boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 12, 2013

Utusan Malaysia lepaskan geram,, Muhyiddin juga yang beruntung!

Apakah perkara-perkara yang duk berlaku ini akan menamatkan karieer Najib sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia...



POLITIK

CEO CIMB dipersoal sokong Azran



KUALA LUMPUR 11 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis.
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu.
Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka.
“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti Kacang Lupakan Kulit’.
“Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu.
Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.
Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki.
“Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini.
“Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah ‘Melayu mudah lupa’?" jelas kenyataan itu.

 
Utusan Malaysia adalah bacaan utama orang melayu umno,, ha ha ha,, puas hati Muhyiddin Yassin,, nasib ko la Najib,,, dapat adik yang dituduh kacang lupa kulit...

9 comments:

  1. utusan ni x lebih dari majalah tabloi utk org2 tua lembu umno saja...
    golonga ni saja yg masih baca utusan...
    terutamanya berita nombor ekor...

    kahkahkah

    melayu yg maju dah x baca dah nombor2 ekor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana lh melayu tu boleh maju ya...takpalah bhai lu hina manusia lain dgn haiwan demi kerana kemajuan lu...

      Delete
  2. Yang baca utusan orang UMNO je. Bertahun aku tak sentuh akhbar ni.

    ReplyDelete
  3. X cayalah...Lakonan je nie...Kalau bee end kalah baru bleh percaya..

    ReplyDelete
  4. Ako sokong Utusan..Hidup Utusan...tapi yg dok hapuskan Utusan Zaman (Jawi) tu kenapa???kang dah ramai anak muda tak minat / pandai baca tulisan jawi...salah satu wadah kekuatan utuk hampirkan diri dgn Islam dah terhapus...sapa punya kerja lah ne????makin jauh lah mereka dgn UMNO yg dirasakan perjuangan utk agama makin jauh...hu3...

    ReplyDelete
  5. Yg menghapuskan tulisan jawi itu dulu seorang menteri mengaku beragama islam tapi dalam dirinya tidak memiliki roh keislaman. Kalau tak silap aku lah Pak menteri itu dulu pernah menjadi pengerusi judi 4 nombor ekor terbesar di Malaysia. Pak menteri itu berpendapat bahawa Malaysia satu hari nanti akan menerbitkan al quran dalam tulisan rumi tapi tidak menjadi kenyataan kerana al quran segala apa yg tercatit adalah milik Allah sampai Skrg tetap ditulis dalam tulisan jawi berbahasa Arab. Alhamdulillah kerajaan sudah memertabadkan semula tulisan jawi dan ramai para pelajar melayu(islam) boleh membaca jawi semuga roh islam disetiap hati penduduk Malaysia baik melayu atau lain bangsa yg beragama islam memiliki roh islam didalam jiwa Mereka. Aminnnnn

    ReplyDelete
  6. umno dicipta oleh british...paham2 le apa kerjaya hidup umno di bumi Msia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai...lu blh ckp apa saja bhai...sbb aku pasti lu takda semasa umno diujudkn atas kesedaran melayu utk merdeka... Dan dgn iltizam org melayu,dgn mngumpul dana dan disertai air mata org melayu maka tuntutan merdeka di mulakn...

      Apabila british mula melihat bangsa melayu bersatu bangkit,kebetulan ada pemimpin umno yg merajuk maka pihak penjajah mmberi sokongan kpd prnubuhan pas utk mnyaingi umno...ini dibuat agar kaum terbesar ditanah melayu terus brpecah dan syarat utama utk merdeka rakyat tanah melayu mesti bersatu tnpa mngira kaum...

      Dan lahirnya parti perikatan bg mnzahir kn penyatuan 3 kaum trbesar di tanah melayu...dgn kemenangan parti perikatan dlm pru 1,maka bermula era kemerdekaan utk bangsa melayu di tanah air sndiri...

      Bhai...lu blh menipu siapa saja yg mmng suka dan mudah ditipu...ttp sejarah tidak akan menipu generasi mndatang selagi generasi trsebut peka dgn asal usul bangsanya...belajar utk kenal sejarah sblm kenal politik...

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari