boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 15, 2012

Soalan Buat DS Najib - Apakah Kerajaan Haram Zionis Istael di restui Allah,

Rasanya setiap tahun datangnya Ramadhan berapa juta umat Islam menunaikan solat tarawikh di Masjidil haram Mekah terutama sepuloh malam terakhir,, malah ada yang mengatakan lebih ramai dari jemaah musim fardhu haji... 


Dan apabila tiba solat witir yang akhir, tok imam selalunya akan mendoakan keamanan dan kemenangan buat umat semua umat Islam didalam doa qunut dan diaminkan oleh berjuta jemaah di belakang imam,,, paling menyayat hati apabila doa untuk sudara seislam di Palestine,,, terlalu sedih dan sebak menyayat hati, malah tok imam yang membaca doa tu pun sekali sebak juga....

Tetapi kenapa Israel masih lagi bermaharaja lela di Palestine, dah berapa puloh tahun dah..., malah tanah jajahan beberapa buah negara arab Islam seperti Mesir, Syria dan Jordan turut ditawan oleh Israel hingga sekarang negara.... Kenapa Allah S.W.T tidak lagi memaqbulkan doa-doa dan dan bacaan amin dari umat Islam tersebut,,, atau pun juga apakah negara Yahudi Zionis Israel itu direstui Allah seperti mana UMNO yang Najib dok perasan kata Allah restui...... 


Najib: Perjuangan Umno direstui Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara. 

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.

Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga ketua Umno bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang perdana menteri.

"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.

Perdana menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan.

- Bernama

2 comments:

  1. PAS pun parti haram kt Maysia.nabi kata xle ada golongan kedua dlm ngara Islam yakni ber asobiah..PAS gn PKR sama ja sekutu kafir zimmi DAP.

    ReplyDelete
  2. Itulah,suruh ngaji agama, malas. Bukankah Allah itu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim? Dengan sifat Ar-Rahman itulah maka masih wujud negara-negara kafir di muka bumi ini. Dengan sifat itu juga masih hidup segar bugar manusia-manusia fasik yang mengaku Islam. Sifat Ar-Rahim hanya untuk insan-insan yang bertakwa. Agak-agaknya di mana UMNO ya?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari