Terjawab sudah segala apa yang dibangkit oleh Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini, Kalau tak silap isu mula dibangkitkan ketika PRK Manik Urai tahun lalu, lalu pihak UMNO kononnya akan wakil Petronas untuk menerangkan segala isu berbangkit, namun sampai sekarang haprak..
Sehinggalah malam tadi Ku Li selaku orang lama yang membuat kenyataan " Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974. Seterusnya.
Berita mengenai isu Royalti ini setelah aku dok semak, hanya di Malaysia Insider sahaja yang menyiarkannya, kalau di Bernama, BHarian, UM Online dan yang sewaktu dengan tak ada pun kelihatan, cuma yang ada di Portal Agenda Daily, itu pun ciput aja beritanya.....
Ku Li ulangi Kelantan berhak dapat royalti minyak
Ribuan orang hadir di majlis ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengenai isu royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu Khamis malam.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk Datuk Husam Musa.Dalam ceramahnya Ahli Parlimen Gua Musang itu antara lain mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa negeri itu
berhak mendapat royalti minyak seperti Sabah dan Sarawak.Menurutnya royalti yang patut diterima ialah lima peratus.Katanya wang ehsan bukanlah royalti.Tengku Razaleigh juga menegaskan beliau tidak peduli apa orang nak kata tentang kehadiranya di ceramah anjuran Gegar itu dan dihadiri oleh pimpinan PAS.-28/1/2010
Dua tiga hari sudah, seorang manusia yang berjiwa semangat melayu perkasa kononnya mencabar Kerajaan PAS Kelantan supaya membasa kes isu royalti ke Mahkamah, biar mahkamah sendiri yang tafsirkan....
Oii Mangkok ,,, kes isu Royalti Minyak Terengganu dah 10 tahun berlalu, mahkamah masih lagi tak bagi keputusan,,, apa cerita..., lu punya suggestion ni, bikin kacau saja la,,,, bila bawa ke mahkamah, kes tutup la.. tak boleh bising, nanti PRU13 susahlah... tak bawa mahkamah pun, bawa songkil sikit saja dah nak bagi RM20 juta dalam wang ehsan, ada pulak,,, sebelum ni kata tak berhak...
Sapa yang kata tak berhak tu...., ha... tu 2 ekoq lagi tu..., sorang tu dah tak diterima oleh rakyat Kelantan, kalah di DUN Perupok dan Parlimen Bachok, di pungut oleh Najib, bagi Senator jadi Timbalan Menteri Kewangan, maka apa lagi, berkokok sakanlah, umpama Red Indian dapat senapang, habis semua nak ditembaknya, sanggup jadi pengkianat kepada kaum kerabat suku sakat sendiri....
Yang sorang lagi ni pun pengkhianat juga, kesian kat dia, di persenda oleh oleh Ku Li, sesama UMNO juga,,, apa kata Ku Li....,
Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.
“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.
Apa pun, kita tunggu apa jawapan dari orang No1 PM !Malaysia lepas ni, dan orang No 2 Mat Sembab,....ku lagi hangpa nak kelentong rakyat...Berahim Ali dalam bab ni dia tak boleh nak sibuk tolong jawab, pi main jauh-jauh... syohh, syohhh.....
No comments:
Post a Comment