boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 25, 2013

Harapan Mastermind ProUlama tak menjadi, Najib pula menjadi mangsa!

Sebelum muktamar Pas yang lalu mamat sekoq no bukan main boleh tahan... secara terang-terangan ia mengeluarkan kenyataan...

Boleh lihat Klik Sini

Tetapi bila harapannya tak menjadi kenyataan,, tiadalah penyatuan melayu... maka Najib pula ia hentam,,, itulah rahmatnya bila golongan bukan ulama yang menang,, hangpa nampak tak...

ISMA: PM, boros harta awam juga khianat
1:36PM Nov 25 2013

Bagi perdana menteri, tidak membayar cukai dianggap pengkhianatan kepada negara. 

Bagi NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pula, boros harta awam juga satu pengkhianatan.

Begitu Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya hari ini.

NONEIni kerana, kata Abdullah Zaik (kanan), pemerintah diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal umum berdasarkan syariat.

Malah, hujahnya, hasil cukai serta pendapatan negara adalah harta awam yang harus diuruskan secara berhemah. 

"Jangan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah mengundi BN atau Umno sebelum ini.
"Gunalah kebijaksanaan supaya dapat menguruskan harta negara dengan baik.
"Ingatlah bahawa kebijaksanaan bukan semata mata soal teknikal pengurusan tetapi juga melibatkan budi pekerti dan hati perut," katanya.

Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara kerana kewajipan itu merupakan satu daripada semangat patriotisme.
Beliau juga berkata, tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

Katakanlah,, jika pro ulama sapu habis jawatan tertinggi Pas,, agak-agak simamat ni nak bersuara hentam Najib,, tak adalah,,, mamat ni jenis cari peluang untuk cari makan.... mana lebih untung ia sokong,, tak untung dia hentam,,, 



1 comment:

  1. sudah2 la tu bro nk label melabel org ni.sekarang masa nak lawan UMNO.harapnye lps ni pmimpin yang terlantik tak terlajak kepada perbuatan syirik disebabkan terlalu bersemangat..pastu kelam kabut tanya ulama hukum hakam agama.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari