Ramalan demi ramalan, namun mash belum jadi kenyataan,, laporan terkini yang aku terima Najib, Muhyiddin dan Tengku Adnan mai berkampong kat Pangkor Laut sejak hari Jumaat lalu sehingga hari, kononnya untuk membuat pilihan terakhir siapa calon-calon BN yang bakal dikemukan kepada rakyat..
Apakah dengan perkembangan cerita diatas PRU13 dikatakan bakal diadakan pada September ini..klik bn-jangkakan-pru-september-ini-mula-menggerakkan-jentera-pilihan-raya/
Aku tak tau nak kata, bila Najib nak bubar Parlimen jika PRU13 akan diadakan pada September ini, beerti pertengahan bulan Julai, sedangkan 21 Julai umat Islam dah mula berpuasa, sanggupkah UMNO nak berkempen dengan maki hamun dalam bulan puasa...
Kemudian dalam bulan September juga peperiksaan disekolah-sekolah dah bermula, 11-13 September UPSR, tak sampai sebulan selepas tu PMR pulak, sebabnya dalam 4 buah negeri yang PR perintah, dimana UMNO nak cari tempat untuk buat pertemuan dengan rakyat,,, mereka hanya ada bangunan sekolah sahaja... nak guna dewan orang ramai... sorry la... Masjid... nak kena perambat.... nak buat kat hotel-hotel mungkin boleh lah....
Kita kena kena ingat,, UMNO di 4 buah negeri Pakatan akan menempuhi seperti mana PAS sudah alami sejak lebih 50 tahun dahulu...
Kalau PRK pun UMNO dah kelam kabut jika berlaku di negeri-negeri PR inikan pula, PRU yang dijangkakan sengit dalm sejarah.... Dan jangan terkejut, kalau sebelum ini hanya polis yang dikerah mengawal keselamatan ketika PRU, namun kali ini mungkin askar-askar dari Tentera Darat pun dikerah sekali... dan secara tak langsung timbul ketakutan kepada rakyat untuk mengundi...
Kenapa Najib menangguh untuk membubarkan parlimen yang sebelum ini hangat diperkatan selepas perhimpinan UMNO ke 66 yang lepas.. Lihat video ni....
ada yang kata sebab BERSIH 3.0,, betui ka... atau pun .....?
Najib hanya boleh bubar jika dapat perkenan Yang diPertuan Agung..Apakah ke bawah duli sedia memperkenankan pembubaran perlimen itu?...
Atau pun lagi satu persepsi,, Najib dah dapat tahu, BN akan kalah,, dari pada awal-awal hilang kuasa, lebih baik tunggu hingga ke akhir bulan March 2013,,, nasib baik mana tahu ada peluang boleh menang, sambil tu dapat megaut segala hasil mahsul negara ke kocek sendiri... .
ikut dia laa bilapun. aku dah letih tunggu PRU.
ReplyDeletelagi lambat lagi baguih, tunggu sampai kes scorpene kat paris berjalan..
baru boleh kita ganyang dia cukup2.
Najib shok sendiri !!! Amat jijiklah perangai PM ini.
ReplyDelete