boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 28, 2013

Antara Kominis Melayu dengan Kominis Cina.

Aku menulis ini di atas dasar keadilan, jadi aku harap pembaca tolong buang perasaan perkauman...


Rasanya tak sampai 3 bulan lagi atas kematian bekas ketua kominis Malaya Chin Peng,,, dan semuanya masih ingat bagaimana layanan kerajaan Malaysia diatas permintaannya untuk dikebumikan di Malaysia,, malah abu mayatnya pun tak dapat dibawa masuk ke Malaysia..

Tetapi hari ini bagaimana dengan kisah ini ?

JENAYAH

KDN harap kepulangan Siti Aishah tidak disalah guna


KLUANG 28 Nov. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kepulangan Siti Aishah Wahab untuk mengembangkan ideologi komunis di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana fahaman komunis tidak lagi relevan serta akan hanya mengundang padah. - UTUSAN ONLINE


Aku sendiri dengar menteri berkata dalam berita sekejap tadi,, kalau Aishah ni balik, jangan buat road show dan bla..bla..bla...

Boleh pula balik,,, sedangkan dah disahkan perjuangannya kominis,,,, 

Di sini bukan aku tak bagi Aishah tu balik,, baliklah,, tetapi diatas dasar keadilan terhadap sesama manusia rakyat Malaysia ,, di mana ?...



7 comments:

  1. Untuk makluman, UMNO sentiasa ada 2 set peraturan/undang-undang yang berbeza. Pemakaiannya tertakluk kepada kepentingan mereka sahaja. Apalah nak diharapkan keadilan dilaksanakan oleh puak yang terkenal dengan sifat zalimnya itu. Sila sebutkan satu (1) sahaja dikalangan pemimpin UMNO sama ada lelaki atau wanitanya yang ada intergriti, haram tak akan ada. Mereka menerima pakai undang-undang ciptaan manusia dan menolak serta mempersendakan undang-undang yang diperintahkan Allah AWJ, seolah-olah undang-undang ciptaan manusia lebih baik daripada undang-undang yang diperturunkan Allah AWJ yang mana sentiasa mereka pertikaikan, nauzubillahiminzalik.

    ReplyDelete
  2. ish.....yang komunis cina tu pengganas. yang melayu ni diganasi. ada beza tu.

    ReplyDelete
  3. PESANAN DRPD ORG UMNO: ingatlah wahai semua UMNO adalah pembela Melayu... sama ada bersalah atau tidak.. tetap akan dibela.. jangan harus Cina jadi komunis.. Melayu x mengapa..

    ReplyDelete
  4. tak salah beridealogi komunis/sosialis/atau apa2 idealogi masaalahnya perjuangan komunis ching peng mengorbankan nyawa manusia di malaysia ni.itu yang tidak dapat di terima.

    ReplyDelete
  5. Semua parti ada dua peraturan. Contoh: .Billa serawak naik gaji adun semua anggota pr bising,buat bantahan. Bila selangor naik gaji adun , dema diam pulak. Maknanya boleh lah. Orang lain buat salah. Tapi sendiro buat tarak salah.
    Anwar dan azmin bising pun buat syarat je. Sebab dema dua orang tu jutawan.
    Kah kah kah. HIPOKRIT.

    ReplyDelete
  6. Chin peng adalah KETUA PENGGANAS KOMINIS MALAYA.Ini semua tau. Dia juga mengarahkah membunuh polis dan askar.
    Aishah pulak tiada siapa tau . Baru sekarang timbul cerita. Dia hanya aktivis komunis. Tak ada kena mengena dengan pengganas kuminis malaya. Tak pernah timbul cerita dia mengarahkan askar atau polis dibunuh.
    Itulah beza antara pengganas chin peng dan aishah.

    ReplyDelete
  7. Yg dibunuh oleh Chin Peng itu adalah polis dan askar yg menjadi talibarut penjajah. Polis dan askar itu terdiri drp gurka, inggeris termasuklah melayu perlu taat dan patuh dibawah panji2 penjajah (bukan DYMM Agong kerana masa itu belum wujud lagi) dan ianya bukan PDRM atau ATM. UMNO telah menutup atau memesongkan sejarah sebenar untuk mengelakkan rakyat tahu tembelangnya. Mereka bersekongkol dgn penjajah untuk mendapat kemerdekaan dan meneruskan legasi penjajah. Tidak pernah pada mana2 ketikapun UMNO berjuang menghalau penjajah seperti mana Chin Peng dan yg lainnya lakukan. UMNO mengambil peluang diatas kebimbangan penjajah menentang pejuang kemerdekaan spt Hisbul Muslimin, PKMM, AWAS, PUTERA, API, PKM, MPAJA serta orang perseorangan spt Mat Kilau, Tok Janggut, Burhanuddin Hilmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi tetapi pastinya bukan UMNO. Sebelumnya mereka jugalah yg berjuang menentang penjajah Jepun. Tanpa penentangan mereka itu, tidak mungkin penjajah memberi kemerdekaan menerusi UMNO semudah itu. Adakah anda tahu sejarah tersebut?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari