boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 26, 2013

PRK Kuala Besut di bulan puasa ! Berani ke Umno nak menghadapinya..

Baru jelas dan nyata sekarang,,, memang dah lebih sudu dari kuah mamat mangkok hayun ni... 
Dia dah melebih-lebih dari umno lagi,,, dah tak sabar dah.... 



PRU kecil Kuala Besut di bulan Ramadan - SPR

pada 26-06-2013 03:06 


Post Pic

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
 
Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.
 
"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair.
 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengesahkan pihaknya belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
 
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya.
 
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada SPR esok, untuk tindakan lanjut. 
 
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
 
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
 
Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.


Berani ke puak-puak umno nak berkempen dalam bulan puasa ni,,,, tak ada lah duit raya,,, tak adalah video porno, tak adalah pengundi hantu dan bangla,, tak bolehlah nak tipu-tipu undi,, bulan puasa.... 
melainkan mereka sendiri sanggup tak berpuasa kerana nak menang menipu....

Apa pun aku memang sokong kalau PRK diadakan dalam bulan puasa,,, biar PRK pertama berada dalam situasi keadaan politik bersih...

Cuma duk tertanya,,, berani ke Najib,,, berani ke Mat Said dan Deris Jusoh..





9 comments:

  1. PRK Lunas dulu pun bulan pose gok. Dok bersih pun..... tapi menang lee.....

    ReplyDelete
  2. bulan je pose...juragan belum tentu pose...yampoi sama2 dgn air todi opah fidah...kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Kesian manjungmari, masih percaya perkara karut, tak sedar lagi kena tipu. Mana ada bangla, mana ada blackout. Cubalah jadi cerdik. Nik ajis tak lagi jadi mb, jadi tak adalah komen dia yang mengarut. Baik dia diam, ada pahala. Selamat berkempen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak Bangla? Saya nampak Bangla angkut sampah dpn rumah saya pakai topi DACING. Bila tanya dpt mana? Terus lari...takut nk jwab. Org "ulu" je...yg tak tau benda ni. Org Bangla dah satu geng dgn Melayu UMNO....mmg sesuai sgt!

      Delete
    2. Topi dacing banyak dalam tong sampah lepas pru13. Kalau kau nak, aku bagi sepuluh...jadah engkau bangla angkat sampah. Dah tu tak ada permit, orang lain macam sikit cabutlah lari. Kalau engkau pakai topi sama, bangla akan jadi geng engkau. Suruh ngaku apa pun boleh. Bolehah engkau buat drama pru13 (ulang tayang).

      Delete
  4. nk tanye MM la.. agak2 bila ye PRK kat Perak ni..? teman dh x sabor nih.. puak UMENO harus mmpertahankn Perak hingga ke titisan keris yg terakhir.. keh keh keh..

    ReplyDelete
  5. Boring betul le aku tengok gambo menteri kat atas tu dengan isyarat lucahnya. Admin tolong le tuko gambo lain. Memalukan oghang peghok je

    ReplyDelete
  6. pas dan ketua penipu pon tok leh tipu juga, tapi aku tok caya bapok penpu tok tipu.

    ReplyDelete
  7. gambar dia maksudkan budak kecil tengah tersepit dengan perbalahan saudaranya.Kalau pikir kotor yang suci pun jadi kotor.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari