boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 11, 2013

Agenda politik PAS, tahaluf siasi dan golongan Mat Sabu (Bahagian 1)

Satu artikel pembuka minda para pembaca yang ditulis oleh oleh penulis Sakmongkol. Satu pandangan bernas terhadap Pas.

NOVEMBER 11, 2013


Pada saya, apabila Umno ajak PAS supaya berunding untuk kepentingan bangsa, ia suatu lagi sambungan tipu muslihat Umno. Umno bercakap kepada PAS bila keadaan mereka lemah. Ini kita kena ingat dan waspada.
Bila kuat, Umno akan membuli PAS dan memperlakukan PAS sebagai rakan sampingan dan rakan kebetulan. Untuk PAS merealisasikan cita-cita politik Islamnya ialah bukan dengan Umno.
PAS berbeza dengan DAP dan kita tahu pendirian DAP terhadap pembentukan negara Islam atau pelaksanaan hukum Islam. Adakah itu mahu dijadikan alasan untuk tidak berkerjasama? Jika DAP tidak bersetuju dengan wawasan politik PAS, adakah tentangan itu mengurangkan keinginan politik PAS? Kalau ia mengurangkan, ini bermakna agenda politik PAS ephemeral dan transient. Dalam pembahasaan PAS - tidak istiqamah.
Lebih baik perjuangan PAS bersifat fluid - seperti air meresapi tahap penerimaan rakyat dengan tekanan atau pressure air yang biasa. Tentangan DAP terhadap cita-cita Islam PAS bukan suatu perkiraan yang releven kepada PAS. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP.
Kita semua tahu pendirian peribadi Karpal Singh misalnya. Dan pemimpin Umno sangat suka mengungkit cabaran Karpal supaya langkah mayatnya dahulu. Karpal tetap kekal sebagai Karpal. Kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk “unKarpalkan” Karpal. Tapi pada saya ini tidak menjadi masalah seperti yang mahu digambarkan oleh Umno dan mungkin mempengaruhi sesetengah penyokomg PAS.
Pada saya pendirian peribadi Karpal tidak material kepada cita-cita politik Islam PAS. Pernahkah kita bayangkan - jika suatu referendum dibuat sama ada rakyat mahukan sebuah negara Islam atau tidak, tiba-tiba 70% daripada penduduk negara mahukan negara Islam - apa yang DAP atau Karpal boleh buat untuk menyekat kemahuan rakyat itu?
Kehendak majoriti akan dijadikan panduan berkerajaan dan kehendak golongan 30% tetap mendapat perakuan dan tempat dalam kerajaan majoriti. Kita mesti percaya bahawa referendum tersebut akan hanya menjadi realiti jika sebahagian besar rakyat meyakini perjuangan PAS. Ertinya, mestilah terlebih dahulu PAS sudah melaksanakan agenda Islam sehingga rakyat sudah sedia meyakini politik PAS. Jika belum yakin, maka agenda PAS belum lagi akan dapat dicapai. Kejayaan agenda politik PAS tidak bergantung kepada sama ada DAP atau Umno atau PKR atau MCA setuju atau tidak. Bukan begitu?
Oleh kerana PAS misalnya beroperasi atas nilai keagamaan, golongan minoriti tidak akan dianiayai dan dipaksa. Jika berlaku penganiayaan dan pemaksaan, PAS - sama ada ianya mengaku mempunyai talian terus dengan Kuasa Tinggi, boleh jamin masuk syurga atau neraka , akan ditolak oleh rakyat.
Kemelayuan PAS
Tanpa bercakap dengan Umno pun, PAS tetap mengekalkan watak Melayunya. Maka PAS tidak memerlukan Umno untuk mengesahkan perwatakan Melayu. Bahkan, PAS boleh menjadi pilihan alternatif kepada Umno sebagai tempat bergantung bangsa Melayu. PAS mesti berkerja untuk mengganti Umno bukan menyerupai Umno.
PAS - Parti Islam Se-Malaysia (Pa Alif Sin) – itu pasal P-A-S,  adalah sebuah rakan penting dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia mempunyai struktur kepimpinan yang unik. Berbeza dengan parti politik lain, ia mempunyai Dewan Ulama. Seperti nama ya, bahagian kepimpinan ini dianggotai oleh tokoh ulama yang berpendidikan agama secara formal. Mereka membentuk dasar dan hala tuju perjuangan PAS sesuai dengan dasar perjuangan sebuah parti yang mahu menegakkan politik Islam. Dalam perkataan mudah, Dewan Ulama PAS menentukan ‘halal’ dan ‘haram’ politik PAS.
Dewan Ulama juga berfungsi sebagai memperakui langkah strategik untuk matlamat politik PAS keseluruhannya dan salah satu langkah strategiknya ialah mempunyai  tokoh kepimpinan yang berkapasiti mengidentitikan PAS sebagai sebuah parti yang inklusif.
Inilah sebabnya PAS ada tokoh seperti Mat Sabu, Dr Zulkifli, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehudin Ayub dan lain-lain lagi. Jangan kita silap, keinginan Islam dalam hati mereka ini tidak kurang daripada tokoh ulama dalam parti tersebut. Bezanya ialah pendekatan yang mereka ambil dan keterampilan peribadi. Perakuan yang diambil oleh PAS iaitu dengan dasarnya dibentuk oleh Dewan Ulama, ialah menyifatkan langkah  stategik bersama dengan PR sebagai tahaluf siasi - kerjasama dengan parti politik lain yang berbeza dasar perjuangan mereka.
Sebagai seorang Muslim dalam DAP, kepentingan saya ialah melihat parti Islam ini mengekalkan tahaluf siasinya untuk memperlihatkan bahawa PAS komited kepada menubuhkan sebuah masyarakat dan negara yang inklusif.  Dalam komitmen tersebut, jangan kita digelincirkan dengan isu yang membezakan. Kita fokus kepada isu yang menyamakan.
Pada saya, konsentrasi kepada hudud misalnya, tidak adil untuk menilai PAS - hidup mati PAS bukan terletak atas hukum hudud yang digunakan oleh parti lawan untuk menakutkan rakyat.  Relevan PAS kepada seluruh umat Islam di Malaysia terletak bukan kepada soal teknikal tetapi keseluruhan flavour politik ynag dibawa mereka. Cukup kepada orang Islam Malaysia , PAS melaksnakan flavour politik Islam. Sebagai contoh, pentadbiran secara Islam yang dilaksanakan di Kelantan lebih ummatan wasatha daripada pengisytiharan kosong Umno. Yang lebih penting ialah dalam interaksi kerajaan dengan rakyat, interaksi tersebut disulami dengan nilai Islam dan nilai Islam ini dibentuk oleh Dewan Ulama.
Golongan yang bukan ada pendidikan Islam secara formal, tapi daripada segi penghayatan dan cita-cita politiknya Islam juga penting kepada PAS sebagai penterjemah falsafah perjuangan PAS. Golongan ini penting daripada sudut strategik untuk PAS menonjolkan dirinya sebagai serasi dengan aliran kebiasaan dalaman negara ini.
Cabaran kepada PAS ialah bukan menunjukkan diri nya doctrinaire - kewujudan Dewan Ulama sudah membuktikan perkara tersebut. Cabaran kepada PAS ialah bagaimana menjadikan dirinya selesa dengan rakyat terbanyak. Rakyat selesa dengan perwatakan bersahaja golongan yang disebut sebagai golongan moderates.
Jika PAS membuang golongan penterjemah wawasan politik golongan agamawan, PAS akan kehilangan saluran menunjangkan parti itu dengan common mainstream. PAS memerlukan golongan ini sebagai saluran komunikasi untuk meletakkan PAS sebagai sebah parti relevan dengan citarasa kebiasaan.
Pada saya, menginginkan suatu gerakan yang formal, theocratic dan doctrinaire sebagai tanda komitmen mengekalkan kesucian agenda Islam adalah lagkah yang merugikan untuk wawasan jangka panjang. Yang lebih penting kepada saya ialah menyerapkan nilai Islam dalam barisan depan yang akan menunjangi PAS dalam fikiran dan hati rakyat.
PAS kena berdepan dan handle reality social - iaitu reality social negara kita ini menginginkan normality dan keserasian. Jika PAS menonjolkan diri sebagai sebuah parti theocratic yang technical, saya khuatir ini akan menjauhkan rakyat yang menganut citarasa normal atau kebiasaan. – sakmongkol.blogspot.com, 11 November, 2013.

8 comments:

  1. aku malas nak mengopi...pandai2 la MM ulas isu ni

    www.kedahlanie.info/2013/11/kawan-pembunuh-pegawai-bank-juga-ada-ic.html

    mesti juragan tgh hangat pijo jubor sekarang...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai hnya org bodoh dan bangang jew yg tak tahu makna palsu dan original...beli seluar levis di kiosk levis dgn beli di pasar malam...
      Lu punya ic lu beli kat chow kit ke...
      hahaha...anak sapa la ni yg cerdik huruf ttp buta makna... bodoh sokmo

      Delete
  2. Pas dan umno tak beza . Sama.
    1. Keduanya nak tegakkan islam. Tapi tak buat. Alasannya. Umno kata tak sesuai sebab rakyat majmuk. Pas kata takkan kaksana kalau dap tak setuju. Bila yang dap setuju.?
    2.Keduanya sanggup fitnah antara parti atau sesama parti.
    3. Parti sendiri sentiasa betul. Parti lain sentiasa salah.
    4. Kalau ada tak sependapat akan ditendang keluar. Kedua partu pun buat.
    5.Tender bagi kat kroni. Kedua parti pun sama.
    6. Terlibat maksiar pun sama sama juga.

    Kesimpulan; Keduanya sama. Dunia mendahului akhirat. Matlamat menghalalkan cara.
    Kena tubuh parti lain yang benar islam dan mengamalkan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai lu main serkap jarang je ke?
      1.Hukum Hudud cuma utk org Islam sahaja.DAP membantah krn selama hari ini UMNO dok memberi gambaran yg salah tentang hukum hudud kpd masyarakat bukan Islam.Gambaran yg sebenar perlu di beri kn kpd masyarakat bkn Islam.
      2.Tolong beri kn satu contoh,bila PAS memfitnah sesama mereka.FITNAH ada lh permainan UMNO dr dulu lg.Cuba tny kpd Dato Abdullah Ahmad Kok Lanas?
      3.Parti sendiri ada lh betul,ada lh pendirian UMNO dr dulu.kini dan selama ny.Pemimpin mereka dn keluarga dok belasah peruntukan NFC tp bila di bongkar dia boleh ajak ahli2ny br sama2 mempertahan kn diri ny.
      4.Klau tk sependapat di tendang keluar.Di dlm UMNO,individu yg di tendang keluar ada lh mereka yg di lihat memudarat kn kedudukan pemimpin UMNO.Sbg contoh Tengku Razaleigh dn Anwar Ibrahim.Dlm PAS mungkin kamu maksud kn Hassan Ali dn Nasharuddin Mat Isa.Bro,klau ada pejuang Palestine meninggal kn Fatah dn menyertai Hamas krn tidak bersetuju dgn kepimpinan Fatah,kita boleh terima.Tp klau kamu menyertai Israel dn menyerang Fatah,apa cerita ni Bro?Seoprang pemimpin Mujahiddin di Afghanistan,Gulbudin Hekmatyar walaupun tidak sebulu dgn puak Taliban tp bila Amerika menceroboh Afghanistan dia ber sama2 Taliban memerangi tentera penceroboh.
      5.Nama kn satu pemimpin PAS yg kaya raya selepas memegang jawatan dlm kerajaan.
      6.Nama kn sorang pemimpin PAS yg terlibat dgn maksiat.
      Kamu ni sebenar ny ada lh pengundi atas pagar,yg mengikut angin yg bertiup mcm lalang!

      Delete
    2. Kedua parti sama. Hipokrit

      Delete
    3. Padan muka dia......

      Delete
    4. Anda adalah seorang fanatik.
      Buka minda lihat sekeliling. Buat analisa. Bukan main ikut saja.
      Ini politik . Bukannya ugama.

      Delete
    5. Kah kah kah. Dulu kutuk umno ada adalah parti anak beranak. Sekarang pas pun sama. Dap pun sama jugak. Pkr pulak parti satu famili.
      Kah kah kah. Memang semua ahli politik tak leh pakai. Hipokrit.

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari