boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, December 9, 2009

Kes Ragut: Ada Pengajaran Buat Kita...

Salam Sejahtera...

Ajal dan Maut ditangan Tuhan, Dialah yang menentukan segala-galanya... Namun kita sebagai umat Islam wajib mematuhi segala arahan dan larangannya.

Kita hanya mampu melihat kejadian sebegini dengan hanya mengeluh, menggeleng kepala diatas apa yang berlaku, tetapi mari kita sama-sama fikirkan, Inilah hikmahnya Allah menyuruh wanita muslimah bertudung labuh, perhiasan diri yang harus dilihat hanyalah sebentuk cincin sahaja.

Moga-moga kejadian yang meragut saudara kita Puan Noriha dan arwah suaminya Abd Rahman menjadi pengajaran buat kita semua.

Salam Takziah buat Puan Noriha, banyak-banyaklah bersabar dengan ujian yang Allah S.w.T berikan.



NEGARA

Bergelar ibu tunggal sekelip mata


Noriha yang cedera parah akibat diragut masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Noriha Abdul Rahman, 28, hanya mengharapkan mahligai perkahwinannya bahagia dan berkekalan sebaik dia disahkan sebagai isteri kepada Abdul Rahman Khadladin (gambar kecil), 33, pada 27 Mei 2006 lalu.

Pasangan yang bekerja sebagai pengemas bilik dan pelayan di Hotel Ritz Charton di Jalan Imbi di sini bernikah selepas lapan bulan mereka berkenalan. Perkongsian hidup mereka kemudian dikurniakan seorang anak perempuan, Zalifah Qistina, 15 bulan.

Namun, dalam kegembiraan melayari alam perkahwinan, kelmarin menjadi hari paling malang buat Noriha apabila dia kini bergelar ibu tunggal manakala anaknya menjadi yatim.

Suami dicintainya maut akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh dua peragut di Jalan Perkasa 2, Taman Maluri di sini.

Sejam sebelum tragedi itu, pasangan itu bersama anak mereka dan kakak Noriha, Norlida, 31, berada di Jusco di Taman Maluri untuk membeli patung Mickey Mouse kegemaran Zalifah.

Noriha dan suami kemudian menunggang motosikal pulang ke rumah di Desa Pandan kerana bekerja pada pukul 4 petang. Zalifah pula dibawa pulang oleh kakak Noriha dengan kereta.

Noriha memberitahu, sebaik keluar dari Jusco, dia perasan ada sebuah motosikal Honda EX5 warna putih dinaiki dua lelaki mengekori rapat motosikal dinaiki mereka.

Sampai di Jalan Perkasa 2, Noriha menjerit kepada suaminya: 'abang jaga ada orang mahu himpit.'

Serentak itu, seorang lelaki telah meragut rantai leher dipakai oleh Noriha. Rantai leher emas bernilai RM2,000 itu merupakan hadiah Rahman kepada Noriha pada upacara membatalkan air sembahyang selepas mereka diijabkabulkan.


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari