boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 18, 2012

Ostad Kazim Elias - Inna lillah hi wainna ilai hiroji'un..

Dari UMNO dia datang, kepada UMNO dia kembali............   





Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat


Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.

Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk  bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. 

Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


4 comments:

  1. endung byk ke kambing?

    ReplyDelete
  2. Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
    1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)
    6~BUKTI 6
    7~BUKTI 7
    8~BUKTI 8
    9~BUKTI 9
    10~BUKTI 10

    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155







    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    ReplyDelete
  3. 22/5/2012 ni....ustaz ni akan bagi ceramah d Wisma Kastam Ipoh dengan Tajuk 'Musang Berjanggut'

    ReplyDelete
  4. Kelakar sgt...mmg mcm nilah sikap org melayu yg beragama Islam...bila sendiri baling batu tak sedar tapi orang lain baling perasan pula...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari