boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, January 23, 2012

Phooorah Lu Dr Mahathir...

Selama 22 tahun ia memegang tampok kuasa sebagai Perdana Menteri apa yang dia lakukan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa....

Kenapa baru sekarang nak bersuara.....thiioooo,,,, naseng....



TERKINI

Menteri Kabinet isytihar harta kepada SPRM - Tun Mahathir

23/01/2012 2:49pm

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata, sebelum ini menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri Kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluarga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. - BERNAMA



1 comment:

  1. Mamak celaka inilah yang menjahanamkan dan memecahbelahkan orangx melayu semasa era pemerintahan dia.Suruh dia isytiharkan harta dia
    sekali.Hanya ahlix UMNOYAHUDI keturunan LEMBU saja
    yang tak kisah dengan kerakusan pemimpinx mereka
    walaupun mereka hidup susah.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari