boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 24, 2009

UMNO Derhaka Kat Sultan Perak.

Salam Sejahtera..

Mantan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bekas Naib Presiden PAS ustaz Ahmad Awang menulis dalam blognya UMNO derhaka kat Sultan Perak.. Banyak fakta dan hujah dari kacamata Ustas.. hangpa boleh baca di usahmadawang.

Memang apa yang diperkatakan oleh Al Fadhil Ustaz itu jelas dan terbukti bagi aku UMNO itu sama saja perbuatan mereka dengan sekelompok manusia dibenua Asia Barat yang sekarang ini sedang menzalimi saudara-saudara kita di Palestine.

Apa yang kita nak hiraukan dengan saudara kita yang fikrahnya hanya untuk perjuangan melayu.. kalau dah hukum Allah yang sedia termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah pun mereka langgar, inikan pula arahan Sultan...

Kalau betullah UMNO tu sebuah parti yang betul-betul parti pembela melayu dan Islam, masakan Tuan Guru Nik Aziz boleh mengeluarkan ungkapan yang cukup manis bermadu...
Pergi JahanamlahUMNO.....!!.

1 comment:

  1. Nik Aziz minta henti ulas peletakan jawatan menantu
    Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Betty Subaryati
    bhkb@bharian.com.my
    MB Kelantan anggap isu sudah selesai, enggan layan desakan

    KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, meminta semua pihak termasuk pemimpin Pas, berhenti mengulas isu peletakan jawatan menantunya, Abdul Ariffahmi Abd Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Beliau menyifatkan isu itu sudah selesai menerusi pelan yang dilaksanakan sekarang, malah beliau tidak mahu melayan desakan daripada mana-mana pihak, termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, yang mahu Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan serta-merta.



    "Ikut dialah. Keputusan (arahkan Ariffahmi letak jawatan) sudah dibuat. Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri sudah buat (setuju)," katanya semalam.

    Beliau mengulas desakan berterusan Mahfuz yang mahu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi dibuat dengan segera dan bukannya mengambil masa dengan notis tiga bulan. Selain Mahfuz, gesaan sama turut dilontarkan Dewan Pemuda Pas Kelantan.

    Abdul Ariffahmi yang dilaporkan portal media sebagai sudah memberi notis tiga bulan berhubung peletakan jawatannya semalam, enggan memberi komen mengenai langkah itu, ketika dihubungi di pejabatnya.

    Nik Aziz turut menyifatkan langkah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani S Abdul Kader, meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan demi menjaga imej Pas ekoran kontroversi perkahwinan kedua yang dibicarakan di mahkamah, sebagai masalah peribadi.

    Mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama Kelantan, Datuk Mohamed Daud, yang menggesa supaya calon anak tempatan diberi keutamaan oleh Pas bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, cadangan itu boleh difikirkan.

    Menjawab soalan media mengenai dakwaan kerajaan negeri tidak membayar kos perubatan yang sedang dijalani Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, di Singapura, Nik Aziz menyifatkan isu membabitkan istana itu sebagai masalah dalaman dan tidak perlu diceritakan kepada umum.

    Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu peletakan jawatan Rosli Allani.

    Ketuanya, Abdul Latiff Ab Rahman, berkata sehingga semalam beliau belum menerima surat peletakan jawatan daripada Dr Rosli Allani dan hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar.

    Kelmarin, Rosli Allani mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta, susulan perkahwinannya dengan isteri kedua yang menggunakan sindiket, dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, kelmarin

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari