boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, January 23, 2010

Siapa Dia Mohd Jurit Ramli..

Mursyidul Am Pas jangan lepas tangan

PUTRAJAYA 22 Jan. - Gabungan NGO Malaysia berharap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersikap 'lepas tangan' dengan membiarkan anak buahnya, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau provokatif dan kontroversi mengenai Islam.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, berikutan Ahli Parlimen yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam itu terus 'buat hal lagi' dengan mengeluarkan kenyataan terbaru berunsur sedemikian, pihaknya mahu Nik Abdul Aziz berbuat sesuatu.

"Dalam hal ini, Tok Guru (Nik Abdul Azizi) boleh mengadakan kelas tambahan untuk Khalid Samad iaitu dengan memberi penerangan tentang hal ehwal Islam agar beliau dapat memahami dan membuat kenyataan yang lebih beretika pada masa depan.

"Apa yang pasti, tindakan beliau mempertikaikan Enakmen yang telah diwartakan sejak 1988 telah bertindak melangkaui dan mencampuri urusan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua yang menjaga hal ehwal agama Islam.

"Seharusnya perkara-perkara ini dibincang secara tertutup dan bukan mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu mencari publisiti murahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau: "Khalid harus memahami tujuan larangan penggunaan dan pencetakan kalimah Allah adalah untuk mengelakkan daripada terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar dalam Islam, bukannya melarang mereka menyebut.

"Itulah yang berlaku sekarang di mana Khalid sendiri masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam," katanya.


Komen : Mohd Jurit... (Nasib Baik Nama Permulaan Huruf J, Bayangkan kalau huruf B) juga adalah salah seorang daripada geng 6 jahanam yang ditahan Polis didakwa kerana kes pijak kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini..., Jadi manusia sebegini yang nak tunjuk ajar kat YB Khalid Samad, siap mengatakan yang YB Khalid masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam, he he.. U TURN 360.

1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari