boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, January 19, 2012

Siapa Zambry a/l Kadiaq ? Siri 4.

Oleh


Konsentrasi aku sedikit terganggu hari ini bila ada member suruh check tentang apa yang berlaku di Kota Samarahan. Satu fenomena bunyi yang ganjil, yang bukan saja berlaku di Kota Samarahan tetapi berlaku diseluruh dunia. Tak tau la sama ada dunia betul-betul nak kiamat atau tidak.


Tapi cerita itu kemudian la. Kalau nak tau, boleh tengok disini, sini, sini, sini, sini.

Balik kepada cerita Zambry, Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan. Ia sudah tergadai ketangan orang asing dan nantikanlah kerosakan alam sekitar yang akan berlaku di Manjung. Tapi Zambry tak peduli itu semua..malah memang itu yang dirancangkan. Cuba tengok balik perancangan Teluk Rubiah.

Apabila pembinaan jeti Vale di Teluk Rubiah terlaksana, kapal-kapal akan memenuhi pesisir pantai Teluk Rubiah hinggalah ke Teluk Batik.Teluk Batik akan tercemar dan pengunjung akan jatuh dengan mendadak. Yang akan naik ialah pusat-pusat hiburan, bukan lagi pengunjung yang mahu mandi-manda dipantai. Ini evolusi yang telah terbukti di Pulau Pinang.

Apabila jeti Pulau Pinang dan Butterworth dibina, sepanjang pesisir pantai ditanah besar dari Kepala Batas hingga Nibong Tebal menjadi kotor. Pantai Bersih di Butterworth tidak lagi bersih, dan kemudiannya menjadi tempat bapuk cari makan. Begitu juga dari Tanjong Tokong hingga ke Bayan Lepas, pantai-pantai juga menjadi kotor dan nelayan tak boleh cari makan.


Tempat-tempat ini kemudianya diambil alih oleh pengusaha hartanah dan menjadikanya sebagai kawasan residensi mewah. Orang Melayu yang sebelum ini tinggal dipesisir pantai, tidak mampu membeli rumah yang bernilai jutaan ringgit lantas terpaksa berpindah ke tempat yang lebih murah.


Semasa pembinaan pusat-pusat hiburan, komersil dan kediaman mewah ini, pemimpin-pemimpin Umno di Pulau Pinang cukup seronok cari makan dengan komisen. Depa tak peduli orang Melayu Penang terpaksa berpindah keluar. tapi bila depa tidak lagi memerintah, masa tu baru teras perit sebab poket dah kosong…baru lah depa tersedar bahawa orang Melayu Penang sudah semakin sikit.


Keadaan yang sama akan berlaku di Lumut. Parlimen Lumut terbahagi kepada 3 DUN. Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor.

Sitiawan dah jatuh kepada DAP. Pasir Panjang jatuh kepada Pas manakala hanya Pangkor yang kekal ditangan Umno/BN. Harapan Umno untuk mendapatkan kembali Sitiawan dan Pasir Panjang agak tipis, maka itu Zambry melakukan apa yang dia mahu di Pangkor. Dia perlu mendapatkan lebih banyak wang untuk menjaga kawasan…walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar dan penduduk sendiri.


Mungkin Zambry tak dapat apa-apa hasil dari Vale International. Itu sultan punya. Bahagian Zambry bukan disitu tetapi satu kawasan hutan dara di Pangkor. Kawasan hutan simpan tersebut telah pun di mansuhwarta dan Zambry telah pun membuat kenyataan media mengenai perkara tersebut.


Seluas 121 hektar hutan simpan diTeluk Segadas sudah dikenalpasti untuk dibangunkan. Teluk Segadas merupakan pantai yang masih lagi bersih dan diantara yang paling hampir dengan tanah besar. Kawasan ini masih lagi belum dibangunkan kerana alasan tak cukup duit. Ini kenyataan Zambry dalam The Star.


“Noting that the developer had recently met with him to discuss its plans for the site, Dr Zambry explained that the developer had been holding on to the piece of land due to lack of funding.

“Now that this has been settled, it is all systems go,” he said.”


Betul…sekarang sudah ada duit. Vale International dah janji nak melaburkan RM9 billion di Teluk Rubiah. Takkan tak boleh huloq sikit ke Teluk Segadas. Dan Teluk Segadas akan digondolkan untuk keperluan Zambry. Orang Pangkor jangan harap untuk mendapat faedah dari ini. Orang Pangkor mungkin hanya dapat berbangga dengan balai polis baru.


Mungkin diperingkat awal, Teluk Segadas akan jadi macam Teluk Rubiah golf Course, tapi dengan adanya kilang bijih besi Vale International, tidak mungkin projek itu akan berjaya. Marina Island juga belum nampak sebarang kemajuan. Akhirnya, Teluk Segadas juga mungkin terpaksa dijual kepada Vale International.


Pergi tengok macam mana rupa Teluk Segadas di blog Peter Van der Lans sebelum ianya dirogol oleh Zambry.


Aku dah baca macam-macam komen dan macam-macam reaksi. Tapi cakap dalam internet..sapa pun boleh.


28 hb Januari ini, Najib akan turun di Manjung. Apa macam kalau kita buat breakdance ka..nyanyi lagu nasyid ka..ataupun buat pertandingan banner sapa yang paling cantik untuk menyambut Najib dan Zambry? Mau?

Kalau mau, pi ke Facebook.. Save Teluk Rubiah. Bagi cadangan atau komen apa-apa pun tak pa. Tapi yang penting, lepas ni kita kena buat sesuatu di Manjung. Cakap saja tak boleh dah.


Ramai juga yang kata kita kena jatuhkan Zambry dalam PRU 13 nanti. Yang ni pun cakap senang la. Tapi aku tak kata mustahil. Ia boleh dilakukan kalau ada gerakan. Esok aku buat posting terakhir…tentang senario politik. Macam mana nak jatuhkan zambry dalam PRU 13.


Sumber : malaysiatimes.





5 comments:

  1. Sebenarnya sudah berlaku beberapa percambahan pusat urut kaki, hotel dan karaoke di Sitiawan dan Seri Manjung. Benda ini jelas kelihatan di sepanjang Jalan Sitiawan-Lumut. Boleh buat kaji selidik bermula dari The Store hingga ke Tesco, untuk mengenal pasti berapa banyak pusat urut, karaoke dan hotel baru di buka.

    ReplyDelete
  2. Syekh, nape tak ulas pasal perlantikan exco agama di selangor. Saper la nk jaga kesucian islam di selangor. Dapat pada khalid , sama mcm dpt pada nizar la, sama je cina atau melayu, janji masyukkkkk

    ReplyDelete
  3. biol pnya 7:31...kesucian agama islam orng islam la kena jaga...sultan kan ada...kan ke sultan ketua agama...

    ReplyDelete
  4. anon 7.31 yg bengong....

    tak payah pegi jauh sampai Sngor,jaga tempat sendiri dulu....kesucian islam di Sitiawan dan Manjung yang parah ni sapa punya kerja kalau bukan barua Umno dan Majlis Perbandaran,tapi cerita pada orang kampung kawasan ni Adun Ngeh dan Nizar pegang,bila PR dapat balik baru di hilite dlm TV3 tempat haramjadah ni konon Parti Islam punya kerja.

    lantaklah sapa nk jadi xco asalkan bukan umnuu

    ReplyDelete
  5. skot,,, jika yg buek komen tu taruk namo "Anonymous" kau jgn siarkan komen mereka ,, kerana mereka itu adalah haiwan yg tidak di beri nama hahahhahahahha gua harap kau setuju skot .... kesucian ISLAM akan terpelihara. banggang punya komen.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari