boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 7, 2013

PRK N20 Dun Sungai Limau - Menteri Umno dakwa wujud pengundi hantu ?

Selalunya dari pembangkang yang dyuk dakwa wujudnya pengundi hantu,, tetapi dakwaan itu sentiasa disangkal oleh SPR?,,

Bagaimana dengan dakwaan menteri ni..



 Nasional   

Shahidan dakwa wujud pengundi hantu di Sungai Limau
pada 06-11-2013 06:11 
Post Pic
JEJAKA IDAMAN MALAYA

KUALA LUMPUR: Seorang menteri kanan hari ini mendakwa wujudnya pengundi hantu dalam pilihanraya kecil Sungai Limau yang dimenangi oleh PAS dan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat menyelesaikan masalah itu. 
 
Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada kawasan Bukit Besar di Sungai Limau yang, menurut beliau, mempunyai jumlah pengundi lebih daripada penduduk setempat. 
 
Ini kali pertama seorang pemimpin tertinggi kerajaan mendakwa kewujudan pengundi hantu - isu yang sering diketengahkan oleh pembangkang. 
 
Shahidan berkata beliau akan memberi butiran penuh mengenai gejala itu di Sungai Limau esok dan menegaskan pengundi hantu adalah isu nasional. 
 
Pada PRK Sungai Limau, calon PAS Mohd Azam Abdul Samat mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim. 
 
Shahidan berkata SPR nampaknya tidak ada pilihan selain menerima orang yang mempunyai alamat di kawasan itu sebagai berhak mengundi dalam PRK berkenaan walaupun mereka tidak menetap di Sungai Limau. 
 
Shahidan yang turut berkempen di PRK itu turut membidas penyokong PAS yang didakwa menghina dan mencaci pemimpin-pemimpin Umno yang turun padang, termasuk beliau.
 
“Mereka bercakap mengenai demokrasi tetapi tidak boleh mengawal penyokong mereka...inikah maksudnya negara Islam," kata beliau. 


Apa macam sekarang, ha ha ha ha ha.... pengundi hantu pun dah mau kat umno lagi,,,sebab apa..., habuan untuk pengundi hantu tak masyuuukkk...Pengundi hantu setakat itik dalam bendang suruh pi ligan,, sorry la... 

3 comments:

  1. Hantu mana boleh mengundi. Ic dia pun dah kena potong. Lagipun hantu keluar malam. Siang dia tidur. Kih kih kih

    ReplyDelete
  2. lepas nie SPR lintang pukang pi nyiasatlah tu......confirmlah ader kambing hitam...kununyer ader pengundi hantu...sebenarnyer....UMNO/BN yg jadi hantu......

    ReplyDelete
  3. Mana Juragan jawab jangan tak jawab.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari