boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 27, 2013

Kabinet 1Malaysia semakin tercalar...

Kelmarin heboh dengan kes perbicaraan rayuan Koperal Sirul yang ada kaitan dengan Altantunya,,, entah mcam mana terselit sekali nama Najib bin Tun Abd Razak yang dikatakan tidak terlibat,,,


Terlibat atau atau tidak nama sudah pun terukir dipersada seluruh dunia,, tak ada sesiapa pun yang akan dapat memadamkannya...

Hari ini timbul lagi satu nama,,, hebat Malaysia...

Zahid perlu jawab saman tuduhan menyerang






Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab satu saman sivil yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadapnya berhubung tuduhan melakukan serangan.
  
Beliau perlu berbuat demikian kerana gagal mengetepikan saman berkenaan.
  
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff, yang mempengerusikan panel lima anggota, tidak membenarkan Ahmad Zahid merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya (Ahmad Zahid) untuk mengetepikan saman itu.
  
"Perkara ini belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan kamu juga tidak dinafikan proses membuat rayuan. Selepas perbicaraan nanti, kamu boleh merayu. Biarlah perbicaraan diadakan dulu Mahkamah Tinggi," katanya.
  
Beliau berkata sekiranya mahkamah melayan setiap rayuan interlokutori, kes lain akan tertangguh.

Hakim Md Raus, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zainun Ali, memerintahkan Ahmad Zahid membayar kos guaman RM5,000 kepada Amir Bazli Abdullah.
  
Terdahulu, peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid memohon kepada mahkamah supaya memberi kebenaran kepada anak guamnya untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dengan berkata lima persoalan undang-undang telah dikemukakan untuk dipertimbangkan mahkamah itu.
  
Raus berkata oleh kerana isu yang ditimbulkan Shamsul Bahrain berbentuk fakta, maka ia perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
  
Tarikh bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 26 dan 27 Ogos.
  
Dalam saman yang difailkannya pada 4 Julai 2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Pada 29 Ogos 2006, Ahmad Zahid memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan saman itu atas alasan ia adalah perkara remeh.
  
Permohonan beliau ditolak Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010. Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan beliau itu.
  
Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli untuk menuntut ganti rugi bagi distres teruk, malu dan keresahan yang dialaminya, di samping ganti rugi fitnah berhubung penyiaran kejadian yang didakwa berlaku itu selepas Amir Bazli menemui media.
  
Dalam penyata bela dirinya, Ahmad Zahid, yang ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, menafikan beliau pernah menumbuk Amir Bazli hingga mencederakan mukanya dan mendakwa perkara itu sengaja direka Amir Bazli.  - Bernama

Satu percaturan yang cukup menarik dalam nak menuju ke Pemilihan Agung UMNO,,, nampaknya Mahathir tersenyum dan menarik nafas lega.... Patutlah Ku Nan umum 2 jawatan tertinggi umno boleh dicabar...
Apakah  penghujung tahun 2013 akan tamatnya lagenda kabinet 1Malaysia sebagaimana tamatnya Islam Hadhari...

1 comment:

  1. heh..heh...heh....mahathir masih lagi pengawal tarikan hidung pemimpin2 dan pecacai2 UMNO/BN....senaNGlah mahatthir nak menaikkan anaknyer......mg betul lembulah korang nie......mcm lembu ditarik tali...hihihihihi

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari