boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, December 26, 2009

Pengakuan Dr Mahathir Tak sampai 10 billion..

Salam Sejahtera...

Dr Mahathir menyangkal apa yang ditulis dalam buku yang negara Malaysia semasa pemerintahannya rugi 100 billion, tetapi apa yangbeliau mengaku tak sampai 10 bilion, kalau tak sampai 10 billion bererti 9.99 pun tak tak sampai 10...

Bagi aku tak kiralah 10 billion ka berapa, dengan ini menunjukkan Mahathir yang UMNO dok bangga-bangga selama ini yang kononnya pandai mentadbir negara nampaknya dengan secara tak langsung telah mengaku kesilapannya, yang sebelum ini siap nak saman penulis buku, Lim Kit Siang dan Malaysiakini..

Secara tidak langsung perbuatan tersebut telah merugikan wang rakyat, kesannya akibat dari era Mahathir sampai sekarang, rakyat miskin dan sederhana sekarang ni bersengkang nyawa nak meneruskan kehidupan dalam suasana ekonomi yang semakin menjunam.

Nampaknya benarlah telahan-telahan dari cerita-cerita orang UMNO sendiri, yang Mahathir sekarang ni cuba nak menunjukkan hanya dia sahaja yang mampu mentadbir negara dengan jayanya selama 22 tahun, selepas dia bersara dengan jelas ia mengkucar-kacirkan pemerintahan Pak Lah, bersara orang tua tu..., kini Mahathir cuba nak mengganggu gugat Najib pulak, ini disebabkan ada cerita yang mengatakan Najib telah menemui Anwar Ibrahim berbincang beberapa perkara untuk mengukuhkan sokongan PR kepada Najib, itu yang membuat Mahathir dah goyah, manakan tidak saman Anwar kat Mahathir akan didengar semula...

Maka cubaan pertama mereka nak memalukan Najib bila berlakunya kes waktu pengundian bajet di parlimen, 66-63, rancangan Mahathir telah berjaya.. Najib dah semakin celaru..., mana satu kawan, yang mana pulak lawan dalam parti UMNO sendiri, sekarang kita lihat Mahyudin pun dah semakin galak melakukan sesuatu, seolah-seolah jawatan no 1 dah ada dalam tangan..

Tak cukup kes parlimen, ditambah pulak dengan laporan kehilangan enjin jet F5e, mulanya satu, tup-tup dua pulak, inilah satu-satu negara dalam dunia yang kita dengan laporan enjin pesawat boleh dicuri dan dijual kat Amerika Selatan. Khabarnya Amerika dah mula bising dengan kejadian tersebut, mana tidaknya, enjin itu terlepas ke Amerika Seltan, mungkin dah sampai kat musuh ketatnya Russia.

Memang benarlah.. Mahathir lah yang membuat banyak perubahan, sebelum itu UMNO banyak dipelopori oleh guru-guru, bila Mahathir jadi PM, UMNO telah di monopoly oleh golongan koporat, dari sini politik wang telah bermula dengan begitu berluasa sekali, Mahathir jugalah yang mula-mula membawa Senator dilantik menjadi menteri dengan bermulanya Daim Zainudin sebagai Menteri Kewangan, dan zaman Mahatihir jugalah ada undi bonus apabila dilantik untuk pertandingan jawatan dalam UMNO, dan zaman Mahathir juga perhimpuan Agung yang ada pemilihan jawatan boleh ditangguh dari yang sepatutnya 2 tahun sekali.

Itu hak dalam UMNO, hak dalam pemerintahan kerajaannya tak usah nak kira, berbilion juga banyaknya, namun kita semua sepatutnya kena berbanyak terima kasih kepada Mahathir, kerana dengan tindakan semasa Mahathirlah UMNO semakin hampir menuju kehancurannya..

Berita berkitan : agendadaily.


1 comment:

  1. Jangan kutuk NEGARAWAN bercendawan ni..kalau hampa pi lawat BLOG Che Det..fuh ratus ribu yang masih duk JILAT anu dia..silap2 Anwar pun kalah..rating..

    Mudah mudahan DIA akan tengok sendiri JASA JASA yang ditaburkan selama 22 tahun tu..kehuruharaan dah pun mula..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari