boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 12, 2013

Pra Muktamar PAS - Cadangan buat Calon Timbalan Presiden Pas.

Satu permohonan dan cadangan yang ikhlas dari seorang penyokong Pas yang aku jumpa,,, aku copy paste balik untuk tatapan para pembaca...



TMB Datuk Nik Amar PERLU FOKUS KEPADA JAGA KELANTAN, dan ini Hujah saya;

FAKTOR DALAMAN

1. Pas Kelantan KALAH 12 Kerusi DUN, Maka PERLULAH memperkasakan semula DUN2 yang KALAH utk merampas kembali pada PRU14

12 DUN;
1. Pengkalan Kubor
2. Selising
3. Air Lanas
4. Bukit Bunga
5. Kuala Balah
6. Dabong
7. Galas
8. Nengiri
9. Paloh
10. Semerak
11. Kok Lanas
12. Gual Ipoh

* Ini belum dikira lagi dgn Undi Dun Marginal (menang dan kalah TIPIS)

2. PAS KALAH 5 PARLIMEN, maka perlu fokus merampas kembali Parlimen terbabit jika ingin memerintah Malaysia pd 2017 nanti.

1. Ketereh
2. Machang
3. Jeli
4. Gua Musang
5. Tanah Merah

* Untuk memerintah Negara, pertambahan kerusi Parlimen perlu diberi fokus yg besar oleh PAS Pusat.

3. Jawatan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan adalah Amanat Berat pasca selepas Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) berundur.

a. Amanat berat yg dipikul oleh Kabinet Baru saf MB, TMB & Exco Kelantan amat berat waktu ini. Terutama ketika ini waktu TGNA sudah pun berundur dari Kerajaan Negeri.

b.Amanat yg berat antaranya;

i Pulihkan reputasi Kerajaan Negeri Kelantan yg ada sekarang
ii. Siapkan projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai
iii. Tuntut Royalti RM12 billion untuk rakyat Kelantan
iv. Siapkan projek Stadium Negeri

* Andaikata Lebuhraya dan Stadium tidak berjaya disiapkan, impak yg besar kpd Keputusan PRU14 nanti.

4. PAS kena bina IKON baru.

a. Pada PRU13 2013 yang lalu Umno telah merperlagakan imej "TGNA vs DATUK MUSTAFA" (Face to Face Competition)

Alhamdulillah aura TGNA jauh menengelamkan imej Dato Pa dan memberi kesan positif kpd keputusan Pas Kelantan, walaupun dlm keadaan kehilangan 12 kerusi Dun dan 5 kerusi Parlimen.

b. Pada PRU14, sama2 kita Doakan TGNA sihat DAN pada waktu itu tentunya keadaan tidak sama lagi dengan situasinya pd PRU13. Kerana pada PRU13 lalu TGNA adalah Menteri Besar dan Persuruhjaya PAS Kelantan.

Dalam situasi ini, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bersedia lebih kuat berbanding PRU13 lalu.

FAKTOR LUARAN

a. UMNO Kelantan sudah mulakan POST MORTEM dan Catur STARTEGI utk "Tawan Kelantan" jika mengikut kenyataan Datuk Pa di dada akhbar yg lalu. Beliau amat yakin akan menawan Kelantan kerana ketiadaan TGNA. Menghadapi PRU14 tanpa TGNA lebih mudah pada tanggapan Datuk Pa kerana populariti TGNA melebihi populariti Parti.

* UMNO Kelantan mengaris 4 strategi Tawan Kelantan pada PRU14 akan datang.

b. UMNO Kelantan dan Kerajaan Pusat sudah memulakan langkah kehadapan dalam isu Lebuhraya apabila menjanjikan benda yg sama dengan Kerajaan Negeri iaitu Lebuhraya. 

c. Malah tander untuk Buat Lebuhraya dari Kota Bharu-Kadoj juga sudah dikeluarkan oleh ECER. 

d. Bergitu juga dengan STADIUM apabila Tan Sri Annuar Musa, yg juga Ahli Parlimen Ketereh dan Presiden KAFA sudah menyebut dgn jelas ingin membina "Stadium Team Red Warrior" di Kelantan.

e. UMNO nampak isu ini cukup dekat dihati Rakyat Kelantan. Jadi kempen mereka sudah bermula dari sekarang.

*************************
Dalam soal ini adakah PAS Kelantan sudah membuat Post Mortem? 

a. Kekalahan 12 Kerusi DUN & 5 Kerusi Parlimen pada PRU13 lalu perlu di baiki serta merta andaikata PAS komited utk terus memerintah Kelantan pada PRU14 nanti.

Justeru itu, saya dgn niat baik, bermohon dan mencadangkan agar YB Datuk Nik Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan lebih fokus kepada menjaga Negeri Kelantan yg kini menjadi fokus utama utk ditawan UMNO pada masa depan. 

Saya sudah nyatakan pendapat saya, saya Sayang KELANTAN dibawah kerajaan Islam sekarang dan tidak mahu tragedi Terengganu dan Kedah berulang.

Buat perwakilan Pusat, saya bukan perwakilan, tetapi saya seorang rakyat yg sayangkan Negeri Kelantan di bawah "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM". Dan ini adalah pendapat saya. Andaikata anda sayangkan Kelantan, mohon Datuk TMB diberi peluang sepenuhnya untuk bantu dan kekalkan Kubu Terakhir PAS di Malaysia pada Muktamar nanti.


Sumber : Klik Sini


10 comments:

  1. Bhai mm...apakata lu buat kempen agar dimatikn je demokrasi dlm muktamar pas.. senang kerja lu sikit...kepimpinan trtinggi dibuat dgn brbincang sesama sndiri.... peduli apa dgn grass roots yg pnting calon favourite 'kita' menang bukan tnpa bertnding ttp menang tnpa ditandingi... hidup syeikh mat syabu...takbir!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. juragan ni salah seorang pengundi lam muktamar pas ke?

      Delete
    2. Bhai aku perwakilan ke atau pengundi lam muktamar tak pnting bhai...yg pnting syeikh mat syabu menang beso...dan tahaluf siyasi ttp mnjd agenda teragung..takbir!!!

      Delete
  2. Bhai MM...

    Gua rasa diorang dah takmo nak pertahankan Kelantan lar... pasai tue la...

    ReplyDelete
  3. Elok juga jika Timbalan adalah dari orang Kelantan. Maka moral utk rakyat Kelantan melihat Timbalan mereka adalah timbalan Presiden PAS, dan seorang Naib Presiden PAS, akan boost kan undi popular dikalangan atas pagar.

    ReplyDelete
  4. Dalam ilmu politik... demokrasi dan syura adalah dua benda yang berlainan...Jadi sebagai gerakan Islam ... disarankan PAS menggunakan kaedah syura dalam menentukan kepemimpinan... bukan demokrasi sepertimana yang diamalkan sekarang....... kembalilah kepada al Quran dan As Sunnah...

    ReplyDelete
  5. hmmmm.....
    *****************************************************************************
    Abg Mat Sabu PERLU FOKUS KEPADA JAGA KEDAH, dan ini Hujah saya;

    ■ FAKTOR DALAMAN

    1. Pas Kedah KALAH 7 Kerusi DUN, Maka PERLULAH memperkasakan semula DUN2 yang KALAH utk merampas kembali Kedah pada PRU14

    2. PAS KALAH 6 PARLIMEN, maka perlu fokus merampas kembali Parlimen terbabit jika ingin memerintah Malaysia pd 2017 nanti.

    3. PAS kena bina IKON baru, dengan kehilangan Ust Azizan

    ■ FAKTOR LUARAN

    UMNO Kedah sudah Catur STARTEGI utk "Kekal Perintah Kedah" jika mengikut kenyataan Datuk Mukhriz di dada akhbar yg lalu. Beliau amat yakin akan kekal memerintah Kedah kerana ketiadaan Ustaz Azizan. Menghadapi PRU14 tanpa Ustaz Azizan lebih mudah pada tanggapan Datuk Mukhriz kerana populariti Ustaz Azizan melebihi populariti Parti.

    Dalam soal ini adakah PAS Kedah sudah membuat Post Mortem?

    a. Kekalahan Kerusi DUN & Kerusi Parlimen pada PRU13 lalu perlu di baiki serta merta andaikata PAS komited utk kembali memerintah Kedah pada PRU14 nanti.

    *********************************************************
    yang ni komen aku: promote la kelebihan calon bkn suruh lawan dia back-off. appa punya style kempen la korang nih

    ReplyDelete
  6. Pas perlu bermuhasabah & kalo x cukup lagi bermuhasarawak.. jangan hanya menyalahkan pihak itu & pihak ini.. perbaiki kesilapan yg banyak dilakukan oleh saf kepimpinan hinggalah ke bawah... jangan menyalahkan kerjasama dengan DAP sebagai punca kemerosotan sokongan trhadap Pas.. pertahankan Kelate ... pertahankan SELANGOR.. bior UMNO kecewa x dpt tawan SELANGOR di PRU 14 nanti.. takbir.. ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takbir..!!! Hidup DR syeikh mat syabu pemimpin teragung pas...anugerah tuhan utk ahli2 pas...mari lh kita bersama dlm memenangkn DR mat dan kita cantas ulama yg nkkn penyatuan ummah...yg pnting abg adik dgn dap kita junjung smpi kiamat...takbir!!!

      Delete
  7. Apasal la juragan ni komen mcm org x btul je,x berilmu pn ye gak..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari