boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 27, 2012

Gambar-gambar tertinggal dan terpinggir di DUN Pangkor kawasan Zambry

Pagi semalam (Rabu 26/9/12) sewaktu aku sedar dari tidor hujan dah mula turun dengan cukup lebat, aku duk sangka bila nak siang, redalah huja tu tu, tetapi sangkaan ku tak berapa tepat, sehinggalah jam 7.30 pagi hujan masih lebat macam biasa...   


Maka terpaksalah pakai baju hujan lengkap, setat motor buruk aku, redah dalam hujan pi kerja,, walau pun hati punyalah malas,,, dalam perjalanan jalan yang aku lalui, melalui Jalan ke Teluk Batek, suasana jalan raya memang menakutkan, apa taknya,, jalan dipenuhi air, kebanyakannya air tanah merah,,, risau motor aku mati enjin dalam takungan air yang agak dalam...

Terfikir di hati, sebab sebelum ini aku tak pernah jumpa lautan yang begitu dalam diatas permukaan jalanraya, apakah akan berlaku banjir kepada penduduk kampung di sekitar Teluk Murok?...

Pada petang, bila buka FB,, Encik Hamidon Ahmad Pegawai Khas Nizar melalui FBnya menyiarkan gambar-gambar seperti dibawah menunjukkan banyak rumah-rumah penduduk di kawasan padang Tembak Teluk Murok telah dipenuhi air disekeliling rumah meraka,, Untuk pengetahuan, kawsan ini adalah dibawah jajahan takluk zone Pangkor... 



















Menurut encik ni, laporan masaalah banjih ni dah lama dibuat, namun tiada apa-apa tindakan dari pihak yang berwajib..


 







Rasanya sebab utama boleh berlaku banjir apabila hujan cukup lebat adalah kerana sistem perparitan yang tidak sempurna, ditambah lagi apabila bukit-bukit di tarah untuk ambil tanha merah, dan juga dibuat tamana perumahan,,, akibat tiada lagi tanah zone tadahan hujan, air hujan turun melimpaha,, penduduk- penduduk dikawasan rendah yang menerima bala...  





Di manakah slogan yang dicanang diseluruh negeri Perak Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir, sedangkan dikawasan DUN sendiri masih tak sempurna... 



Lihat ni, banner ni akan kelihatan bila kita melalui dari Ipoh ke Lumut, dikawasan Titi Gantong Bota,, terpampang Pemuda UMNo punya kerja,, apa cerita ni,, masih lagi tertinggal dan terpinggir.. 



Dan yang paling ni dalam Gambar ni, Cikgu Jauhari, Bekas Ketua Penerangan UMNO Lumut, bahagian Zambry menjadi Ketua bahagaian, pun bernasib malang,,, 
masih lagi tertinggal dan terpinggir,, apa cerita..


Kisah cikgu Jauhari ni boleh baca klik  kesian-nasib-malang-pimpinan-umno.


2 comments:

  1. alah nanti nk dekat election annti Zambry dtglah bg duit banyak2, beras gula.. lepas tu habis lupa semua banjir ke, longkat sumbat ke terus undi BN balik.. menang lah lagi Zambry..

    melayu.. biasa lah

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Untuk menjernihkan suasana agar tenteram semua pihak, di bawah ini saya tuliskan senario kejadian banjir dan apa yang berlaku di Kampung Padang Tembak.
    Terletak di DUN Pangkor, ADUN : Dr Zamry ( merangkap MB Perak)
    Parlimen Lumut. AP : Datuk Seri Kong Chor Har
    Dari segi geografinya terletak bersebelahan bandar Lumut di pisahkan oleh Bukit Unku Busu.
    Terletak di lurah, di belakang kampung adalah Bukit Ungku Busu di hadapannya bukit yang ada aktiviti kuari.
    Hujan telah mula turun bermula dari malam 25 September ‎‎2012 hingga ke tengah hari 26 September ‎‎2012
    Air telah mula naik di kawasan yang terdapat di dalam gambar yang diambil oleh bro manjongmari.
    Kawasan rumah tersebut adalah kawasan yang paling rendah di kampung Padang Tembak.
    Berkebetulan terletak bersebelahan dengan anak sungai yang mengalirkan air dari seluruh kampung, dari taman yang terletak di bahagian depan Kampung dan dari kedua2 bukit yang terletak di belakang (bukit ungku busu) dan di hadapan kampung (kuari) – boleh rujuk gambar manjongmari, air sedang melimpahi jalan masuk ke kampung.
    Anak sungai tersebut pula merentasi beberapa keping tanah-tanah individu, panjang kira2 –700 meter.
    Aliran sungai tersebut juga melalui 3 tempat kelubung / gelung (culvert) di mana 1 nya adalah milik individu pemilik tanah.
    Gelung bulat tersebut telah pecah dan menyempit akibat dilalui oleh lori 2 tanah.
    Atas persetujuan tuan tanah, pada petang hari banjir tersebut juga kira2 pukul 1.30 petang gelung lama milik tuan tanah tersebut dibongkar bagi membolehkan air banjir dialirkan keluar.
    http://s12.postimage.org/hc4wc7425/IMG_20120926_135451.jpg
    http://s14.postimage.org/gn8usmktt/IMG_20120926_134115.jpg
    Selepas 2 jam, setelah air surut, gelung baru (box culvert) yang lebih besar 4 kaki di pasang.
    http://s10.postimage.org/lw00t809l/IMG_20120926_175243.jpg
    http://s7.postimage.org/qiyhzee57/IMG_20120929_121443.jpg
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari