Kes kehilangan enjin jet pesawat F5E TUDM yang sebelum ini dilaporkan sebiji, kemudian jadi dua biji, kemudian sebentar tadi Si Menteri Pertahanan dalam beritaTV 9 memaklumkan ada lagi barang-barang lain seperti alat ganti turut serta hilang.
Apa yang aku sedih ialah si Menteri lahabau menafikan yang pegawai-pegawai kanan yang terlibat, tetapi anggota LLP (Lain-Lain Pangkat) iaitu dari Sarjan ke Prebet katanya...Apakah angota-anggota Sarjan ke bawah tu kebulur nak buat kerja yang sebegitu hebat...
Kalau begitu yang dimaksudkan oleh Menteri tu, jadi apakah gunanya Senior Rank seperti Staff Sarjan dan Warrant Officer, itu LLP, dan bagaimana Pegawai-pegawai bermula dari Sub Leftenan, Leftenan, Major, Lt Kolonel, Kolonel dan Brig Jen... Apa kerja mereka tak memantau anak-anak buah dari Sarjan ke bawah buat kerja...
Sayang seribu kali sayang, dalam angkatan tentera segala penghinaan atau tohmahan sebegitu rupa terhadap anggota bawahan, tiada tindakan yang boleh diambil seperti nak mogok, tunjuk perasaan tak puas hati, perkara tersebut tidak ada, sebab dalam tentera tak ada kesatuan sekerja...., mungkin sesiapa yang berani dan ada wang berlebihan boleh menyaman kenyataan menteri tersebut, baru ada akai.. sedap mulut bercakap yang tak ada insurance.
Siapa ingat seorang dari PTU Lt Jen Tan Sri Mohamad bin Ngah Said, seorang yang suka bermotor besar waktu, setahu aku beliau pun ada kes yang agak tak baik, tak perlulah nak cerita perkara lama, Begitu juga dengan seorang Panglima Tentera Laut, Tan Sri Wahab bin Nawi, juga ada kes penyalah gunaan kuasa sewaktu melakukan majlis perkahwinan anaknya....
Apakah mereka itu semua baik-baik belaka.... phooorah... Kenapa bila sesuatu perkara yang tidak enak didengar kaum anggota bawahan yang dijadikan kambing hitam...ingat.. anggota bawahan pun ada marwah dan harga diri... mereka juga manusia.. cuma mereka dikurniakan Allah pangkat bawahan, tak ada anggota bawahan.. tak berfungsi apa itu Panlima-panglima....
mana boleh bersuara. dah diasuh camtu. sentiasa tabik pada yang berpangkat besar. tu sebab peristiwa sauk mereka boleh buat lakonan semula.
ReplyDeleteBegitulah nasib orang bawahan dibuli oleh maknusia yang duduk diatas. mereka akan terima balasan juga nanti tak didunia diakhirat nanti. Dalam tentera LLP salah tak dapat pencen dan kemudahan, tapi pegawai salah hanya dinasihatkan berhenti masih dapat pencen. Kalau tengok kelulusan akedemik tahun 80an dulu, kalau prebet pangkat 2 SPM, tapi pegawai masih ada pangkat 3 SPM. itu yang heran.
ReplyDeleteaku dah agak LLP akan dijadikan mastermind dalam kes ini..bagitau dia ,,budak terencat akal dan tak cukup umur boleh lah dia kata..gampang tul
ReplyDeleteDuit RM50 juta tu kalau Zaid buat KILANG SANTAN kat Bagan Datoh tu..sampai ke Pulau Pangkor boleh SUPPLY weh..tak lah susah MB Peghok nak buat ghendang bila ghaya weh..
ReplyDeletemasuk akal ke org yg berpangkat sarjan yg jual engine kapal terbang,kalau jual kat bagan datok mungkin lah org percaya.
ReplyDelete