Sejak dari itu dah nak muak aku dok baca DUN Perak akan bubar, yang terbaharu kononnya SPR pun dah mengadap ke istana, keputusan kes mahkamah Nizar menang 4-1, sebelum tu 3-2, Zambri pun ikut Najib bersama dalam lawatan ke negera arab tu pun nak bincang hal tu dan macam-macam lagi
Apakah benar DUN Perak akan bubar... kalau jawapan dari aku, aku tetap kata tidak...tidak.. tak kan UMNO nak cari penyakit...apa ke jadahnya... Ok kita ambik dari beberapa faktor..
Najib akan menurut apa yang maklumat risikan sebelum mebubarkan DUN, dalam suasana negara yang kacau bilau dengan 1001 macam masaalah ini nak diadakan PRK sebuah negeri, memang nak cari nahas, sedangkan PRU DUN Sabah dan Sarawak pun masih belum berjalan..
Kes keputusan mahkamah - banyak spekulasi mengatakan Nizar menang kes, jadi DUN akan bubar...., riuh rendah..., tup-tup Ketua Hakim Negara 2-3 lepas keluar kenyataan yang semacam kononnya menyelebahi Nizar, lebih senang lagi telus, tegaslah kononnya... Phoorah...Oii tak kan tak kenal dari mana asal siapa Ketua Hakim Negara tu...dah berbuih dah mulut Karpal Singh mahukan Ketua Hakim Negara dipecat..jadi setakat kenyataan Ketua Hakim negara aku dok nampak ini semua lakonan wayang Cina atas pentas di depan penonton sahaja, dok atas pentas juga dibelakang tirai yang penonton tak nampak dah lain cerita dia...
Maka keluarlah dalam akhbar yang Ketua Hakim ini tegas dan telus..., hangpa tunggu sajala apa keputusan sebenar selepas ini, Nizar atau Zambri MB Perak...
Aku tetap beranggapan keputusan Mahkamah akan menyebelahi Zambri, sebabnya ini bukan sahaja melibatkan kerajaan UMNO, tetapi juga dengan istana sekali, pasai apa lambat sangat keputusan dia... saja depa nak bagi upset sikit..., biar selepas ni rakyat akan riuh lagi, pembangkang pun riuh sama..., yang penting rakyat jelata ikut sama riuh, biarlah mereka riuh, sama riuh macam isu kalimah Allah, sekurang-kurangnya masalah apa yang rakyat bawahan alami masyarakat Malaysia dah terlupa seketika, lupa dah harga gula, roti dan keperluan harian yang semuanya akan naik menggila.
Dari sini kita yang pro PR semua akan kata Najib PM 1Malaysia dah jatuh reputasinya..., peduli apa reputasi jatuh, yang penting kuasa!!!, Orang UMNO dan atas pagar lain cerita... akhbar dan media dah tonjolkan Najib mendapat anugerah tertinggi dunia dari kerajaan Arab Saudi.. bukan semua orang yang boleh dapat, salah seorang pemimpin dunia yang dapat adalah bekas Presiden Amerika George Bush, sebabnya Bush banyak berjasa pada rakyat Palestine, Iraq dan Afghanistan, itu pasai dia dapat anugerah tersebut.. dan Najib pula apakah jasanya... 1Malaysia dan Monggolia..betui ka.?
No comments:
Post a Comment