boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 10, 2009

RTM Umpama Bini No 1, dah Tak Umph Lagi..

Salam Sejahtera..

Meneteri penerangan Rais anak Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai isteri pertama yang sudah tidak dihargai memandangkan sudah banyak stesen televisyen swasta bersiaran di negara ini. Baca selanjutnya DI SINI.

Aku tak mau nak komen banyak bab ni, tapi kau orang bacalah kat bawah ni, aku copy balik dari HMetro, atitude staff RTM....

Tak tahu siapa sunting

KUALA LUMPUR: Saksi kelima pendakwaan kes perbicaraan Pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar, Februari lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau tidak tahu siapa editor yang menyunting skrip untuk dibaca pemberita untuk siaran berita 6 Februari 2009.

Ketua Pemberita RTM, Roslan Ariffin, 42, berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu kerana terdapat ramai editor di bilik berita.

“Dalam sehari terdapat sekurang-kurangnya 20 editor yang bertugas di bilik berita. Saya tidak pasti siapa yang menyunting berita itu,” katanya ketika menjawab soalan peguam bela, Jagdeep Singh Deo.

JAGDEEP: Apa tugas kamu di situ?

ROSLAN: Saya sebagai Ketua Pemberita.

JAGDEEP: Sebagai Ketua Pemberita, kamu tak tahu siapa editor kamu?

ROSLAN: Saya tak tahu sebab ada ramai barisan editor di bilik berita.

JAGDEEP: Jadi dalam kes ini bagaimana?

ROSLAN: Dalam kes ini skrip diberi pada wartawan kanan.

JAGDEEP: Jadi adakah kamu ada kena-mengena dengan kes ini?

ROSLAN: Saya arahkan wartawan untuk buat liputan mengenai kes ini.

JAGDEEP: Lepas itu kamu cuci tangan saja?

ROSLAN: Saya tak cuci tangan.

JAGDEEP: Siapa wartawan kanan?

ROSLAN: Murni Ali.

JAGDEEP: Berita yang kamu dapat dari wartawan yang membuat liputan kes itu, Eliani Mazlan, adakah kamu semak dengan betul?

ROSLAN: Murni Ali yang bantu Eliani kemudian disemak semula dan dibantu oleh editor.

JAGDEEP: Berapa ramai editor di bilik berita?

ROSLAN: Sekurang-kurangnya 20 orang.

JAGDEEP: Kamu boleh beri nama 20 orang itu?

ROSLAN: Saya tak ingat sebab ada rombakan berlaku untuk ditambah baik.

Jagdeep kemudian merujuk kepada klip Berita Nasional yang ditayangkan di mahkamah berkaitan sidang media yang dilakukan Karpal pada 6 Februari 2009 di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di sini, antara jam 11 hingga 12.30 tengah hari.

Sebelum visual Karpal ditayangkan, pembaca berita RTM mengucapkan ayat “Tidak cukup dengan mengingkari perintah Sultan semalam, pihak pembangkang hari ini terus melakukan penderhakaan terhadap institusi diraja” di dalam klip berita berkenaan.

JAGDEEP: Penderhakaan terhadap institusi diraja. Kasar? Setuju?

ROSLAN: Setuju.

JAGDEEP: Di Malaysia kita kena sensitif jadi kita kena berhati-hati dengan perkataan yang digunakan.

ROSLAN: Setuju.

JAGDEEP: Adakah Karpal cakap dia derhaka?

ROSLAN: Tak.

JAGDEEP: Dia hanya melaungkan pendapat?

ROSLAN: Ya.

JAGDEEP: Siapa cakap dia derhaka? RTM kan?

ROSLAN: Ya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah bersambung esok.

Source: hmetro.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari