boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 8, 2012

Jamil,...Jamil,... boleh percaya ka?

Muka dia ni boleh percaya ka,,, aku tobat tak percaya apa yang dia cakapkan,,,,



DALAM NEGERI

Arab Saudi pertimbang sekat jemaah Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

"Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam hari ini.

Jamil Khir berkata perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.
Beliau berkata sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.

Katanya sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu. - BERNAMA







Lainlah kalau Duta Arab Saudi sendiri yang keluar kenyataan... Jamil,, Jamill,, ku ingat satu rupa-rupanya dua,,,, ku ingatkut tibai duit zakat sahaja,, rupaya berbohong pun pandai juga.....Kalau duit zakat pun sanggup belasah,,, apalah sangat kalau nak berbohong dengan orang melayu..... 

3 comments:

  1. Bhai MM ....

    Hahahaha.... tolong nasihat kat Mangkuk tue... tolong aaa jangan buat lawak .... tak larat nak gelak dah.... hahaha

    ReplyDelete
  2. Siapa nak percaya pada lu !!!

    ReplyDelete
  3. ALLAH Taala boleh menyekat, tapi Kerajaan Saudi tak mempunyai kuasa mutlak !!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari