Jambatan runtuh: Mayat berjaya dibawa keluar
Mayat seorang mangsa runtuhan yang terperangkap dalam sebuah kereta berjaya dikeluarkan - Foto Bernama
GEORGETOWN - Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.

"Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, kerja mencari akan diteruskan berikutan polis menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap.

"Berdasarkan daripada maklumat orang ramai, kemungkinan masih ada mangsa lain yang terperangkap.

"Oleh itu, kita akan teruskan kerja mencari dan menyelamat untuk mencari mangsa lain sekiranya ada.

"Setakat ini, polis hanya menerima hanya satu laporan kehilangan ahli keluarga iaitu daripada keluarga mangsa manakala laporan lain berhubung kehilangan ahli keluarga tidak kami terima," katanya lagi.

Sementara itu, di lokasi kejadian, abang mangsa yang hadir membuat pengecaman tiba-tiba rebah sebaik melihat mayat dibawa keluar dari bawah runtuhan.

Berita sedih yang aku dengar... "Khabarnya Allahyarham mangsa yg meninggal dunia dihempap konkrit Jambatan kedua P.Pinang tu sempat berjanji nak bawak balik aiskrim kat anak2nya? Anak2nya umur 7 dan 11 tahun!"

Kenapa boleh jadi begini? Kementerian yang bertanggungjawab buat kenyataan akan buat siasatan terperincin....
Phuiii... Nyawa rakyat dah melayang baru nak siasat,,, Dimana pihak-pihak yang dipertanggungjawab,, siapa mereka itu...

Aku amat-amat berharap, waris mangsa jangan malu-malu atau rasa kesian pulak,,, ini bukan bencana alam,, ini atas kelalaian pihak yang bertanggung jawab,,, jadi cari peguam yang berkelayakan,,, Kalau bab saman kerajaan, salah satu peguam terbaik YB Hanifa Mydin... buatlaf yang sepatutnya,, agar jadi pengajaran di masa-masa akan datang..

Perdana Menteri setia menunggu Operasi mencari dan menyelamat sehingga mangsa dijumpai...