kerana mungkin Admin blog tersebut tak kemas masa edit) dari sebuah universiti tempatan yang kami tahu dapat peruntukan dari sebuah fakulti untuk buat kajian tertentu. Pensyarah tu taklah jelas sokong PAS pun, selalu kritik masalahnya dia tu sedap cakap dan halus bahasanya dan muka nampak baik-baik je. Apakah jemaah PAS nak biar keadaan begini subur dengan anasir-anasir yang dekat dengan musuh yang boleh bersama musuh kononnya demi Melayu dan Islam. Jelas nampaknya mereka bakal pelingkup jemaah PAS di masa depan kerana tidak sanggup berhujah dan menerima khilaf pendapat secara sihat dalam jemaah PAS. Di Perak kuliah ilmu di surau dan masjid dah habis ranap; di Kedah projek agama dan sedikit masa kuliah ilmu pun habislah. Silap-silap esok balik time 80an sampai nak berprogram dan mengajar ilmu pun tak ada tempat sehingga terpaksa jemaah PAS membuat keputusan ketika itu mendirikan pusat tarbiyah dengan membeli tanah dan bangunan dari idea yang dipelupuri oleh arwah ustaz Hassan Shukri. Ingat-ingatlah musuh dalam selimut macam ustaz ni boleh menghancurkan jemaah.
ReplyDeleteaku ingat admin "ulama pemimpin kami" ni dilahirkan sebelum ibubapak dia diijabkabulkan.kadang2 kesian jg kat makbapak yg melahirkan anak jenis ni,nak tumpang doa anak yg soleh macamana?harap2 admin tidaklah bila mati mayat menjadi seperti anjing.asfagfir..........
DeletePemilik akaun tu samada anjing umno atau ahli pas yang IQ rendah
ReplyDelete