boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 7, 2013

Ada berani Ahli-ahli Parlimen PR nak boikot angkat sumpah?

Bila dengar pada cadangan memang terbaik,, tetapi berani ka? Orang yang buat cadangan tu memanglah berani,, tetapi berapa orang daripada 89 orang ahli parlimen tu,,, aku rasa 10 orang pun belum tentu ada bila mereka baca kenyataan ni..



Angkat sumpah atau gugur mandat MP: Wan Junaidi

pada 07-06-2013 03:06 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand


Post Pic


SHAH ALAM: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan hasrat Ketua Umum PKR untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 sebagai tidak wajar.
Namun katanya, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberi kesan kepada sesi sidang Parlimen negara sebaliknya beliau bakal berhadapan dengan pilihan raya semula di kawasan yang diwakili sekiranya enggan mengangkat sumpah.
"Saya tidak lihat kewajaran itu sebab kewajaran itu atas (pilihan) dirinya sendiri.
"Walaupun orang tidak datang, ahli Parlimen lain cukup korum, dia tetap akan bersidang seperti biasa. Yang penting, korum itu ada. 
"Tindakan sedemikian tidak akan mendatangkan kesan apa-apa. Itu hanya akan membuang masa sendiri sahaja. Kalau tujuan untuk mengadakan pilihan raya semula, tidak boleh. Ia hanya akan diadakan pilihan raya untuk kawasan (Parlimen) orang yang tidak mengangkat sumpah, itu sahaja," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.
Memetik laporan TMI hari ini, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata wakil pembangkang akan memboikot taklimat Parlimen yang dijadualkan Selasa depan sebagai simbolik menunjukkan ketegasan untuk mendesak reformasi pilihan raya.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya," kata Anthony.
Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata sidang Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa walaupun pembangkang bertindak untuk memboikot.
Malah katanya tindakan memboikot itu tidak sesekali akan mengubah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya terdapat pemimpin yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU13 lalu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mandat tersebut akan tergugur dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan itu.
"Kalau tidak mahu angkat sumpah, berdasarkan Perlembagaan, genap hari tertentu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, dengan sendirinya pemilihannya sebagai ahli Parlimen tergugur dan pilihan raya akan diadakan di kawasan-kawasan orang tidak mahu mengangkat sumpah, itu sahaja,
"Ia tiada kena mengena dengan perkara lain. Dalam perlembagaan, kita tidak boleh ubah perlembagaan begitu sahaja untuk penuhi kehendak politik kita," ujarnya.
Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan PRU-13 lalu dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam mengendali proses pilihan raya sekali gus memberikan kemenangan majoriti mudah kepada Barisan Nasional.
Pembangkang menggunakan pelbagai cara termasuk mengadakan perhimpunan 'Blackout505' di seluruh negara bagi mengajak rakyat menolak keputusan rasmi itu.

Woii,, orang yang dah 3-4 penggal tak kisah ler,, kena member yang baru pertama kali menang, dah duk berangan nak jadi YB,, kot suit dah tempah habis beribu,, tup-tup diajak jangan angkat sumpah,, jawatan YB melayang gugur,, kena PRU semula,,, woi... jangan cari pasal....

Buatnya umno cabar kat mahkamah,, minta calon yang tewas jadi pemenang,,, mahkamah terima,, lagi kacau...senang-senang depa dapat 2/3 majority... rakyat ngaga la....

Tak payah setujulah cadangan macam tu,,, carilah idea lain...kalau nak PRU lagi, eihh udah la,,, lain la kalau dah arwah tu lain cerita...


7 comments:

  1. abih kalau yg bersidang tu ramai yg menang cara tipu... itu lagi parah... walaupun angkat sumpah.. tapi dah menangpun cara tipu... tu nak kira camna tu... senang2 je nak sekat MP2 yg benar2 dipilih rakyat... sumpah tu jadi sumpah-sumpit je laaaaaa..... kalau nak komen pun bior le pakai otak, jangan pakai kepala bana...

    ReplyDelete
  2. KAN BAGUS PERINTAH IKUT ACUAN MENIPU.RAKYAT MALAYSIA DAH TAK PERCAYA DAH DENGAN KAMU BN.KAMU BUAT APA PUN YANG RAKYAT TAHU KAMU PERINTAH PENIPU,PENCURI,PENYAMUN PENGKHIANAT NEGARA,JUAL IC,BUNUH ALTANTUYA,BINI BELI CINCIN 25 JUTA,BUNUH ASKAR DAN POLIS,CURI LEMBU,KAYA KRONI,BUNUH ORANG DALAM LOKAP.JAMBATAN RUNTUH,BAGI RASUAH PADA MUFTI DAN ORANG BERUGAMA,JUAL INJIN KAPAL TERBANG,KOMISEN KAPAL SELAM DAN PELBAGAI LAGI.JADI TANIAH BN SELAMAT MENCURI,SELAMAT MENYAMUN,SELAMAT MENGKHIANAT DAN AKHIR SEKALI SELAMAT MENJAHAHAMKAN NEGARA INI.KEPADA PAKATAN RAKYATTAK PAYAH LAH DATANG PARLIMEN SELAGI TIADA PILIHANRAYA SEMULA KALAU TIDAK KAMU PUN SEKALI.

    ReplyDelete
  3. Puak PAS tidak perlu risau bab tidak angkat sumpah kerana Harun Taib kata Pas terima keputusan pilihanraya dengan hati terbuka walau pun ramai calon PAS kecundang kerana ditipu. Ini bermakna walau PKR dan DAP boikot angkat sumpah tapi wakil PAS tetap angkat sumpah.

    Lepas angkat sumpah bolehlah minum teh tarik bersama Najib.

    ReplyDelete
  4. Hahaha...angkat sumpah jd mp nk boikot..ttp angkat sumpah adun,exco dan mb tak cukup hari dah kelam kabut jmpa sultan atau ydp negeri...hahaha lawak..lawak pr ni...

    Penipuan...penipuan!!!cukup kn bukti buat repot jgn sekadar brckp dan tuduh...tuduh dan brckp.. Dlm pr tak cukup lawyer ke..???takkn lh klu bar council pun blh dibawa di jalanan,pr tak cukup lawyer...hahaha lawak lawak..klu kalah tipu..klu menang lak takda tipu...baik pr buat rayuan pd amerika utk jd kn malaysia takda pru...dan pr mnjd tuan tanah...

    Hahaha lunyai otak aku bila tngk gelagat org melayu yg masih letakkn kata2 anwar sbgi kata keramatdan amanat...dan lunyai otak aku bila tngk melayu semakin syg pada lim kit siang... Mana prgi rasa amarah melayu pada 13 mei...
    Hahaha kerana hebatnya anwar brhujah melayu mnjd bnteng kpd cina....hahaha

    ReplyDelete
  5. MP Pakatan Rakyat tak perlu boikot angkat sumpah kerana kamu memang dipilih oleh rakyat dan kemenangan kamu adalah solid tanpa penipuan.

    Bukan macam puak-puak yang dipilih oleh Bangla tu... menang pun perlu menipu, rasuah dan segala mak nenek jenayah. Jadi angkat sumpah kamu tiada makna pada rakyat... kamu bukan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat... sewajarnya kamu malu terhadap rakyat yang membayar cukai... sedangkan kamu tidak dipilih mereka.... maka kamu makan gaji haram... binasalah kamu, anak bini dan keturunan kamu dengan wang gaji haram tu dunia dan akhirat.... sesungguhnya aku tidak halalkan walau sesen pun gaji yang kamu perolehi sebagai wakil rakyat dengan cara menipu.

    ReplyDelete
  6. Anonymous june 7, 2013 at 7:10pm. teman sokong 110% kenyataan mike. Wakil rakyat PR yang menang tiada penipuan rakyat yang sokong 100%, angkat sumpah dulu dalam masa yang sama cari jalan supaya kerajaan UMNO/BN tak kekal lama

    ReplyDelete
  7. Ayam hutan.ko ni spesis babi macam manjungmari juga. Ntah ntah ko ni pun berjubur dgn manjungmari juga masa bertemu dlm hutan..babi main dgn ayam= bayam

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari