boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 26, 2013

Tahniah - Peranan Ahli Parlimen PAS dihargai oleh Kerajaan BN..

Tidak sesia kerja-kerja amal yang beliau lakukan selama ini,, walaupun ada sesetengah pihak dalam Pas sendiri tidak menyenangi...


Nasional   

Ahli Parlimen PAS dilantik anggotai Majlis Konsultatif Perpaduan Negara
pada 25-11-2013 05:11 
Post Pic

SHAH ALAM: Seorang wakil rakyat PAS yang berperanan menganjurkan dialog antara agama dengan penganut Kristian, dilantik menganggotai Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (MKPN) oleh kerajaan pusat.
 
Perlantikan Datuk Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAS, ke dalam panel itu, yang diharap dapat membantu mengatasi dan mencari penyelesaian kepada beberapa isu perpaduan antara kaum, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
 
Selain Mujahid, 26 anggota lain MKPN termasuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Saifuddin Abdullah, bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Che Wee, aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman selaku pengerusi dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (Naib Pengerusi).
 
Penubuhan MKPN dirancang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu yang menyaksikan perpaduan rakyat Malaysia diuji beberapa kali apabila beberapa isu timbul, termasuk yang menjejaskan sensitiviti pelbagai komuniti di negara ini.
 
Isu terbabit termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, kanak-kanak dipaksa makan di bilik mandi merangkap bilik persalinan sebuah sekolah rendah pada bulan Ramadan dan penyembelihan lembu korban di sekolah kebangsaan yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang mengetuai Jabatan Integrasi dan Perpaduan Negara berkata, MKPN akan mengumpul maklum balas dari pelbagai masyarakat tempatan mengenai perpaduan dan integriti kebangsaan.
 
Menurutnya, rumusan yang dikumpul akan diserahkan kepada kerajaan dalam satu ‘blue print’ oleh MKPN


ha ha baru geng-geng ostad yang duk label islam liberal dan bermacam-macam lagi ada akai.... 

1 comment:

  1. Kah kah kah. Moral of the story, Be open minded. Look around. Jangan jadi katak bawah tempurung. Jangan jadi pak turut.
    Orang kata semua ikut. Tanpa usul periksa.
    Parti mana?.Ku pikiaq lah sendiri.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari