boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, September 11, 2012

Di kerusi Parlimen mana Nasharuddin Mat Isa akan jadi calon PAS?

Merujuk dari berita Sinar Harian hari ini satu berita yang agak mengejutkan buat semua penyokong parti PAS,, melainkan adalah dua tiga orang penyokong penyokong setia Nasha yang keluar muka dalam TV3 baru-baru ini..



Satu berita yang agak mengejutkan ialah " Difahamkan antara nama yang termasuk dalam senarai itu ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok, yang menjadi perhatian sehingga semalam berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR)."

Apakah berita ini, Wallahhuaklam.. apa pun kalaulah benar besar kemungkinan juga, sebab Nasha masih lagi ahli Majlis Syura PAS..!!!,, ....

Cuma yang jadi persoalan,, di kerusi  Parlimen manakah Nasha akan jadi calon.. Parlimen Bachok awai-awai lagi tempohari dah keluar berita tentang penolakan terhadap Nasha... 


Persoalan kalah menang dalam PRU13 nanti adalah kehendak Allah S.W.T,, tetapi apa pun yang pasti kekalahan adalah yang paling nyata, kalau kita sudah pun nampak masaalahnya... 

Pimpinan di atas sana kena ingat, betapa ramainya ahli-ahli grass root PAS yang kecewa dengan perangai Nasha sejak kebelakangan ini,, kalau dah ahli PAS sendiri kecewa, bagaimana dengan pengundi bangsa asing, terutama Cina yang setia dengan Chauvanisnya, kita semua tahu yang pengundi Cina dah sepakat nak menolak UMNO, apakah mereka sanggup nak mengundi dengan calon manusia yang dok pi tunjuk bersekedukkan dengan UMNO.. 

Begitu juga dengan pengundi muda yang kebanyakan dan ambik sikap ABU , asalkan Bukan UMNO,,, mereka kebanyakannya tahu semua cerita sebegini juga melalui internet dan sebagainya,, apa perasaan mereka nak mengundi jika terpampang muka Nasha sebagai calonnya... 

Aku tak mau nak merapu merepek banyak-banyak,, kalaulah merasakan nak bagi kemenangan kepada UMNo Barisan Nasional secara percuma, calonkan Nasha...  


11 comments:

  1. nasha ni umpama buah busuk tunggu masa je nak gugur lantak pi lah,meluat tengok muka dia

    ReplyDelete
  2. Hope dia bertanding kat PEKAN...HAHAHA

    ReplyDelete
  3. Salam Manjungmari

    Mungkin bertanding di Nganu. Ada yang akan berkorban untuk dia di sana kot?

    ReplyDelete
  4. aku ni bukanlah ahli berdaftar PAS.. tapi dah undi PAS sejak aku boleh mengundi lagi.. now dah masuk usia 40's, dan still pilih PAS. Janganlah kerana sedikit kesilapan dia, kita melupakan semua kebaikan dan kelebihannya.. (aku bukan penyokong dia, bukan dlm parlimen dia, bukan orang kampung, bukan sedara mara dan dia tak kenal langsung aku)..aku tak paham la kenapa sekarang ramai sgt. yg dah tergilakan sangat dgn puak-puak Anwar ni.. terpengaruh dengan segala 'fatwa' Anwar..

    aku sejak Anwar dlm UMNO lagi dah cukup nyampah dgn dia.. terutama sifat hipokrit dia.. dah lupa ke bagaimana dia menghentam PAS dlm Parlimen dan akhbar.. dgn India, dia boleh menari Bhangra, berjoget dan berdansa dlm majlis makan malam tapi bila berdepan Tn Guru kita, tukar topeng pakai kain dan ketayap.. dan macam-macam lagi..

    apa sekali pun, siapa pun calon PAS.. aku tetap akan sokong.. tapi kalau Anwar, aku takkan pangkah mana-mana pihak.... aku lebih respek Karpal yg berpegang kuat dgn prinsip sekular, malaysian Malaysia etc drp Anwar yg x berprinsip dan hanya bermimpi nak jadi PM saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa bila aku baca statement yang panjang ni, aku tak percaya dia memberikan undi kepada PAS? Kenapa ye?

      Delete
    2. dialah(1:21) parasit sebenar dlm perjuangan islam huhu...sah ko gang perkasam

      Delete
    3. bila di sebut "Anwar yg x berprinsip dan hanya bermimpi nak jadi PM saja..." nampak sangat dia ni gang nasha... klu anwar nk sangat jd PM dgn mengadaikan prinsip dia tak akan sanggup masuk penjara.... tu pun tak boleh fikir ke...

      Delete
    4. respek karpal??woo,aku respek sama dap tpi bukan karpal.btw asal ko benci anwar je mase die dalam kerajaan umno dlu2?mahathir camne??bknkah die pembunuh umat islam di memali?bknkah die cakap hudud tiada dalam quran, hanya rekaan ahli fekah?bknkah die cakap nabi ade janggut sebab dlu2 xde gillete?statement baru klua pon bleh tahan die punye level kesesatan.

      ya, dulu aku pon benci kpd anwar sbb die join umno dri abim, sebagaimana ILMU memilih umno berbanding pas. tpi skang die di antara org yg plg aku respek.sebab? aku rse dielah org yg paling tabah dalam malaysia; ditekan, ditindas & dihina oleh kerajaan, polis, masyarakat selama lebih 10 tahun tpi still ingin melihat rakyat bebas dri kezaliman umno, sebuah parti yg menganut ajaran islam sekular yg telah diwartakan sesat oleh ulama'2 mutaakhirin.

      psl nasha plak, ya aku setuju dgn saranan tidak melupakan semua kebaikan & budi yg ditabur. tpi die masih belum mohon maaf dri penyokong2 pas terutamanya dri area bachok akan statement bodoh yg dikeluarkannye sdiri. aku harap pas menerima permohonan maaf dari nasha (sekiranya berlaku) tpi die patut bermula dari bawah blik.

      Delete
    5. Aku dah tanya org2 pas suka ke tak suka nuar jadi pm, semua kata tak ada masalah. Aku tanya plak org umno blm abis lg sln mereka semua tolak nuar. ko tolak nuar aku rasa ko tipu ko pun org umno. ko menipu dan cuba meniup keraguan di kalangan pr. Tak payah bersembunyi terus terang sajalah. ko cakap ko pengundi pas tapi kenapa ko tak ikut jemaah pas yg tlh sebulat suara menyokong nuar jadi pm.

      Delete
  5. Dulu PAS kuat kerana ulamak dan calun hebat spt arwah Ust Fadzil,Dr Lo'Lo' dll. Tetapi bila nak sokong DS Anwar dan DAP sy rasa kecewa. Knp akhirnya jadi begitu. Hrp kepimpinan PAS yg dihormati fikir lah semula. Masa dah suntuk.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari