boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, January 2, 2010

Perwakilan Umno Berpuas Hati Dengan Kepimpinan Najib

Salam Sejahtera...

Apa nak dikata...., Semua cerita baguih belaka, apa nak buat Presiden sendiri... tentulah cerita OK.. nak kata apa lagi...., Baca DI SINI.

Oii.... UMNOngok sahaja yang puas hati, MCA apa cerita, MIC lagu mana, Gerakan pula.., PPP dan yang seangkatan dalam BN yang lain puas hati juga ka....!!!

Puas hati..., mestilah.. Gula naik dua kupang pun ada jawab... nak elak penyakit kencing manis... pulak dak!! puas hati.... jangan ingat rakyat boleh percaya ini cerita..., Orang UMNO juga yang percaya... Kesian orang UMNO,, he he,, UMNO tertipu... tertipu UMNO..

1 comment:

  1. he he he he he
    Kenyataan sokong keputusan benar gereja guna nama Allah

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didesak supaya keluar daripada Pas dan menyertai parti lain, termasuk DAP berhubung kenyataannya yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan kenyataan Khalid dan beberapa tindakan beliau sebelum ini terutama selepas menjadi Ahli Parlimen sudah merosakkan imej Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam, juga mencadangkan supaya beliau dipecat daripada Pas.

    "Tindak tanduk dan sikap Khalid ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa Pas.



    Malah respons diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas Pas dalam memartabatkan Islam kerana wujudnya karektor seperti Khalid.

    "Saya sendiri dihujani pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan Khalid kerana beliau duduk di dalam barisan YB Pakatan Rakyat," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, semalam.

    Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah pada Khamis lalu.

    Khalid dalam blognya berkata, Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, ter-masuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

    Katanya, Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

    Zulkifli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata nama Allah bukan milik sesiapa pun melainkan milik mutlak Allah dan melalui surah al-Ikhlas, jelas membuktikan Allah Tuhan yang satu, berbeza dengan agama Kristian termasuk di negara ini yang menggunakan nama Allah dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti iaitu tiga dalam satu termasuk Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Qudus.

    Zulkifli berkata, beliau hairan bagaimana orang terpelajar seperti Khalid boleh menyokong keputusan mahkamah itu.

    "Apakah beliau reda selepas ini kalau segala gurdwara, gereja dan rumah ibadat lain bukan Islam mempamerkan perkataan Allah, Kristian mencatat perkataan Allah di salib mereka dan golongan Punjabi mengukir nama Allah di atas gurdwara mereka? Kalau itu berlaku saya akan persalahkan Khalid," katanya.

    he he he he he he

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari