boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, January 18, 2012

Siapa Zambry a/l Kadiaq ? Siri 3.

Oleh

Pada mulanya, Teluk Rubiah merupakan kampung nelayan tradisi dan tanah-tanah disitu merupakan tanah simpanan Melayu. Pencabulan Teluk Rubiah bermula sekitar 1983 dimana kerajaan BN mencadangkan kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Itu yang orang kampung diberitahu. Apa yang tidak diberitahu ialah kawasan Teluk Rubiah ada banyak balak.

Pada asalnya keseluruhan kawasan cadangan projek dan persekitarannya ialah sebuah kampung tradisional nelayan yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Rizab Melayu (Malay Reserve) dan juga sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh (Teluk Muroh Forest Reserve).

Eksploitasi keseluruhan kampung tradisional nelayan Kampung Teluk Rabiah dan sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh bermula pada tahun 1983 apabila Kerajaan Negeri bercadang kawasan tersebut dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial khususnya pelancongan mewah.

Untuk memajukan pembangunan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengguna-pakai peruntukan perundangan mengikut Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (No Warta: 264 – Tarikh Penyiaran Warta: 17 Mac 1983) bagi maksud Projek Pelancongan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam kawasan Teluk Batak / Teluk Rubiah, Mukim Lumut, Daerah Dinding, Perak.

Sebahagian daripada HS Teluk Muroh pula telah dimansuhkan penwartaannya sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas kira-kira 487 hektar iaitu daripadanya seluas 274 hektar diberi milik kepada PKNP dan seluas 213 hektar lagi masih berstatus Tanah Kerajaan (No Warta: 1112 – Tarikh Penyiaran Warta: 29 September 1988).

Bagaimanapun kawasan seluas 350 hektar daripada 487 hektar HS Teluk Muroh yang telah dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK dijadikan sebagai padang golf dan ‘resort’ serta banglo yang dikenali sebagai ‘Teluk Rubiah Country Club’ dan ‘Teluk Rubiah Resort’.

Mengikut dokumentasi Jabatan Perhutanan, keluasan asal keseluruhan HS Teluk Muroh semasa ditubuhkan pada 26 Oktober 1948 ialah 917.93 hektar. Baki HS Teluk Muroh yang masih ada setelah sebahagian dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK ialah seluas kira-kira 430.93 hektar.

HS Teluk Muroh pernah dikelaskan sebagai Hutan Simpanan Dara (VJR) mengikut Seksyen 10 (g), Akta Perhutanan Negara 1984. Sejenis spesies palma yang terancam (Phoenix paladosa) juga telah ditemui berhampiran kawasan cadangan projek (berhampiran Loji Janakuasa Manjung).

Malah mengikut ulasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak(Jab PERHILITAN Negeri Perak) pula, kawasan cadangan projek masih kaya dengan pelbagai fauna dan avifauna dan kebanyakannya dilindungi mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Oleh kerana keseluruhan kawasan Kampung Teluk Rabiah dan persekitarannya dicadangkan untuk tujuan pembangunan komersial (pelancongan mewah), Kerajaan Negeri telah memansuh Rizab Melayu Teluk Rabiah seluas kira-kira 163 hektar mengikut Seksyen 4 (i)(b), Enakmen Rizab Melayu (No Warta: 738 – Tarikh Penyiaran Warta: 20 Julai 1989).

Semua penduduk kampung tersebut telah berhijrah ke tempat-tempat lain terutama di sekitar Daerah Manjung. Penghijrahan penduduk dari Kampung Teluk Rabiah dibayar pampasan dan diberi penempatan baru atau mereka sendiri yang berhijrah kerana bertujuan mengubah penghidupan yang lebih baik.

(Yang ini aku copy-paste dari blog Otai Manjung sebab susah sangat nak ingat angka-angka). boleh dibaca disini.

Ini Tajol Rosli punya kerja.

Teluk Rubiah Golf Course and Resort pun di bina diatas tanah seluas 350 hektar. Pasal balak, sapa pun tak cerita.

Pada Julai 1989, kerajaan negeri men-degazette 163 hektar lagi kawasan Tanah simpanan Melayu, dan mengusir penduduk-penduduk. Seramai kira-kira 10,000 penduduk terpaksa berpindah walaupun diberikan pampasan. Itu cakap gomen, tapi masih ada penduduk yang mengadu masih belum mendapat pampasan.

Pada tahun 2001, beberapa kumpulan pencinta alam membuat protes terhadap keputusan kerajaan yang menukar status tanah simpanan Melayu kepada kawasan pelancungan. Kerajaan BN pun buat muka baik, menarik balik seluas 89.83 hektar yang diklasifikasikan kembali sebagai kawasan hutan simpan.

Bila orang dah diam, kerajaan BN pun dalam diam-diam meng- degazette kembali 121.16 hektar. Habis hancur kampung Melayu, kawasan hutan simpan…semuanya kerana kerakusan pemimpin Umno.

Teluk Rubiah Golf Course and Resort pun dibangunkan tapi siapa yang memiliki Teluk Rubiah Golf Courseand Resort? Macam mana Resort dan Padang golf ini boleh dimiliki oleh sebuah syarikat yang bernama KYM holdings..yang tu aku belum fasih lagi…sebab susah sangat nak faham putar belit berniaga ni.

Teluk Rubiah Golf Course and Resort diurus oleh Harta Makmur Sdn Bhd. Harta Makmur dimiliki oleh Tegas Consolidated sebanyak 60% manakala 40% lagi dimiliki oleh RAS Sdn Bhd.

RAS sdn Bhd dimiliki oleh Raja Azlan Shah sebgai pemegang saham terbesar manakala Tuanku Bainun dan Raja Ashman adalah pemegang selebihnya. Semua adik beradik Raja Ashman merupakan PengarahSyarikat.

Teluk Rubiah Golf Course mengalami kerugian dan berhutang dengan bank. Sapa nak bayar hutang beratus juta? Kecuali jual tanah.

Pada tahun 2008, pembeli yang bersedia membeli Teluk Rubiah Golf Course dikenal pasti, tapi nasib tak baik..BN tewas di Perak dan Pakatan Rakyat menjadi pemerintah.

Vale International telah berjumpa dengan Menteri Besar Perak yang baru, Haji Nizar Jamaludin. Nizar tidak bersetuju untuk menjadikan Teluk Rubiah satu kawasan industri sebab kawasan itu diwartakan sebagai kawasan pelancungan. Nizar menawarkan Vale International satu kawasan lain di Tanjung Hantu untuk dijadikan kawasan industri yang menempatkan operasi Vale International.

Kalau aku jadi penyangak pun, dah tentu aku marah kat Nizar. Teruk-teruk aku cari pelabur, aku dah gerenti untung…tiba-tiba Nizar tak luluskan.

Dalam masa tengah berunding dan menilai prospek Tanjung Hantu itulah, kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan. Sultan Perak tidak bersetuju apabila Nizar meminta diadakan pilihanraya semula dan terus menerima cadangan Pak Lah untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar.

Bila Zambry naik, perkara pertama ialah meluluskan penjualan Teluk Rubiah Golf Resort kepada ValeInternational. Seluas 488 hektar tanah di Teluk Rubiah dijual kepada Vale International dengan harga RM196 juta.

Sekarang, Teluk Rubiah sudah menjadi milik syarikat Brazil. Kerajaan negeri tak dapat apa-apa. Penduduk tak dapat apa-apa. Tapi kita tanggung la kesannya nanti.

Tengok balik bagaimana keindahan Teluk Rubiah sebelum ini.


Dan bandingkan pula dengan apa yang sedang berlaku sekarang.


Hangpa mungkin kata..”Zambry pun tak dapat apa-apa!! ”

Yang ni lagi best. Jangan kata dia tak dapat apa-apa. Kalau dia tak jadi Menteri besar pun tak pa dah.

Kita korek lagi.

(Kredit juga kepada Peter Van Der Lans)



Sumber : malaysiatimes.




1 comment:

  1. satu je yg boleh dikata.. semoga cepat mampos sesapa yang terlibat

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari