boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 13, 2012

Satu Kotak Kad jemputan hari raya DS Zambry tersadai di masjid Daerah Manjung.

Malam tadi seperti biasa, aku ada kelas Hadis di masjid daerah Manjung, terdetik dihatiku ingat nak pi kuliah malam tadi nak bawa kereta, sebab tayar depannya angin dah mula kurang,, 

Entah kut mana, mai penyakit malas nak bersusah payah,, ah lantaklah..., motor buruk EX5 aku juga yang jadi mangsa, terpaksalah menjalankan tugasnnya dengan penuh kesetiaan terhadap aku tuannya,, tanpa belot. 


Dalam waktu-waktu kuliah nak habis malam tadi, lebih kurang jam 10 malam, bunyi deruan angin begitu kuat dapat didengari sewaktu Ustaz Nasim menyampaikan kuliahnya... tak lama selepas tu hujan pun turun bukan lebat... sehingga habis kelas hujan masih belum menunjukkan tanda nak berhenti...

Nak tak nak terpaksalah cari tempat nak duduk diluar dari masjid terdapat kerusi yang tersedia.... Terdapat satu kotak kertas diatas kerusi tersebut yang telah pun dalam terbuka dipermukaan sebelah atasnya.....







Apakah kad ini sengaja diletakkan di masjid bertujuan untuk memberikan kepada jemaah yang datang ke masjid wallahhuaklam... Tak cukupkah bannner dan kain rentang yang bersepah tergantung di sekitar daerah manjung... 

Untuk DS Zambry, janganlah risau,, bab makan free ni tak payah heboh-heboh pun orang akan dapat tahu,, insyaallah,, pada yang ditetapkan itu,, maka akan turun turunlah warga manjung datang nak makan juadah hari raya,,, hulur dan taburlah seberapa banyak apa yang patut kepada warga manjung... sebelum mereka nak mengundi pada PRU13 nanti.... pada hari mengundi Insyaallah,, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang mereka akan pangkah atas kertas undi tu nanti... 

2 comments:

  1. Kalau dah nama kebaikan,disorok tetap akan nampak jugak.tapi kalau sengaja nk menunjuk2 kebaikan,akhirnya tersadai tak laku.

    ReplyDelete
  2. Manjung Mari tolong hebah sama.. tu yang Zambry Kadiaq sayang ManjungMari tu

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari