boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, December 30, 2009

Pandu Bas Melulu..

Salam Sejahtera...

Pandu Bas Melulu ... itu lah yang ditulis sebagai tajuk utama kepada pemandu Bas 2 tingkat yang kemalangan 3 hari lepas.

Sebelum ini pemandu tresebut telah mengaku ia terlelap yang mana telah menyebabkan kemalangan. Bagi pendapat aku itu adalah satu pengakuan yang cukup ikhlas dan benar.. kenapa ? Sebab terlelap ni kita tak boleh jangka, tambahan pula jikalau keadaan badan yang cukup letih, suasana yang membosankan dan banyak lagi.

Aku nak tanya, malam tadi sapa boleh bagi jawapan dengan tepat, pukul berapa dia mula tidur... tak ada sapa boleh bagi, kecuali anak kecil yang tidur dalam buai yang didodoi oleh emaknya....

Memanglah disebabkan terlelap tadi menyebabkan kemalangan dengan 10 nyawa melayang, kenapa begitu ramai yang terkorban.. Jawapan paling tepat dan mudah sememangnya ajal mereka dah ditentukan begitu..

Bas 2 tingkat ni selalunya kita dok tengok digunakan oleh negara-negara maju seperti UK, tetapi sebagai pengangkutan shuttle, atau jarak dekat... bukan jarak jauh.. di Singapura pun dah lama Bas 2 tingkat digunakan, aku sendiri dah merasa naik bas tersebut dari Sembawang ke Woodlands sewaktu aku dalam service tahun 1984 dulu...

Tetapi di Malaysia Darul serba boleh ni Bas tersebut digunakan untuk jarak jauh, kenapa pihak LPKP boleh meluluskan Bas tersebut..., bila kejadian sebegini berlaku yang menyebabkan kematian seramai 10 orang hanya pemandu yang terima beban..., kemudian barulah nak kaji balik sesuai atau tidak bas tersebut digunakan untuk jarak jauh...

Inilah bijaknya kerajaan UMNO memerintah negara, bukan baru sekali ini saja yang menyebabkan kematian melalui kemalangan kenderaan awam, dah berpuluh kali..., nyawa rakyat yang terkorban pun dah beratus nyawa, namun yang bersalah pemandu bas, keadaan fizikal bas tidak diambil kira...., apakah cukup dengan sekadar ganti rugi akan dibayar kepada waris yang terlibat..., itu pun sekadar janji pihak syarikat empunya bas.. entah ditunaikan entah tidak belum pasti lagi....

1 comment:

  1. betul tu tuan.. kat msia bas 2 tingkat guna utk jarak jauh.. padahal kat UK, singapura pun ada jugak bas 2 tingkat..tp jarak dekat... depa ni kan jenih buat dulu.. kalau berlaku apa2 baru amik tindakan..kalu tak dak apa2, kasi jalan terus la..janji poket masyukkk - Neo

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari