Di atas desakan kawan-kawan yang perihatin dengan pertumbuhan pesat kedai-kedai judi komputer haram, bukan sekadar sebiji atau sepuloh biji, malah berpuloh-puloh biji didalam daerah Manjung...
Paling banyak di kawasan Pekan Air Tawar, menurut dari seorang sahabat yang menceritakan kepada aku, hampir 50 biji,, Manakala di kawasan bandar Manjung pun tak payah cerita,, tak terlarat nak pi check satu persatu,,
Sahabat aku ni, cuba membawa kes ini kepada anggota polis,, tetapi menurut dari polis tersebut, pihak polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana tiada peruntukan akta dalam kesalahan tersebut, melainkan Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Manjung yang mempunyai kuasa...enyahlah,, nak cegah judi haram pun ada bermacam masaalah,, yang jadi mangsa anak-anak orang melayu yang dok pegi berjudi dalam tu...
Aku sempat mengambil beberapa buha kedai yang menjalankan kegiatan tersebut,, dan apa yang boleh aku katakan kedai-kedai tersebut semuanya tiada papan tanda (sign board) nama kedai....
Kedai ni kedudukannya di belakang bas stang Seri Manjung,, kedai end lot tu.... siang dari pandangan biasa tiada apa-apa....
Ini dari bahagian belakang kedai,,, rupanya ada operasi,, sebab lampu panjang warna hijau tu menyala,, menurut sahabat aku,, dan disebelah atas tepi pintu siapa ada kamera CCTV.....
Ini sebiji lagi, deretan yang sama dengan kedai di atas... kedai warna pink+orange kedai tengah,, pun tiada nama kedai )(sign board)
Yang ini deretan dengan kedai Minyak Shell Manjung... macam biasa yang tengah tu juga....
Yang ini deretan dengan restoran Ummi Walid...
Kedai pintu hijau muda, sebelah kedai ini yang tidak kelihatan ialah restoren tom yam... jalan ini nak menuju ke SAR Seri Taalim..
Ini sekadar beberapa buah kedai yang sempat aku ambil,, banyak lagi,, namun aku tak mampu nak ambik lagi... buat masa ni...,
Mungkin kerana kedai-kedai yang menjalakan operasi ini tidak ada papan tanda,, jadi pihak yang berkuasa terlepas pandang atau buat-buat tak pandang wallah huaklam,, tetapi ingatlah, yang dok pergi ke kedai ni semua anak-anak melayu manjung,, jadi sebagai orang Islam,, tanggung jawab aku hanya memaklumkan sahaja,, sebab negara ini ada undang-undang,, kalau tak ada undang-undang senang penduduk yang peri hatin boleh ambik tindakan...
Main bola pulak penguasa2 ni.....
ReplyDeleteHancus!!!
cerita dari tahun lepas lagi, benar apa yg diperkatakan! Bab MPM tu gua dah lama perasan sbb bab nak runtuhkan peniaga-peniaga kecil jalanan mereka cekap cuma nak pilihanraya ni depa tak kacau, janji bersih dan takdak jiran2 komplen. Kalau depa ambil gambar senyum je! Kalau depa nak robohkan korang katuk kepala MPM! Bab judi haram ni, gua dgn RT ada tel ipd manjung, pusat terima aduan tanya ia sedang beroperasi ke? sahabat katakan ya! boleh serbu sekarang, lokasi area ceria, modus operandi pusat judi ni sama spt cerita ni, ada pintu dpn & blakang yg dikawal cctv, pertamanya nak elak dr opersai polis dan kedua ada lanun juga yg pi rompak pusat judi ni yg tokey takleh buat report jika berlaku! ye lah, takkan nak report polis ckp pusat judi haram kena rompak, dan benda ni berlaku di salah sebuah pusat judi haram area pasaraya ceria. Dulu kedai Nan Mee Kari, skang lingkup diambilalih jadi pusat judi haram. Lps rompakan, pintu masuk dpn diketatkan lagi kawalannya. Balik kpd laporan polis tadi, selepas tel je, gua ikuti geng RT ni g tgk dr jauh kedai yg dilaporkan, hmmmmmmmmm......semua kaki kaki judi keluar dan tokey tutup kedai, selamat! Justeru apa kalian tanggapkan?! Ada kebocoran dan seolah ada 'kesepakatan' diantara tokey2 judi dan penguatkuasa! Aduan yg RT terima utk bertindak adalah dr seorang isteri kpd kaki judi ni, malam suaminya tak pernah balik malah pernah tak balik 3hari sbb kusyuk bermain judi, berlaku mslh rumahtangga dan ekonomi mereka.
ReplyDeletehal ini gua terkenang sejarah sepupu gua yg pernah berkecimpung dlm dunia jualan vcd cetak rompak yg dia sendiri cerita pengalamannya sebelum berumahtangga, dia tak tahan lagi kerja mcm ni, nak jaga 'penguatkuasa'. Bunyinya mcm ni, satu kedai dia kena byr rm3000 sebulan kpd 'org2 yg jaga' dr operasi atau serbuan mengejut. 5 buah kedai dah rm15,000 sebulan, duit bukan mslhnya tapi kehidupan dia tergugat, lalu dia tutup beberapa buah kedai secara beransur agar pekerja dia boleh bertukar arah kpd bisnes yg lebih menjaminkan dan tidak lagi kpd rezeki haram ini. Dan sepupu gua bgtau mcmana vcd haram tak boleh dihapuskan di m'sia ni, sbbnya 'org2 yg berkongsi mkn rm15,000 sebulan' suruh dia buka balik kedai2 yg ditutup, ye lahhhh sebelum ni boleh dpt rm15,000 sebulan tiba2 tak dpt lagi 'side income', nak tak nak dia suruh gak buka, sepupu gua tak mahu bersekogkol lagi, dia takleh tahan kdg2 mlm org ni tel org tu tel mcm2 permintaan, nak balik kpg la, tayar kete dah botaklah, itu belum ajak berhibur di genting, satu mlm boleh burn rm30,000. realitinya begitulah, itu pokok permslhan ke atas isu ini. renung2kanlah!
Exco agama Perak tidur nyenyak.Apa kata kalau kita report pada Hasan Akidah ?
ReplyDeletePenguasa2 Mpm nh spatutnye selalu di buat pertukaran ke tempat2 lain xdelah,jd mcm nh..dh luluskn lesen niaga tp buleh plak ckp salah teknik, bangsat btul..terutama bahagian lesen dan rekriasi..banyak yg tersirat!!!!!!
DeleteSPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah
ReplyDeleteSiasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.
Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.
Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.
Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.
"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.
"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.
ReplyDelete"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.
Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.
Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.
Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.
SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.
Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.
Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.
Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. – 23 Februari, 2014.
so mmg patut lah bersepah sepah kedai judi di malaysia ni...pulis pon X BOLEH PAKAI...aku x terkejut pon kalo UMNO turut sama terlibat...sebab semua macai umno yg benci cina tiba2 boleh terlepas pandang pada kedai2 judi di negeri yg depa menang...apa pasal??? mesti ada sebab kan...sebab DUIT senang DAPAT...kahkahkah