Pada pepagi tadi aku mendapat satu kejutan percuma yang tak aku sangka-sangka dan fikirkan,,, Subhanallah... terasa betapa kerdilnya kita manusia ini,,,,,
Apa tidaknya,, aku mendapat satu email seperti dibawah....
Manakan aku tak terkejut, hamba Allah yang menghantar email ni dah lebih 20 tahun yang lalu aku mengenalinya, mungkin beliau pun masih mengingati akan aku,,,, yang lucunya semalam kami dok bersembang kisahnya di wall facebook Hamidon pegawai khidmat IR Nizar di facebook.
Tup-tup pagi ni aku mendapat mail darinya.....
Kali terakhir aku melihat kelibatnya, semasa penyampaian wang bantuan anak cemerlang dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera, majlis penyampaian pihak PBTM Stiawan telah menjemput Zambri a/l Kadiaq menyampaikannya pada tahun 2005 yang lalu, maka beliau ada bersama mengiringi Zambri selaku Exco Pelajaran.... ,
Kira hebatlah dia, selain dari jawatan penting dalam UMNO Bahagian Lumut, apa yang aku tahu, beliau juga adalah Presiden Pesara Kerajaan Daerah Manjung, Ketua Koperasi KUB, kat masjid An Nasriyah Stiawan pun dia ada jawatan, maklumlah bekas guru besar, dudok pula dalam UMNO...
Tetapi itulah, walau sebagai mana hebat pun, kalau dah kata UMNO tu, bukan dia ambik kira,,, peringata dan petunjuk mereka tak ambik kisah, kalau kepada Timbalan Presiden sendiri pun boleh dipecat dan hampir dibunuh oleh Ketua Polis Negara waktu tu Rahim Noor, jadi kalau setakat pimpinan Bahagian tu,, kacang ajalah...
Apa pun bila seseorang itu di zalimi, maka terpaksalah kita tolong, kesian aku melihatnya dirinya teraniya sebegitu,, dimana perginya kaum UMNO nya dulu, kenapa mereka tak membangtunya,,, malah nak guna peguan pun guna peguam yang popular dan tersohor dengan nama peguam PAS...
Dan aku, sungguh pun terkejut, tetapi aku juga berbangga, rupanya sejahat-jahatnya aku ni pada tanggapan pembaca UMNO dan yang sewaktu dgnnya, masih lagi mendapat kepercayaan dari beliau... Terima Kasih Cikgu,, bila dah huloq kat aku biasalah....
Jadi lepas ni,, aku harap Cikgu Jauhari dengan isteri dan anak-anak sekeluarga, tinggalah UMNO tu,,, cukuplah....kalau tak mau sokong PAS pun tak apalah,,, Asalkan Bukan UMNO....
Di bawah ini aku copy balik apa kenyataan akhbar yang dihantarkan kepada aku....
SIARAN SEGERA
FAIL SAMAN SEMAKAN KEHAKIMAN KE ATAS KERAJAAN NEGERI PERAK DAN DUA INDIVIDU YANG LAIN
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain dalam Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur (20 Januari 2012) berikutan kegagalan pihak Kerajaan Negeri Perak untuk menggantikan tanah Hj. Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.
Berdasarkan kajian kes - Pada tahun 1997 tanah beliau seluas LIMA ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah. Hj. Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.
Kemudiaan pada 21/2/1998, Hj. Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.
Semasa pertemuan tersebut Hj. Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.
Selepas tarikh tersebut Hj. Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.
Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Hj. Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Hj. Jauhari yang dibatalkan.
Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Hj. Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.
Tindakan Mahkamah diambil kerana Hj. Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Hj. Jauhari yang dibatalkan.
Hj. Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran UMNO.
Difailkan oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates yang beralamat di No 35A, Jalan SG 10/4 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel/Faks : 03 - 6189 9548
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haji Jauhari Bin Yahya
No 13, Taman Astaka, 32000 Sitiawan, Perak
Email : hj.jauhari.yahya@gmail.com
Allahyarham Ghafar Baba pernah diperlakukan oleh umno sedemikian rupa.Teringat kata-kata Abang Mat Sabu " Ghafar Baba berkata kepadanya "Mat hang pegi lawan umno tu , umno tu dah nak mamposss".
ReplyDelete