Nampaknya Najib bini Rosmah terpaksa melanggar arahan Tok Dalang Parti Keramat Melayu UMNO dengan melantik Ketua Pemuda UMNO sebagai Timbalan Menteri menggantikan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Timbalan Menteri Pelancongan.
Mungkin kerana takut Khairy tak boleh ngam dengan Menteri Pelancongan yang dikatakan punca Datuk seri Sulaiman berundur diri, Khairy akan diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, dan ini mungkin baru sesuai dengan kelayakan Khary lulusan Oxford.
Apakah lantikan ke atas Khairy ini sebagai nak menutup malu parti UMNO kepada sahabat komponennya parti MCA, kerana ketua Pemuda MCA pun jawatan dalam Kabinet ialah Timbalan menteri pelajaran, jadi barulah sepadan komposisi parti terbesar komponen BN, sesuai dengan 1Malaysia, tak gitu.
Makin bertambah merengkamlah Mahathir, kerana budak hingusan yang menjadi musuh ketatnya dibawa masuk ke kabinet...
Manakala blogger pencacai UMNO parpukari semakin bertambah panas akibat rempah kari yang terlebih bunga cengkih..
Pukulan Parpukari kepada Khairy langsung tak ada sifat belas kasihan, sehingga sanggup digelarnya Khairy seorang manusia sebagai beruk.
Inilah sikap yang ada dalam parti UMNO itu sendiri, kalau sesama ahli yang tak satu kepala pun dah rupa itu, tambah lah lagi sikap mereka dengan ahli parti pembangkang.
Harapan aku hanyalah, kalau pun UMNO tak pecah perut akibat permohonan doa dari TGNA dan ahli-ahli PAS, mereka berpecah sesama sendiri hingga mampusnya UMNO pun jadilah..Amin.
Berita Berkaitan. utusan.
No comments:
Post a Comment