boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 21, 2013

Kali ini aku setuju 100% kenyataan YB Ketua Pemuda..

Berbaliklah kepada keadaan yang sebenarnya... seperti kata-kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum dia nak bersara dari MB... Islam itu adalah hak semua umatnya, masing-masing bertanggunjawab....



Semua pemimpin layak jadi presiden jika dipilih

pada 21-06-2013 10:06 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic


KUALA LUMPUR: Mana-mana pemimpin termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempunyai peluang untuk menerajui parti itu jika dipilih perwakilan semasa proses pemilihan parti yang diadakan setiap dua tahun, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan.
Dalam perbualan dengan Antarapos, Ahli Parlimen Temerloh ini berkata perwakilan akan mengundi dan menentukan barisan kepimpinan termasuk jawatan presiden jika berlaku pertandingan.
PAS kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mula mengambil tampuk kepimpinan  sejak 2002, dalam tempoh itu banyak kejayaan telah dicapai terutamanya kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Ia berdasarkan kepada kehendak ahli dan ahli akan menentukan kepimpinan parti.
"Sesiapapun boleh untuk dipilih oleh ahli memilih pemimpin, jadi terpulang kepada ahli melalui proses muktamar," kata Nasrudin.
Bagaimanapun komen Nasrudin bercanggah dengan dasar kepimpinan ulama yang dibawa parti itu termasuk memastikan ia diketuai oleh individu yang berlatarbelakangkan agama.
Kelmarin Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata pandangan sesetengah pihak yang mendakwa masa depan PAS akan lebih cerah jika diterajui Husam tiada asas yang kukuh.
Ini kerana tegas Nik Zawawi, perjuangan PAS tidak mementingkan individu dan sokongan rakyat kepada parti atas dasar yang diperjuangkan.
"Perjuangan kita dalam PAS meletakkan parti Islam bukan kepentingan individu...bermaksud kita perjuangkan Islam.
"PAS berteraskan kepada kepimpinan ulama dan sokongan diberikan kerana ulama ialah individu yang dekati Islam, memahami Islam dan tahu selok-belok Islam," katanya.
Kepimpinan Hadi masih diperlukan
Menyentuh masa depan Abdul Hadi sebagai pemimpin nombor satu, Nasrudin berkata kepimpinan dan pengalaman tokoh veteran itu masih diperlukan.
Jelas beliau, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah meletakkan PAS di satu tahap yang terbaik.
"Kepimpinan beliau masih diperlukan dan beliau cemerlang dalam memimpin, zaman kepimpinan beliau jugalah banyak kejayaan yang dicapai.
"Walaupun ada kelemahan tapi kelebihan itu lebih menonjol mengatasi kelemahan," katanya.
Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh Husam.
Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.

Tolong rujuk video ni....



Presiden negara Mesir,,, beliau bukan berlatar belakang ulama... beliau seorang Jurutera, profesional beb..,, namun Allah kurnia kepada beliau kehebatan untuk memerintah...
Yang paling hebat kepimpinan beliau diterima oleh penduduk Mesir bukan Islam...

Terus terang apa yang aku duk nampak,, pimpinan ulama dalam Pas yang bileh diterima semua pihak selain dari ahli dan penyokong Pas hanyalah Tuan Guru Nik Aziz...  Tak taulah kut-kut aku terlepas pandng....

Macam mana nak mencapai slogan Pas For All.... erhmm..





7 comments:

  1. Pemimpin yang berpegang teguh dng Al Quran dan hadis nabi layak menjadi pemimpin PAS walau pon dia bukan dari golongan ulamak.Hala tuju PAS boleh dikawal oleh oleh Majlis Syura Ulamak.Jadi tak de masalah kalau Husam bertanding Presiden PAS.

    ReplyDelete
  2. afew more.. macam Mohd Nizar Jamaludin, Us. Mujahid Rawa, Mat Sabu, etc

    ReplyDelete
  3. janji jgn pemimpin berat kpd syiah yg jd pemimpin pas sudah...klu x mmg jahanam..!!

    ReplyDelete
  4. Terbaik...
    Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

    ReplyDelete
  5. nabi pon BUKAN ada latar belakang agama mcm 'ahlulkitab'..
    shbt2 pon BUKAN ada latar belakang agama yg kuat
    nabi Isa & Musa as pon sama..

    latar belakang nabi Muhmmad & shbt2 adalah AHLI PERNIAGAAN
    mrk ARIF bergaul(engagement) dgn sume bangsa/kaum

    mrk dikagumi krn TAQWA(integrty trnsparency) nilaiSEJAGAT yg trTGGI
    mrk adalah OUT of the box mentality...TAK main isu kaum bangsa @ kroni
    mrk berDIRI berNAFAS dgn nilai2 KBNARAN & KEADILAN yg bnar7 hakiki!

    yg penting mrk ARIF/bijak mmbaca GERAK kawan & LAWAN
    "sekilas ikan diair telah ku tahu jantan betina nya"

    "sepatah dibibir kata..telah ku tahu NIAT pil-KUDA"
    jgn..jgn TAK wala' ya.. nanti mu BUKAN geng 'warak' kita??

    ReplyDelete
  6. presiden tak semestinya ulama.tapi apa yang aku nampak la ni orang yg dicadangkan utk calon presiden adalah orang yg berpengetahuan agama spt husam dan lain2 lagi yg difikirkan layak.Ia tak sama bakal calon presiden yg dipilih umenongok.

    ReplyDelete
  7. Mereka dg jubah ustaz berkata hanya ulamak yg wajar menimpin parti. Apa lagi, majlis syura dan majlis tertinggi dg musyidul am tak cukup lagi nak pastikan dasar parti sentiasa betul. sebenarnya mereka adalah cuba kembali zaman eropah gelap yg padri dianggap macam jelmann tuhan, betul dan tepat bacaan politik sepanjang masa. Ada menantu pemimpin anggota syura pun dah tunjuk perangai macam gila kuasa..apa lagi lepas ni ustaz uataz nak buat nak nampak macam orang betul belaka

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari